HALAL ATAU HARAM


#Cerita yg dikongsi oleh ummi munaliza dalam pages Baitus Solehah.

Semalam pi sebuah Klinik. Waktu dah hampir maghrib, oleh kerana kes kecemasan, tunggulah di klinik. Sementara tunggu giliran , nampat satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Tak lama, nama isteri dipanggil untuk ambik ubat dan buat bayaran. Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi seperti dalam gambar. Bukan bahan yang dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?

Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang saya perhati dan menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta , bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.

Maka salah seorang anaknya tu pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar dalam satu pesanan seorang 'orang soleh' kata, ketika itu kami sudah sampai di Ladang Kurma di Madinah, 'orang soleh' tu pesan, " kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis. Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis. Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

15 Ulasan

  1. bagusnya ilmu yg dikongsikan ini... sebagai peringatan untuk kita jugaa...

    p/s: Jom bantu GKSB merealisasikan impiannya di

    Gadis Kampung Separa Bandar

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. untukdikongsikan bersama..

      apai impiannya tu.. heee..jap lg teman bw sana yea..

      Padam
  2. ada baca yang ini juga hari tu..
    betulkan, kadang2 kita tak sedar perkara kecik yang sebenarnya impak besar kat kita.. wallahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. perkara remeh mcm ni lah yang bila dibiasakan dh macam memupuk sikap negatif ..

      Padam
  3. perkara yang kecik itulah sebenarnya kita kena peka kan dear?

    *rambut teman memang lebat dari kecik...kalau ikat rambut tu...getah rambut yang warna hitam tu mesti pakai 3 atau 2 getah sekali... kalau tak putus... x ada buat apa2 pun...heee...memang lebat semulajadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaaaa.. xde petua ke farah.. nak tau sangat nii.. heeee

      Padam
  4. nampak kecik je isunya ..tapi impak yang besar..sbb apa yg kita makan akan jadi darah daging kat badan kita...peringatan tuk kita semua...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak tenku. subhanallah. allahuakbar! lepas ni sheila akan lebih berjaga2 bab camni. terima kasih kak sudi share dengan semua :)

    BalasPadam
  6. nampak kecik je.. tapi akibatnya besar kalau tak dijaga...

    BalasPadam
  7. perkongsian & peringatan yg sangat baik...tq yah...

    BalasPadam
  8. nice sharing.. susah nak jumpa orang yang memastikan makanan/barangan yang diguna/makan tu betul2 halal..

    BalasPadam
  9. hati2 lam stipa tindak tnduk kita :)

    BalasPadam
  10. bagusnya si ayah tu mengajar anak2 nya..patut dijadikan contoh..

    BalasPadam
  11. Terbuka minda baca ni.....
    Betul tu kebanyakkan orang amik 1 jadi 8...

    BalasPadam
  12. YA ALLAH..bagusnya orang Arab..berapa kerat je yg jaga amanah smpai macam tu? Kita pn tak terfikit kdg2..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama