TATACARA MENCALITKAN DAKWAT KEKAL - PRU13



Dakwat Kekal PRU13
 
 
Aiyakk.. rasa berdebor2 lea plak nak mengundi kali nih.. hemm.. lagi beberapa hari jea lagi nih.. hope semuanya ok lepas pangkahan dibuat.. teman pangkah.... opss.. mana leh gitauu.. undi itu rahsia.. heh3.. beberapa tahun lepas teman pernah mngundi dan suasana dia memang best cuma letih nak beratur panjang jea..hu2.. (ngada2 ngalahkan org tua, itu pun letih kaaa??? )  ada perubahan lak cara ngundi kali ini bila Ahad ni PRU13 menetapkan syarat setiap pengundi wajib dicalitkan dakwat sebagai tanda anda dah mengundi dan dakwat ini kekal selama 7 hari!!!
Ini bertujuan untuk mengelakkan penipuan pengundi hantu yang mempunyai berpuluh-puluh kad pengenalan palsu dari menjalankan kegiatan haram mereka.

okehlah.. apa2 pun bagi yg nak mengundi Ahad ni.. jom baca bawah ni.. kasi gambaran sikit sebelum kita gi mengundi.. xde lea terkebil2 tercangok2 nanti.. heee... orraitt!
 
Mari kita membaca Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal 
Pada PRU13 ini.

 5.1 Peraturan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa seseorang pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan;

5.2 Tatacara mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah dengan mencalitkan dakwat kekal itu dengan menggunakan berus yang disediakan bermula daripada ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.

5.3 Undang-undang tidak mewajibkan penggunaan dakwat kekal kepada Pengundi Tidak Hadir yang diberi kelulusan untuk mengundi secara pos. 

Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi yang datang untuk mengundi di Tempat Mengundi jika timbul keadaan seperti yang berikut:

5.5.1 Pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk Kerani Pengundian memastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;

5.5.2 Pengundi itu enggan membenarkan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;

5.5.3 Pada jari telunjuk kiri pengundi itu telah ada tanda calitan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda garisan yang telah dibuat di antara Nombor Siri dengan No. Kad Pengenalannya dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi berkenaan; atau

5.5.4 Pada jari telunjuk kiri itu tidak terdapat tanda calitan dengan dakwat kekal tetapi telah ada tanda garisan di antara No. Bilangan dengan No. Kad Pengenalan pengundi berkenaan dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi itu yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepadanya




Kredit to : Hanif Idrus

8 Ulasan

  1. waaa...excited kot awak nak g mengundi ni ek..hahak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. bukan xcited je awk.. berdebor2 dh ni.. hihihi..

      Padam
  2. selamat menghitamkan jari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahahaha.. ayat.. teman xmo lea hitamkan jari weh.. hu3

      Padam
  3. excited pula deno nak mengundi.. first time ni:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. o.. deno baru 1st time yea? teman 2nd time tp berdebo2 ngalahkan 1st time.. hik2.. ngada2!

      Padam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama