PM Najib Tun Razak dan Isu Kangkung

Maybe, PM kita sendiri tak sedar bahawa setiap apa saja yang keluar 
dari mulut beliau boleh jadi isu paling hangat ketika ini...
Salam Jumaat buat semua, hemm pagi tadi teman terbaca banyak cerita pasal KANGKUNG yg berkaitan dengan PM kita dekat MalaysiaKini.. rupa2nya banyak sungguh herdikan dan kata2 sinis yang beliau terima dari orang ramai yang menentang kenaikan harga barang, dan beliau sendiri dah pun menjawab tentang isu kangkung yang kini hangat diperkatakan dalam Facebook sehingga ada yg membuat parodi lagu kangkung, dan yang terbaru wujud isu perkauman pulak bila tersebar gambar dari kaum bukan Melayu, dimana replika kartun PM kita yg mulutnya disumbat dengan 10kg kangkung.. dalam pada tu.. teman baca jugak komen2 yang negatif kat situ,  kebanyakan menyarankan PM kita berundur.. 
hemm.. bila terbaca je komen macam tu, terfikir jugak kenapa PM masih tak faham apa yang rakyat mahukan? ternyata terang2an dah nampak yang rakyat inginkan perubahan, kalau taknak berundur sekarang, tak tahulah apa lagi malu atau aib yang beliau akan terima lepas ni, 
sedikit sebanyak teman ada jugak berasa kasihan beliau diperlakukan begitu, nak pulak isu kangkung baru2 ni tersebar meluas hingga keluar Malaysia pun ada, 

Teman pasti keadaan ini akan berlarutan sekiranya PM masih disitu.. kalau benarlah begitu, teman rasa lebih elok beliau berundur secara terhormat.. atau.. betulkan keadaan yang semakin membebani rakyat ini, fahami kesusahan rakyat dengan merasai sendiri keperitan rakyat... atur perbelanjaan negara dengan betul dan tidak lagi menggunakan pendapatan negara untuk sesuatu yang tidak penting..dapatkan kembali kepercayaan rakyat dengan sesuatu yang benar2 buat rakyat kembali menyokong pucuk pimpinan beliau.. 
Dan sekiranya masih tak mendapat tempat dihati rakyat, maka berundurlah dengan cara terhormat daripada diri beliau terus diabkan.. .kerana apa yang teman nampak, rakyat dah semakin kurang hormat kepada beliau..  dan sekiranya masih tiada tindakan membaiki keadaan daripada beliau, sudah tentu apa saja dibuat rakyat akan menentang .. inilah dikatakan bila dah tak suka, buat apa pun orang akan mengata.. 

18 Ulasan

  1. Dah semakin jelas tanda kiamat lepas isu kangkung ni...

    BalasPadam
  2. salam... betul tu akak... tasha sokong sangat... lebih baik dia perbetulkan keadaan ataupun undur diri scra thrmat... kdg2 ksihan jugak bila org dok kutuk mcam2... tapi sape yang tak geram kan bila jadi mcm ni....
    mohon dengarlah pndngan dan suara hati rkyat mlysia...

    BalasPadam
  3. kesian. PM sdri kne troll dgn rakyat. ahaha. kne hati2 berkata.

    p/s: thanks,da bc entri tu. :')

    BalasPadam
  4. memang kelakar ouh pasal kangkung...

    tp kalo najib berhenti...

    mcm boring la nnt...

    hahaha!

    BalasPadam
  5. emm..itula..xtahu nak cakap ape..

    BalasPadam
  6. kesian PM kena troll. Tak pasal2 masuk BBC.haha
    kadang2 isu kecik mcm ni boleh jd besar pasal kuasa viral fb.
    mcm marketing plak :p

    BalasPadam
  7. Cara penjelasan yg beliau & beberapa menteri berikan kpd rakyat ttg isu kenaikan harga brng pum kurang elok lah.. buat rakyat terguris & terasa spt diperbudakkan.. mmg kena cari penyelesaian yg serius...

    BalasPadam
  8. Patut lebih pandai ambil hati rakyat..

    BalasPadam
  9. tapi, PM pun manusia biasa jugak... insyaAllah beliau akan melakukan perubhan. tapi mungkin tidak begitu drastik... Apapun doakan supaya Malaysia aman dan tak da kucar kacir. Aamiin.

    p/s: ramai orang tak suka PM disebabkan wife beliau. hahaha ada sesiapa ke yg suka wife beliau.

    BalasPadam
  10. Kata pepatah kejayaan seorang pemimpin kerana isteri di sisinya. Dan kejatuhan seorang pemimpin juga kerana isteri di sisinya. Yang paling kesian tentang PM kita bukan saja rakan2 dlm parti tidak membelanya dalam isu kangkung, tapi adik bongsunya sendiri menyindir cara dia berbelanja...

    BalasPadam
  11. ari tu dgr najib ckp psl kangkung ni dlm berita. x sangka jd trending sudah nyer.

    BalasPadam
  12. Pencacai PR kn dh xde idea.... n wat isu kangkung tok lari topik sbnr.. tntg isu kalimah Allah... puiih....

    BalasPadam
  13. saya setuju dengan ayat yang terakhir tu...

    BalasPadam
  14. klakar pun ada bila tgk isu kangkung nih heheh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama