adseng

Nuff

26 April 2014

DIET DENGAN SUSU ALMOND

Susu Almond
DIET/TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SUSU ALMOND
Hu3.. sejak dok kedai ni, teman rasa berat badan dah makin naik jea.. i is gemukkk.. selalu kalau kat umah teman makan roti aje beb.. tapi bila dah berkoje ni, tenagah hari dah tentu nasik yang dirembat.. hik3.. banyak lak tu.. pergh.. tahan sampai malam.. bahaya ni.. kena jaga badan.. nanti dah naik susah nak turun.. haa.. mula lea teman godek2 tips2 untuk kurus ni.. hi3..

Haa.. terbaca le satu info ni, hooo.. rupanya Susu Almond pun lleh turunkan berat badan yea? waaaaa.. haa.. jom kita baca sama2 jommm..

Susu 
almond yang sebenarnya agak popular tapi mungkin belum lagi di negara kita. Ia terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai dan paling sesuai buat si cantik yang ingin berdiet. Tidak perlu membelinya kerana anda mampu membuatnya sendiri di rumah.

Susu almond yang sebenarnya sangat mudah untuk dibuat. Anda boleh jadikannya sebagai amalan mimuman diet yang terbaik. Hanya kisarkan kacang almond dan dicampurkan dengan sedikit air panas. Kemudian toskan susu tersebut daripada hampasnya dan sedia diminum. Mudah bukan?

Dengan mengamalkan susu almond ini, anda dapat banyak kelebihan terutama dari segi kesihatan badan. Antaranya:

Kalsium
Susu almond memiliki kandungan kalsium dua kali ganda lebih tinggi dan kalori 20% lebih daripada susu segar biasa. Kandungan vitamin D juga di dalam susu ini dikatakan elok untuk kesihatan tulang anda.

Penambah rasa masakan
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa susu almond juga boleh digunakan sebagai penambah perasa pada masakan. Malah ada yang mengatakan rasanya lebih sedap berbanding susu yang lain.

Asid Lemak omega 3
Peranan Asid Lemak Omega-3 dalam penyakit kardiovaskular telah terbukti. Kandungan asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam susu ini sangat baik untuk kesihatan jantung kerana ia berupaya menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Selain mengandungi mangan, ia juga kaya dengan vitamin E, seleniummagnesium,potassium, zat besi, dan serat. Bukan sahaja boleh kurus, malah mampu menjadikan anda lebih sihat.

Awet muda
Kandungan flavonoid dan antioksidan yang berasal dari vitamin E mampu menurunkan risiko terkena penyakit kanser serta melambatkan proses penuaan. Wow! Siapa sangka susu Almond juga mampu membuatkan anda kelihatan lebih muda sentiasa.

Tenaga
Bagi anda yang mudah merasa letih, kami sarankan anda meminum segelas susu almond. Anda pasti akan merasa lebih segar dan kekal aktif dalam melakukan tugas harian. Khasiat kacang almond sememangnya tiada tandingannya.

 Okay, jangan tunggu lagi. Jom buat susu almond sekarang. 

Related Posts

4 ulasan:

  1. haiii..tgh cari2 resepi susu almond terjumpa blog awk..sy aritu beli kt coldstorage RM13.90 yee..mahal btoii..pastu insaf xnak membazir igt nk buat sendiri..jadi tu jd..tp x berape ummp..hihi

    salam perkenalan.. ;)

    BalasPadam
  2. bagus tips ni..boleh dicuba..kita tak pernah try lagi susu almond ni..

    BalasPadam
  3. rasanya lya tak layak kot nak minum susu nie sbb dah kurus :D

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kakak, wahh sedapnya susu almond. nanti nak try buatlah. hehe singgah menabung libresse sini~~~

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile