Nuff

04 Jun 2013

Zulfahmi raih lima mata di Mugello

Zulfahmi raih lima mata di Mugello


Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin berjaya mengutip lima mata berharga di Grand Prix (GP) Itali buat menjadikan jumlah mata keseluruhan musimnya setakat ini meningkat kepada 33 mata selepas menamatkan perlumbaan di Litar Mugello di tempat ke-11, semalam.

Pelumba dari pasukan Red Bull KTM Ajo itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 40 minit 12.974 saat di belakang pelumba Caretta Technology RTG, Jack Miller yang hanya 0.121s lebih pantas daripadanya sekali gus menempatkan dirinya di tangga kelapan keseluruhan ketika ini. 

Bagaimanapun pencapaian Zulfahmi di Itali itu sedikit mengecewakan apabila dia gagal berada di kelompok 10 terbaik seperti mana dilakukannya pada pusingan ke-9 di litar sama musim lalu. 

Namun apa yang harus dibanggakan, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu berjaya membuktikan dirinya mampu melakukan kejutan dengan berada di kelompok kedua terpantas meskipun memulakan perlumbaan di petak ke-18 daripada 33 pelumba. 

Masalah gear 
Saya berlumba dengan baik dan pada pertengahan perlumbaan saya berada di kedudukan kelapan tetapi terdapat sedikit masalah gear. Saya rasa pada minggu ini agak sukar buat saya kerana pada sesi latihan pertama hinggalah ketiga, kami bermula dengan baik tetapi pada kelayakan tidak berapa baik kerana bermula di petak ke-18. 

Ini menjadikan perlumbaan sukar dan saya harap pada perlumbaan akan datang, kami dapat meningkat lagi di sesi latihan dan juga kelayakan bagi memudahkan saya pada hari perlumbaan, kata Zulfahmi. 

Rakan pasukan Zulfahmi, Luis Salom terus mempamerkan tunggangan konsisten apabila meraih tempat pertama dengan catatan 39:53.827s tatkala seorang lagi rakannya Arthur Sissis menamatkan saingan di tempat ke-18 dengan catatan 40:23.041s. Perlumbaan selepas ini beralih ke GP Aperol, Sepanyol di Litar Catalunya untuk pusingan ke-6 pada 16 Jun ini. 



sumber : Berita Harian 03/06/2013

Related Posts

3 ulasan:

  1. good luck buat beliau nanti..
    err encem gak zulfahmi ni ek :p

    BalasPadam
  2. selamat pengantin baru zulfahmi

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New