16 MEI - SEJARAH HARI GURU

Seperti yang kita sedia maklum, Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guruTarikh tersebut dipilih sebagai Hari Guru adalah kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema Sambutan Hari Guru kali ke-43 Tahun 2014 ialah  Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

1 Ulasan

  1. Selamat Hari Guru kpd semua warga pendidik... jasa mu ttp dikenang selamanya... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama