31 Oktober 2013

HADIAH YANG AWESOME!! TAK TERTAHAN MENENGOKNYA!!

GIVEAWAY ini terbuka kepada semua rakan blogger. GIVEAWAY bermula pada hari ini,
 1 November 2013, iaitu tepat jam 11 pagi sehingga 11.59 malam 20 Disember 2013.
 Semua blogger di Malaysia dijemput menyertainya.

Jom support GA TENGKUBUTANG yea...
 sertai GIVEAWAY ini dengan klik BANNER di atas...

30 Oktober 2013

JOM GI CLUBBING NAK??

JOM GI CLUBBING NAK?

Ha2.. tentu korang terkejut baca tajuk ni kan.. apakeheinya Tengkubutang tiba2 ngajak gi clubbing ni? Buat tebiat ke apa?? Huhuhuhu.. Pasti akan terkeluar ayat camtu dalam kotak fikiran korang kannn.. 

Ekceli teman idak lea nak ngajak korang gi clubbing puuunn, nak gi tempat tu pun tak pernah terlintas dek pikiran.. buat apa lea gi tempat2 camtu kann.. laghaaa... 
Heeeee.. yang beno nya teman nak citer pasal malam tadi. Alkisahnya, sementara menunggu customer datang cod barang motor, kami pun gi minum kat salah satu kedai tu.. sekali hubby teman dapat call dari kakaknya.. ayat 1st sekali yang hubby teman dengar ialah "jom gi clubbing!?".. dengan reaksi terkejut..hubby teman terus jawab Haaaaaa??? Nada suara dia yang tiba2 tinggi tu buat teman turut terkejut, risau la kan.. kot ada berita apa2 yang tak elok di dengar.. 
Pastu teman dengar je apa citer sebenonya, tapi tak dapat nak tangkap citer pasal apa... hu3.. Pastu dengar pasal budget lah, pasal nak gi naik apa lea, pasal tido berapa malam lah..pasal snorkling n lawat pulau lah.. hahhh.. apekah?? huh.. teman masih tak dapat tangkap depa citer pasal apa.. last2 terdengar ayat Krabi.. Hoh??? 

Pastu sambil tersenyum plus muka serba salah, terdengar hubby teman mengakhiri percakapan dengan ayat "takpelah, biar aku fikir dulu".. Teman pun dengan tak sabar tanya apa kes? Ho2.. rupa2nya kakak ipar teman nak ngajak kami gi Krabi hari Jumaat hingga Selasa depan?. Bila dengar je pasal tu hati kami sebenarnya berbelah bagi.. nak gi ke taknak gi.. kalau gi, hubby teman terpaksa amik coti lagi, sedangkan dia dah apply coti 4 hari untuk kami ke Hong Kong bulan Disember nanti.. itupun atas urusan bisnes.. kalau amik coti banyak2 kang apa kata bos dia lak kan..

hemm.. tapiii.. kalau tak gi nanti nyesal lak.. bukan selalu dapat gi rombongan kuarga ramai2 ni.. Huwarghhh.. hati berbelah bagi.. teringin memang teringin nak gi.. tapi bila fikir balik, kami kena hold dulu berbelanja untuk melancong ni.. sekarang belum masa lagi nak bersukaria, kami perlu berjimat untuk Improve kehidupan yang baru bermula ni.. untuk masa depan kami jugak..Tapi hati ada lea sikit2 terkilan tu.. nak wat lagu mana kan.. pejamkan mata sudaaa.. huhuhhu..

Ha2.. berbalik kepada tajuk entri ni tadi?.. hehehe.. Clubbing yang teman maksudkan tu ialah kesilapan Pendengaran hubby teman at the 1st dia jawap call tu.. heee.. keadaan situ bising, maka x berapa dengar apa yang kakak ipar cakap, tu yang Krabi jadi Clubbing?. Hihihihihi.. Itulea alkisahnya... hu2
Pendapat teman clubbing ni sesuatu perkara yang paling bodoh yang dilakukan oleh remaja sekarang....

1. buang masa
2. buang duit
3. dapat kawan yang tak baik.
4. menjerumus kita kearah zina
5. yang penting dia lupa agama dia semasa dia tengah seronok dlm club

Bukankah agama islam mengharamkan kita pergi ketempat macam itu??

BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD

 BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD.....

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....

MAK...engkaulah RATU hatiku...

Anggaran sukatan bahan-bahan dari cawan ke gram/liter

Anggaran sukatan bahan-bahan dari cawan ke gram/liter:

TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter
info/sumber dari : www.facebook.com/bukuresepi

29 Oktober 2013

RESPEK RELAKS RESPON - 3R TV3

siapakah Hos terbaru 3R musim ini? heeee...
BACA SINI --> RELATED POST
Heeeee.. sape kat sini peminat Rancangan 3R suatu ketika dulu?? Haaa.. sape yang tak ingat tu memang tak nengok lea tu.. heee.. bagi yang tak pernah nengok meh teman citer serba sedikit.. heee.. Rancangan 3R ni ialah Rancangan wanita / gadis/ perempuan yang dulu selalu ditayang setiap 6.30 petang di TV3 hari Ahad. 

Teman suka giler nengok rancangan ni sebab cara penyampaian diorang berkesan sangat2.. rancangan berbeza dengan rancangan informasi yang dah biasa ada kat TV.  Informasi yang disampaikan dalam 3R adalah simple,  praktikal dan sangat berkesan.  Cara penyampaian pun sangat menarik kerana hos-hos itu sendiri yang akan melakonkan watak2 untuk meyampaikan mesej dengan lebih jelas.. ini membuatkan kita lebih faham isi kandungan yang ingin disampaikan. 

 Topik-topik yang disampaikan juga amat menarik. ada yang tentang persahabatan,  cinta,  perkahwinan dan macam-macam lagi isu yang terdengar disekeliling kita sebagai wanita / gadis / perempuan. 

Dan jangan tak tau yea.. LELAKI pun suka tengok 3R.  Rancangan ni dah dihentikan lebih kurang 4 tahun lamanya.. teman ingatkan dah takdelea sambungan untuk musim terbaru.. frust jugak lea kan.. sampailea dah tak seREMAJA dulu, masih nak nengok gak rancangan tu kannn.. heeeee.. tapi kan.. baru-baru ni teman dapat tau 3R nak bersiaran semula!!!! haaaa.. semuanya teman baca kat blog 3R.COM.MY

Lupa lak.. Program 3R musim ini lebih membincangkan isu-isu golongan remaja tapi kalau korang nak x remaja nak nengok pun apasalahnya kann.. xde had umo dan limitasi nak nengok TV puunnn.. huk2..
sebelum tu meh kita nengok gambo Hos 3R yang sebelum ni.. he2..
3R pernah membariskan Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini), 
Rafidah Abdullah (Rafidah), Azah Yasmin Yusof (Azah) 
dan sorang lagi yang xde dalam gambo.. Celina Khor (Celina) 
selepas 4 tahun senyap sunyi je, tengok2 ada announce 
Ujibakat sebagai Hos 3R yang lebih dikenali sebagai "PROJEK 3R"  
tapi DAH TAMAT PUN.. (teman pun x pasan pasal Ujibakat ni..)
just nengok kat website 3R.. iaitu entri bertajuk PROJEK 3R
syarat2 untuk menjadi Hos 3R... heeee.. teman out terus.. 
self confident rendah sikit..hik3..dah lepas pun, xyah citer hokeh...
Selepas ujibakat dan pemilihan dibuat..Nasib menyebelahi
 Amirah, Dayah dan Yvonne, haaaa.. mereka bertiga lah 
yang bertuah untuk meneraju musim terbaru 3R!!
syoknye demee kann.. heee.. hope deme punya stail mengacara 
best lea hendaknye yeaa..! lagi gambo deme.. nengok lea kat bawah ni yea.. 
Lawo-lawo kan hos nya.. heee... opss.. lelaki! 
Nampak macam berminat je.. hi3
 
Musim terbaru 3R yang menampilkan trio hos yang berjaya dalam pencarian hos 3R 2013 telah mula bersiaran selama 13 episod pada 20 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 7.30 malam.

So, jangan lupa yea nengok deme pada hari setiap Ahad pukul 7.30 malam di TV3.
Jangan lupa gak singgah FB 3R-->KLIK SINI
dan tengok 3R punya Youtube --> KLIK SINI

hE2.. Teman x sabo nak nengok Puteri Awani dalam episode ke-8 3R nanti.. heee..
tau sape Puteri Awani? KLIK SINI untuk baca.. =)

3R KEMBALI DENGAN HOS BARU


Wahh.. teman suka tengok 3R ni.. mesej yang diorang sampaikan amat berkesan n menarik untuk ditonton tau.. ha2.. walaupun sekarang dah x seRemaja dulu, tapi boleh jea nak nengoknya kannn! hu2.. bagi yang masih ingat rancangan ni,.jom baca apa citer terbaru Rancangan 3R musim terbaru ni...


PROGRAM 3R (Respek, Relaks, Respon) kini kembali lagi dengan musim baru dan wajah pengacara yang lebih segar selepas empat tahun tidak muncul di kaca televisyen.Penampilan Dayah, Amirah dan Yvonne yang meneruskan legasi 3R memberikan suntikan baharu buat penonton.
Mereka bertiga dipilih daripada program realiti, Projek 3R yang memaparkan persaingan 12 finalis menghadapi pelbagai cabaran dan latihan untuk layak digelar hos 3R.
Program 3R yang baru lebih membincangkan isu-isu golongan remaja dan disiarkan pada setiap Ahad pukul 7.30 malam di TV3.Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, stesen itu sentiasa berusaha untuk menyajikan program TV yang terbaik untuk penonton.
“Program 3R sentiasa memberikan suntikan baru kepada kaum wanita khususnya remaja dalam berkongsi pelbagai isu yang relevan dan menarik minat mereka.“Kami juga teruja memperkenalkan barisan hos baharu 3R iaitu Dayah, Amirah dan Yvonne yang bakal meneruskan legasi 3R,” kata- nya.
Penerbit Eksekutif Red Communication Sdn. Bhd., Lina Tan, 47, pula memberitahu, lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dalam program realiti, Projek 3R.Daripada jumlah itu, hanya 30 peserta sahaja terpilih dan kemudian dikecilkan menjadi 12 peserta.
“Kriteria yang saya pilih adalah mencari seseorang yang berbeza dan tidak sama seperti hos 3R sebelum ini.“Perkara kedua adalah bijak dalam memberikan idea dan penampilan pula satu bonus,” katanya.
Dayah yang merupakan salah seorang pengacara program 3R dan mempunyai pengalaman mengacarakan rancangan Hijabista sebelum ini berkata, dia berbangga kerana menjadi sebahagian daripada 3R.
“Memang benar saya pernah menjadi pengacara untuk rancangan Hijabista. Pengalaman yang saya ada merupakan pengalaman yang begitu berharga dan dikongsikan bersama rakan-rakan saya yang lain.
“Malah, hubungan yang rapat antara kami bertiga memudahkan kami bekerjasama serta turut serta dalam setiap isu yang dibincangkan,” katanya.

ANTARA HADIAH GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG!!


KLIK BANNER ATAS NI KALAU MAU JOIN!! HE2..
Tadaaaaaaa.. inilah antara hadiah2 yang bakal korang menangi sekiranya join Giveaway teman ni tau..
Syukur ramai jugak hadiah dan ramai jugak yang sudi jadi sponsor.. terima kasih buat korang semua yea.. SPONSOR pun leh join gak tau.. blogger2 dalam Malaysia semua leh join.. haa.. Korang taknak try ke? mana tau rezeki korang lak dapat mana2 hadiah yang tersenarai kat bawah ni kan..

"GIVEAWAY 1 YEAR BLOG TENGKUBUTANG" 

Senarai hadiah :

TOP REFERAL PERTAMA AKAN MEMENANGI :-

 Vitamin C Shaklee x 1 by Linda
So.. kalau nak Hadiah ni, promote le bebanyak yea.. heee.. !!

TOP REFFERAL KEDUA
 Ostematrix Shaklee x 1 by Cheq Eem

HADIAH-HADIAH AWESOME YANG LAIN...
❤ Avon Rejuvenate Glycolic Facial Treatment x 1 by Gina Kojuji's House
❤ Topup RM5 x 2 by  Hakimie Inderaputra
 Broach handcraft x 2 x by Syamimi
(gambar contoh)
❤ Keychain Comel x 2 by Gina Kojuji's House
(gambar contoh)
❤ Handbeg x 1 by Nur Aisy Shoppe
❤ Handphone Strap x 2 Linda
(gambar contoh)
 
❤ Topup RM20 x 2 by Sheila Salim
❤ Handcraft Broach x 1 by Lienda Ramly
(Gambar contoh)

❤ Hadiah Misteri x 1 by Tengkubutang
❤ Tasbih Eimanel x 1 by EIMANELs Doorgift
(Gambar contoh)
❤ Jubah x 1 by Butik Mizana
Handcraft Broach x 1 by Nas Honey
❤ Topup RM5 x 2 by Linda

UCAPAN DOA UNTUK PENGANTIN BARU!

UCAPAN DOA UNTUK PENGANTIN BARU

"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A'LAIKA 
WA JAMA' BAINAKUM FI KHAIR"

“Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan 
kamu berdua dalam kebaikan“.

(HR. Shahih Tirmidzi 1/317) 

Sana sini dengor ramai giler akan mengadakan kenduri kawen November ni kan.. termasuk lea rakan blogger kita yang dua orang tu.. huk2.. teramat sedih tak dapat nak tengok Blogger Mimi dan Blogger Anis kawen.. frust sangat2.. tapi nak buat camne kan.. tak kan teman nak tinggalkan en. hubby sengsorang kat KL ni, kesian dia.. dah lea dia tengah bz nak buat pre-order barang motor lak November ni.. dah sah2 makan minum dia tak terurus nanti.. silap2 tak makan sampai ke malam.. tau sangat hubby teman ni.. 
kalau dah bz sangat2.. dia akan lupa masa rehat dia..

Pastu mula jatuh sakit.. demam dan sakit perut sebab tak makan.. huuu.. teman tak sampai hati nak tinggalkan dia sengsorang.. walaupun tahu dia bole masak sendiri, boleh basuh baju sendiri, boleh buat semua sendiri sebab sebelum kawen pun dia memang buat semua tu sendiri kann.. tapi teman still x sampai hati nak balik ipoh sengsorang.. aduh.. gini lea jadinya bila dah bersuami/berkahwin.. keutamaan harus kepada suami.. yelah, dimana ada suami.. disitulah kita jugak..(kecuali hubby outstation xleh nak kata pa)

huk2.. buat sayangku Mimi n Anis.. teman ucapkan Selamat Pengantin Baru yea.. selamat menempuh alam rumahtangga.. bermulalah new chapter in korang punya life.. semoga berbahagia dunia akhirat.. teman mohon maaf sangat2 tak dapat hadir kenduri kawen korang.. bukan xnak datang, tapi keadaan tak mengizinkan.. hope korang tak kecik hati yea.. walauapapun doa diatas mengiringi segalanya.. Aminnn..

28 Oktober 2013

HAiiiii.. TODAY is MONDAY!!

Hari ini hari Isnin!! yeay!! 
Bagi yang tak koje, mestilea muka hepi je kannn!
bagi yang koje tu.. ehehehehe.. 
mesti macam kartun kat atas ni kan!
  
Jangan Lemau2 yea... heeeeee...
Jom WorkOut!!

Mood : hari ni Happy.. yea teman Happy.. 
baru ada hati nak blogwalking kengkawan semua.. 
sorry buat korang tunggu lama..

Note : gambo esterek from google aje.. =P