MESTI BACA!!

31 Julai 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 22


RAHIM HANYA SATU, TIADA GANTI..

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Assalammualaikum.. hari ni teman rasa nak share tentang artikel or info ni buat tatapan rakan blogger semua.. x kira blogger lelaki or blogger wanita?. Masing2 patut baca ni.. teman sendiri pun baru terbaca artikel ni, itupun setelah terjumpa di wall sahabat teman.. perkongsian yang berharga bagi teman..

 thanx buat sahabatku NuruL sebab sudi share info2 berguna ni bersama kawan2 yang lain serta teman sendiri.. Tak pasti nurul jumpa artikel/info ini dimana tapi teman terpanggil untuk Jadikannya sebuah entri dan share bersama korang semua.. terutamanya blogger wanita Supaya kita  tahu apa yang kita x tahu selama ni, supaya kita sedar apa yg kita x sedar selama ni, supaya kita amik berat apa yg kita anggap perkara remeh sebelum ni.. sama2 lah memanfaatkan ilmu yg kita dapat bersama ini.. Untuk adik2 yg belum mengerti apa2 pun bole baca.. untuk pengetahuan dimasa hadapan kelak.. Ilmu kan tiada batas.. Jom baca.. moga jadi info berguna buat kita2 semua... bissmillahirrahmanirrahim.. 

"Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, 
kecuali wanita.Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng?
 Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun. Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim."

Lagi satu teman nak korang tengok.. video saat2 kelahiran baby.. kalau BERANI, klik kat link bawah ni untuk lihat video saat2 ibu2 melahirkan baby.. 
VAGINAL BIRTH (child birth)

err.. teman x berani tengok.. takott.. bagi yang sebijik penakot macam teman silalah klik Video kat bawah ni jea yea.. jangan risau.. bukan baby betul.. klik jea ok.. SEBELUM TU, KLIK PAUSE DEKAT LAGU BACKGROUND TEMAN ni.. baru feel tengok video nih.. heeee... 

30 Julai 2013

ZAKAT DAH BAYO??

hai korang semua..  Ramadhan tinggal lagi 10 hari je lagi ni.. bagi yang patut bayo zakat tu, korang udah bayo zakat ke..? jangan lewat2 kang takut terlupa nanti.. kat atas ni teman share gambo cara2 nak bayo zakat.. heee.. opsssssss... lafaz akad nikah plak yg kuo.. salah tu.. hee.. jangan tiru aksi diatas hokehh.. ha2..okeylah.. kepada sape2 yang belum bayo zakat tu, disini teman share kan acane caranya yea.. 

CARA PEMBAYARAN ZAKAT

1. Datang terus ke kaunter Pusat Urusan Zakat (PUZ) yang berhampiran untuk bayaran tunai

2. Bayar kepada amil-amil yang bertauliah di setiap masjid / surau dan kampung

3. Melalui potongan gaji 

4. Bayaran menggunakan Kad Kredit (cara Islam) di kaunter PUZ berkenaan


5. Pembayaran melalui Kaunter di : 
    www.pos.com.my  


6. Pembayaran secara online melalui 


   Bank Islam Malaysia Berhad 

   CIMB Bank 

   EON Bank 

   Maybank Berhad 

   RHB Bank 

   Bank Kerjasama Rakyat Berhad 

   Affin Islamic Bank  

   HSBC Bank  
Firman Allah سبحانه وتعالى: “Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada segala akhlak yang buruk)…”  (Surah at-Taubah, Ayat 103)
Rasulullah ﷺ bersabda : “Islam diasaskan atas lima perkara, kesaksian bahawa tiada tuhan selain daripada Allah dan Muhammad Pesuruh Allah, mendirikan solat,mengeluarkan zakat, menunaikan fardu haji dan berpuasa pada Ramadhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selain bayo zakat, pada bulan Ramadhan ni jugak kita boleh topup iman n pahala kita dengan memperbanyak kan sedekah.. tapi pandai2 lah pilih orang yang nak disedekahkan tu.. pilih mereka yang betul2 memerlukan.. jangan pulak pilih orang yang salah (yakni menifu..) kalau terkena gak, nasib lea.. kira halalkan jelah.. jangan dah terbagi mulut nak mengomel lak.. apa pahala pun x dapat hokeh.. apa2 pun selamat bersedekah n menunaikan ibadah yea.. #nak senang sedekah je kat Masjid.. lagi nampak terang2 duit tu ke mana kan.. takyah nak risau orang tu menifu ke atau layak ke tak layak nak terima.. kan.. ??
Walaupun Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya, namun jangan lea kurangkan amalan yang kita dah lakukan seperti di awal Ramadhan kan.. apasalahnya diteruskan juga sampai ke akhir Ramadhan.. toi x.. huk2.. teman lak tak dapat nak penuhkan ibadah bulan ramadhan tahun ni, macam2 hal lak jadi.. agak frust.. 
Hoh.. JANGAN tidoq berlebihan yea di bulan puasa nih.. tengok Butang ni, Over lak tido dengan GAYA lagi... macam dia pulak yang posa.. aishhh.. terlentok macam nak terke'pak jea kepalanya tu.. aishh..

Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan  “Sekiranya kamu tidur (banyak) siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat (masyarakat); jika kamu tidur (banyak) malam, kamu melalaikan hak Allah.” Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (Qailullah) bukan sepanjang hari.

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 21


29 Julai 2013

7 KRITERIA PENDAMPING HIDUP YANG SETIA

7 Kriteria Pendamping Hidup Yang Setia

Haii.. assalammualaikum rakan2 blogger semua.. Hari ni teman x brapa sihat.. perut pun meragam.. xtau lea sakit apa.. x pernah sakit macam ni.... sampai bergenang air mata tahan sakit... mungkin dugaan di bulan ramadhan kot.. sakit tu kan penghapus dosa.. bila teringat balik, masa barang stock niaga en. suami sampai hari tu teman terangkat banyak barang berat.. nak plak hari tu hari 2nd coticotimalaysia... adakah sebab itu kesannya harini? Hemm.. ada yang nasihat teman, popuan tak elok angkat berat2.. tapi teman degil.. 

Semata2 nak tolong en. Suami teman gigih gak nak tolong angkat brg2 tu.. sudahnya sekarang baru terasa kesannya.. ya Allah.. serik dah nak angkat brg berat2.. sekarang masih terasa sakit start dari malam tadi jadinya.. untuk tak menyusahkan en. suami, teman cuba jugak sihatkan tubuh badan ni.. sebab mengenangkan byk kerja umah nak buat.. kain x berjemur lagi.. ada yg x berlipat pun ada.. umah dah serupa apa dah.. bselerak giler.. Dh mcm tongkang pecah.. macam umah ada anak sepuluh je rupanyaa...

mujurlah En. Suami jenis memahami.. setakat ni dia tak pernah merungut lagi nape umah berselerak.. sebab dia paham teman x sihat n x mampu nak buat kerja2 berat ketika ini.. Tapi disebabkan rindu pada blog teman gagahkan jugak diri menaip satu entri ni..almaklumlah.. taip guna jari jea.. bukan nk kena angkat2 brg kan.. ni pun guna note je publish entri ni.. nk bangun terasa tak larat..  teman tertarik nak share sebab suka dengar ayat2 ni.. buat hati rasa sebak memiliki suami/isteri macam ni.. bertuah rasanya.. Alhamdulillah.. sape dapat  suami/isteri macam ni jugak? Cer angkat tangann??? Apa2 pun jom tengok 7 ciri2 pendamping yg setia.. Tak kira suami/Isteri atau bakal suami/bakal isteri bole baca ni.. lebih2 lagi.. Untuk yang dah bertunang n tunggu hari2 bahagia tu.. 

1. Menerima pasangan apa adanya.

2. Selalu menghargai apa yang ada dihati dan fikiran pasangan.

3. Selalu berusaha untuk tidak mnyakiti dan mengecewakan pasangan.

4. Selalu berusaha memberikan yang terbaik

5. Selalu ada buatkpasangannya..

6. Tidak pernah memaksa pasangan untuk mengikuti semua kemahuannya.

7. Selalu menjaga hubungan agar tetap diredhai sampai akhir hayat.

Tahniah yeaa.. sape dapat hubby/wife macam ni.. aminn.. buat blogger lelaki/perempuan.... prepare kan diri untuk jadi bakal suami/isteri yg mempunyai ciri2 diatas yea.. boleh?? Huhuhu.. wlu apa2 pun.. nobody is perfect kan.. itu pun kena terima gak.. sama2 share.. .sama2 perbaiki diri.. Salam rindu buat semua.. tata.. nak sambung rehat jap..

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 20


28 Julai 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 19


27 Julai 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 18


26 Julai 2013

UBAT UNTUK CANCER

Photo: ::JANGAN ABAIKAN, TOLONG BACA::

Anda dapat menyelamatkan nyawa seseorang dengan share ini.

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?
Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an,
Anda memiliki;

badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK <AIS BATU>SELEPAS MAKAN ADALAH= KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin(RACUN) 

(Cara Terbaik adalah)

Minum air <PANAS ATAU SUAM> selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong.

BANTU SHARE PADA KAWAN~KAWAN TQ.

:JANGAN ABAIKAN, TOLONG BACA::

Anda dapat menyelamatkan nyawa seseorang dengan share ini.

hari ni teman terdetik nak share entri ni untuk diri sendiri dan rakan2 blogger semua.. moga jadi panduan buat semua... meh kita baca , komen pendapat dan sila share.. thanx semua..

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh! Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit. Ubat utk Cancer sudah ditemui ! Anda percaya? Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional. Pesakit cancer tidak seharusnya mati !

Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya! Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah bererti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita... Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana bila harus makan buah. Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!

* Buah Harus Dimakan Pada Saat Perut Kosong..So, korang makan buah dulu baru makan nasi or apa2 yg lain hokehh.. perasan x? Nabi kita pun makan buah dulu sebelum makan makanan lain betul x? abes tu awat x ikut?? he2..


BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk& menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an,Anda akan memiliki; badan yang sihat,Penuh tenaga,Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus. huk2.. teman selalu jea minum air jus dalam kotak tu.. Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, kerana Anda harus membiarkannya bercampur dengan air liur Anda sebelum menelannya. jangan macam teman, satu botol one shoot abes..
aiyooo.. buruk perangaii.. 
aishh..kegemaran teman.. kata org kulit cantik kalau rajin minum ni.. tapi x cantik2 jugak.. 
pui.. hik3.. aishh.. bersyukur okehh..!
MINUM AIR SEJUK SELEPAS MAKAN ADALAH= KANSER!!

dengo tu kome.. KANSER! KANSER! KANSER.. hokeh!maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN)

(Cara Terbaik adalah)# Minum air selepas makan..(tunggu lama sikit)Makan buah segar saat perut kosong.ingat yea kawan2.. badan nak pakai lama tauuuu.. ha3.. baik punya ayat kann..

BANTU SHARE PADA KAWAN~KAWAN TQ..
















DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 17


25 Julai 2013

BILA MASTERCHEF TURUN KE DAPUR

SKEWER DAGING + AYAM + LADANG BENGGALA |

haloooo... oittt..  apakebuat tido time posa2 ni weh? bangunn.. bangunn.. isk2.. air liuk meleleh terok beno tu.. bangun2.. meh baca entri teman ni.. nak citer pasal skewer daging n ayam ni.. pernah dengar x? pernah makan x? hu2.. teman pun baru pernah dengar ni.. ketinggalan betul kan? hihi.. tapi masa upload gambo kat FB semua kawan2 kenal menda nih.. hiii.. memang sah teman ni ketinggalan.. =P ... tak ngapelah, janji teman dah merasa betul x? tujuan teman publish n share gambo2 ni ada dua MOTIP taauuuu.. 

1.) Nak Citer Pasal Masakan Dari Air Tangan Tersayang..
2.) Nak Share Masakan Menggunakan Pemanggang Ajaib!! Yeay!! dah gunaaa!!

ok lah.. jangan nak merapek panjang2.. jom baca entri teman ni sambil cuci mata hokeh.. hee.. opss.. sebelum terlupa, makanan tambahan hari tu ialah Macaroni Cheese (yg ni teman buat)..
MACARONI CHEESE
gambar Atas: Skewer Daging yg diperap 
semalaman telah sedia untuk diBAKAR
gambar Bawah: Macaroni Cheeze yang 
sedang menanti untuk diletak CHEESE..
Yang telah siap masak.. bau dia.. perghh.. 
Macam kebab wehh.. bau cili benggala lagi.. uuumm...
gambo tambahan.. heee..
Yang ni baki last2.. saja tambah cheese sos.. 
giler punya sedap..

my hubby punya air tangan.. thanx cyg.. i lop u cyggg.. 
(jgn nk geli2 lak yeaa.... kui3.)
Alhamdulillah.. kami kekenyangan hari tu.. makan bersama2 si Oyen n Si Butang.. depa pun sukaaaa.. aishh.. memang lea suka.. daging n ayam kannn.. sudahnya Macaroni x terusik.. udah kenyang bebeno mana taknya.. hihi.. sepatutnya x perlu masak macaroni tu.. tapi kami pikir macam x kenyang jea mkn skewer jea, pasal tu buat macaroni cheese jugak..hik3.. 

tp Alhamdulillah.. macaroni 2 abes jugak.. kami tak membazir tau.. kami tau.. membazir tu amalan SYAITONnnn.. hu3.. apa2 pun memang teman ucapkan terimakasih buat masterchef tersayang.. untung sangat dapat hubby yang pandai masak ni.. bertuahh.. syukur sgt2.. 

Walaupun ada satu side teman rasa segan plak teman ni x sepandai dia memasak.. tau masak biasa2 jea.. almaklumlah.. teman ni suka makan jea.. nak buat x berapa reti.. tambah2 yg western2 ni.. hu3.. (yolahhh.. besonya alasannnn.. puii! hi3.. )

ok lah.. sampai sini jea.. xmo taip panjang2.. ada lagi en. miaw masak dlm bulan posa ni, antaranya satay home made, samosa, popia campur.. kebab n macam2 lagi.. nanti teman share dengan korang gambonya yea.. gambo je lea yea.. makanan xde.. dah abes masuk peruttt.. hahaha.. opsss..

Nak RESEPI?? >>> SILA KLIK SINI

p/s: entri ni dah lama sebenarnya.. tp saja post hari ni, takut terlupa.. bulan ramadhan makin berlalu kan.. =)

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 16


24 Julai 2013

RAGAM RAMADHAN... ISH.. ISH.. ISH..

 
NI TIDO KAYU KA APAAA.. HA3..

haipppppp... ini bukan teman tauuuu.. teman x liat bangun.. ha3..saja teman suka share kartun kelakau ni.. suka tengok muka popuan yang mencebik tu.. hihihihihi.. ekceli teman nak ucapkan selamat berbuka puasa sebenarnya.. memang lea awal lagi kan.. tapi teman saja nak bagi ucapan awai2.. huk3.. ada lagi ke blogger2 yg dok depan laptop/pc time ni? ke semua sibuk memasak juadah berbuka lagi? or sedang tunggu nak iftar kat luar je ke?  klu masih depan pc jom lea singgah2 dan godek2 blog teman ni yea.. =P
   
Korang.. korang.. teman nak tanya ni.. korang selalu bangun sahur kul berapa yea.. teman selalu sahur kul 2 pagi camtu.. sebab?? sebab teman x lalu makan time kul 4 pagi camtu.. xde rasa lapar..dan kalau makan jugak gerenti perut teman sakit pagi tu.. xtau pasai apa.. samalea jugak dgn en. miaw teman tu.. hemm.. dia lagi lea kesian.. nak gi koje perut menggelodak.. huk2.. so, kami decide bersahur kul 2 pagi jea.. hemm.. ada masalah x kalau kami sahur kul 2 pagi? adakah dikira sahur gak tu? ke makan malam? hu3.. sebab ada sahabat teman cakap sebaik2 sahur adalah di penghujung waktu imsak.. kami ni terawal bebeno sahur nya.. masih dikira sahur ke yea? hee.. tanya jeww.. 
SAPE MACAM NI?? ANGKAT TANGANNNN!!! HAHAHAHA...
(eleleleleeee x nak ngaku yeeaaa .. kui3.. )

apa2 apa pun.. teman ucapkan selamat berbuka puasa buat semua yea.. opss.. ingaatt.. jangan membazir tau..berpada2lah membeli tu.. jangan keinginan melebihi kehendak ok.. hu3.. JANGAN TIRU MACAM MAKCIK KAT ATAS TU YEA!! hu3.. 

ISU MURID NON MUSLIM MAKAN DALAM TANDAS??

Popular kejap sekolah ni bila isu makan dalam tandas tersebar.. aish..
Gambar kelmarin isu pelajar non muslim makan dalam tandas..
Isu hangat dibahaskan dalam media, FB dan Tweeter.. aish..

At last.. citer sebenarnya begini.. hemm.. renung2kanlah.. 
(termasuk diri teman sendiri.. adoii..)

Kuala Lumpur: Bilik persalinan yang didakwa dijadikan tempat makan bagi pelajar bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat.

Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa.

Dalam tinjauan di sekolah berkenaan mendapati bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara itu turut diletak dengan poster maklumat seperti ‘Basuh tangan sebelum makan’, ‘Bersihkan tempat makan selepas makan’ malah didapati bersih dan bukannya kotor seperti yang didakwa. 

Guru besar sekolah berkenaan, Mohammad Nasir Mohd Noor berkata: “Saya tidak menyangka isu ini menjadi sensitif. Ia sebenarnya bukannya digunakan untuk pelajar bukan islam saja sebaliknya sudah digunakan sejak Mac lalu semua pelajar.

Foto
BILIK persalinan yang dijadikan tempat makan murid.


“Bilik persalinan itu tidak pernah digunakan langsung sebaliknya hanya dibuka selepas kantin tidak dapat menampung 1,000 pelajar pada waktu makan,” katanya.


terlihat komen seorang rakan.. "Semua benda nak dipolitikkan..come on la..makan kat kedai lagi kotor la dari kt dalam bilik persalinan tu...Bila 'kerendahan diri melampau' menguasai diri,
kita mula nak salahkan org lain..."

AKU PUN POSA JUGAKKK!!

HAHAHAHA.. pagi2 ni buka FB ternampak gambar atas ni.. di tag oleh my SIL (sister in law) hihihi.. sebab dia tag?? he2 .. dh tentu lea sebab kucen tu ada iras2 BUTANG yg noti kat umah teman ni.. hihihi.. kelakau lea nengok muka kucen2 ni.. geli perut teman.. cumey kann.. !

Opss.. lupa.. hari ni entri Wordless Wednesday..! shut up!! cukup sampai disini.. hokeh.. jap lg nk bw kwn2 yg komen blog teman jap.. sorry teman bw sikit2 yea.. sebab tenet x berapa nak laju sejak akhir2 ni..  sabr2 yea sayang2 semua.. heee.. (ayat amik hati.. ikhlas nih..)

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE 15


23 Julai 2013

GAMBAR PERNIKAHAN ASHRAF DAN WAN SAKINAH TERSEBAR

Gambar Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah Tersebar 

Senyum je Wan Sakinah n Ashraf masa ni kan.. hemm.. apa lea perasaan Dayana bila terlihat gambo ni.. mesti luluh hati dayana.. mesti ada punya perasaan macam tu kan.. isteri mana yang sanggup lihat suami diorang menikahi gadis lain..? teman sendiri rasa sayu n sedih nengok gambo ni, inikan pulak tuanpunya (Dayana).. bersabarlah Dayana.. moga Allah beri ganjaran buat kesabaran dan dugaan yang Dayana lalui sekarang.. moga Dayana ditemukan kebahagiaan walau apa saja pilihan yang Dayana buat.. Aminn..
berkenaan puisi yang menjadi kontroversi baru2 ni, nakjugak Ahsraff menjawap.. 

“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini. Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu. Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun. Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam. 

Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury. Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir. Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29. Meskipun dikatakan kahwin lari’di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat. Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah. Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik. 

Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat. Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, (bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011. Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. Sinar Harian 

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 14


22 Julai 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE 13


21 Julai 2013

ALHAMDULILLAH DAH CECAH 1000 FOLLOWER..

Alhamdulillah.. akhirnya dah cecah 1000 follower..

dan blogger yang bertuah n baik ati jadi follower teman  yang ke 1000 ialah adik Ain Syima
 
tQ sayang.. coz sudi follow blog teman.. tQ jugak buat rakan2 blogger lain yg sudi follow n singgah serta komen di blog teman.. jasa korang amat teman kenang.. walaupun sejak akhir2 bz sikit.. n x sempat kunjungbalas blog korang lik. tapi rasa terharu ada jugak rakan2 yg singgah disini.. masa korang yg amat berharga tu korang sanggup spare kan sikit di blog teman kan.. thanx sgt2 yea.. teman amat hargai.. insyaAllah.. teman akan bw balik x kira lambat atau cepat.. thanx yea semua..
 

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE 12


20 Julai 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE- 11


Jom bersahur sambil berdoa..

19 Julai 2013

DAYANA NAFI TULIS PUISI UNTUK ASHRAF, PENULIS SEBENAR ADALAH ANA HAWANA


semua itu fitnah.. kata Ashraf.. last2.. huh..


saat hari bahagia mereka berdua..

Wanita yang bernama Wan Sakinah yang kini sah menjadi isteri kedua Ashraf.. 

ketika berita panas mula tersebar..


hemm.. yekewww.. bestu skrg  pe citer?

 Haii semua.. sorry lama x buka blog ni, entri DOA HARIAN RAMADHAN yg lepas2 ni teman buat autopublish jea sebenarnya..  insyAllah hari ni teman nak blogwalking sikit mana2 yg singgah n komen sini.. hee.. thanx semua.. puasa korang acane? ada yang dah terskip' kah? heee.. 


masa ni rasa  happy jea tengok diorang kan..

okeylah, hari ni teman nak menyingkap kisah pasangan suami isteri yang story mereka Hot didada akhbar ketika ni.. sebelum tu.. korang masih ingat lagi tak masa mula2 berita ni mula bergoncang hari tu..? Ashraf menafikan bulat2 semuanya seolah2 benar cerita tentang skandal tu hanya fitnah saja.. namun di pengakhirannya terjadi disebaliknya.. rasa tertipu tak korang? sesungguhnya pelakon memang pandai berlakon disebabkan itu orang biasa takkan pilih pelakon jadi pasangan hidup.. namun tak semua pelakon begitu.. cuma kebanyakannya jelah.. sorry kalau ada yg terasa..


Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

baru2 ni gempar citer Ashraf mengaku berkahwin lain di Thailand.. namun kelihatan Dayana hanya buat biasa2 aje masa di mahkamah hari tu.. siap berpegangan tangan lagi dgn suaminya si Ashraf tu.. ( or.. Ashraf yg tarikh tangan dia untuk bawak keluar dari mahkamah tu bg mengelakkan dayana membuat apa2 ulasan selepas hal tersebut terjadi? wallahualamm..) kesian Dayana..

tiba2 semalam kecoh pulak ada puisi hasil nukilan Dayana terpampang di Facebook, kononnya hasil nukilan Dayana.. masalahnya, benarkah hasil tulisan Dayana? hari ni pulak ada berita mengatakan Dayana menafikan yg dia menulis puisi tersebut.. jom baca.. 


Noor Dayana nafi tulis puisi untuk Ashraf Muslim - Satu nukilan puisi yang terpapar di laman utama Facebook Noor Dayana telah tersebar secara meluas di blog-blog dan portal hiburan sekitar petang Khamis.

Ramai menyangka, puisi berkenaan telah ditulis oleh Noor Dayana sendiri dan ditujukan kepada suami sebagai sindiran dan luahan kekecawaannya, namun anggapan mereka semua salah.

Puisi itu sebenarnya ditulis oleh orang lain dikenali Ana Hawana yang ternyata bersimpati dengan Noor Dayana kerana telah dikhianati suami sendiri dengan berkahwin perempuan lain tanpa pengetahuannya.


Berikut ialah isi kandungan nukilan puisi sedih yang terpapar di laman utama Facebook Noor DayanaWalaupun, puisi ini bukan hasil nukilan Dayana sendiri namun teman  tetap tersentuh dan bersimpati. 

Sucinya aku, kau miliki ketika di Mekah..
aku terima kekurangan kau kerana Allah


tumpang sedih atas berita ni, tabahkan hati yea Dayana.. xtaulah apa tindakan Dayana selepas ni.. relakah dirinya dimadu? hemm.. buat para isteri.. moga dijauhkan dari suami yang menduakan.. (idung belang teman panggil lelaki rupa ni.. cukup2 x berkenan denagn menda2 macam ni.. aish.. ter emo le plak..  STOP!!