Nuff

04 April 2014

DOA ABU DARDA YANG SANGAT ELOK DIAMALKAN


Doa Abu Darda
(Doa untuk Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah)
Hari tu sedang asyik like2 n komen kat FB, ternampak lak post kak Ku-jie pasal Doa Abu Darda ni.. Masa tu kak Ku-jie tengah risaukan kucen2 jirannya yang selalu sangat dicuri oleh seekor monyet disitu.. Ku-jie ada mengongsikan Ayat/Doa Abu Darda ni di dalam komen tersebut.. teman pun bagai mengantuk disorongkan bantal lah.. hee.. Haa.. Memandangkan teman memang mencari doa2 begitu untuk dijadikan amalan.. maka teman pun nak share dengan korang cerita disebalik Doa Abu Darda ni dan apa kebaikannya jika diamalkan.. tQ buat kak Ku-jie yang sudi share pasal ni.. untuk kedai pun boleh kan kak Ku-jie? ok.. meh kita baca sama2.. kot2 korang pun tercari2 gak doa ni kan..

Doa Abu Darda ialah Doa untuk Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah. Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W.Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. 

Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang. 

Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi. Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatuDan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan dirikuDan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.Sesungguhnya Tuhanku sentiasaberada di jalan yang lurus.

tq buat kak Ku-jie
Jom singgah blog-->http://www.kujie2.com/ 

Related Posts

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah..doa ni mmg kami amalkan...if hari keje...naik je kereta..tugas si anak bujang jadi 'ketua' tuk bacakan ;-)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum
    dan salam jumaat
    singgah pagi

    BalasPadam
  3. Salam, haaa terima kasih atas perkongsian...sy sama-sama membaca doa ni waktu bace entry ni, hehe insyaAllah...aminn :D

    BalasPadam
  4. good info.. thanks for sharing. sangat berguna ni

    BalasPadam
  5. elok sangat diamalkan semoga kita dilindungi Allah.

    BalasPadam
  6. Doa yang ley di amalkan ni kak....moga kita dilindungi oleh allah s.w.t

    BalasPadam
  7. Tq sharing...sy br jer dgr dekat tv..terus cari

    BalasPadam
  8. IZIN UNTUK DI COPY DOA INI......

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian. Semoga Allah merahmati dan mengiranya sbg amal ibadah yg berterusan..

    BalasPadam
  10. izinkan saya share di facebook..............

    BalasPadam
  11. Salam
    Bagaimana nak convert bacaan dlm bentuk ramai2..iaitu dpd aku kpd kami supaya yang lain2 boleh mengaminkan
    Pohon pencerahan. Tq

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New