Jangan Pernah Rasa Diri Dah Bagus Sangat!

Entri ini untuk peringatan kepada diri teman sendiri.. 
moga dijauhkan dari perasaan Sombong.. Aminn

Kita mungkin pernah dipuji dan kita juga mungkin pernah dikeji.  Itulah adat dunia yang perlu dialami orang semua orang.  Jika kita hanya mahukan pujian maka itu bermakna kita bukanlah seorang yang positif. Apabila seseorang itu hanya mahukan pujian maka tanpa dia sedar dalam dirinya ada ketakutan tentang kejian.

Renungkan dalam diri kita ini, berapa kali kita mahu dilihat orang sebagai orang yang terpuji?  Kemudian tanyakan dalam diri apa yang dirasai apabila keadaan itu terjadi.  Adakah kita merasa terawang dek pujian atau kita merasa kita bagus dari yang lain. 

Jika jawapannya lebih mengarah akan pujian dan perasaan diri bagus maka kita perlu kembali menyelongkar apa yang ada dalam diri.

 Ada orang yang mudah merasakan dirinya lebih bagus dari orang lain.  Orang sedemikian gemar mencari kesalahan orang dan adakalanya sampai ke tahap seolah-olah menghina. Orang sedemikian gemar mengatakan yang dirinya bagus.  Orang yang sedemikian merupakan orang yang sentiasa mahu dilihat dan dipuji.  Orang sedemikian akan sentiasa menafikan yang mereka berperasaan begitu.

Hal ini boleh jadi ada pada diri kita.  Jangan dilihat secara besar kerana ia mampu menyembunyikan sikap itu.  Tetapi lihat satu persatu perasaan kita terhadap setiap tingkah perbuatan kita.  Mungkin nanti akan terpancar sikap itu yang selama ini tidak kita sedari. 
 
Apabila sampai satu perkara, rasa bangga diri mula timbul. Ini adalah sebahagian darpada penyakit hati, yang sukar dikesan kerana ianya bukan pada hati fizikal.  Penyakit hati ini perlu dirawat kerana ia bukan sahaja memusnahkan kita tetapi juga orang lain. 
 
Oleh itu kita perlukan orang yang dapat memantau diri kita. Jika kita tidak mempunyai pemantau kita mungkin tidak sedar yang kita bersikap sedemikian.  Kita merasakan yang diri kita ini bagus dari orang lain.
 
Disebabkan perasaan bangga diri ini selalu berlegar maka boleh jadi satu hari nanti dia mudah mencaci atau memfitnah serta menghina orang lain. Selalunya orang sebegini cenderung memberikan pendapat tanpa diminta.
 Jika kita merasa diri bagus maka itu tandanya kita ini sombong. Sombong yang ini begitu halus hingga termakan diri sendiri. Jika ada sikap ini maka buanglah.  Rasa diri bagus adalah bangga diri.  Setinggi mana pun perasaan bagus diri ia tetap sahaja menjadi gunting dalam lipatan.

Hidup orang yang bangga diri ini sentiasa tidak tenteram kerana mereka risau kalau ada orang yang lebih bagus daripada mereka.  Jiwa orang bangga diri ini kosong kerana kehidupannya lebih cenderung ke arah kedudukan di sisi manusia.

Apabila kedudukan itu tidak dicapainya atau terganggu maka mereka menjadi begitu beremosi. Jaga perasaan kita kerana jika perasaan ini terpengaruh dengan bangga diri, maka kita mudah lupa diri. Jadikan kawan atau pasangan sebagai pemantau kita.
 
Terimalah teguran mereka kerana kita sering tidak sedar tentang perlakuan bangga diri ini.  Biar sebagus apa pun kita tetap tidak hebat. Kita tidak mampu duduk dalam air seperti ikan, tidak mampu terbang seperti burung, tidak berani seperti harimau.  Kita perlu tahu bahawa kita hanya bergantung pada Allah SWT.  Semoga Kita Dirahmati Allah SWT.

Sumber Artikel : Mingguan Wanita

9 Ulasan

  1. nauzubillahiminzalik. moga dijauhkan dri sifat bajet diri bagus nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulea.. risau kan.. kadang kita tak sedar kiat ada sifat ni.. tidakk

      Padam
  2. kita hidup nih kena berlapang dada dan berfikiran terbuka ...

    BalasPadam
  3. thanks ingatkan :) peringatan untuk diri nad juga :)

    BalasPadam
  4. Semoga di jauhkan sikap riak, sombong dan takbur . .
    Amin amin amin :)
    terima kasih mengingatkan diri yang selalu terlupa dan lalai . .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama