Nuff

18 Ogos 2014

Akademi Fantasia 2014 kini bermula!!


Akademi Fantasia 2014 |
KUALA LUMPUR: Program Akademi Fantasia (AF) musim terbaharu kembali dengan format asal seperti mana ia mula diterbitkan pada 2003.

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, biarpun menggunakan konsep asal namun pengisian program tersebut akan diperkenalkan dengan nafas yang lebih segar bersesuaian dengan peredaran zaman.

"Sepanjang penerbitan AF pelbagai eksperimen dan pembaharuan juga telah pun diperkenalkan dari musim ke musim demi mengenal pasti format dan strategi paling efektif bagi menambah baik program ini.

"Sehubungan dengan itu, kami membuatkan keputusan untuk menyuntik semula format asal yang terbukti berjaya meletakkan jenama AF di fenomena tersendiri," katanya.

Raqim ditemui pada majlis penghargaan artis dibawah naungan Astro di Hotel Le Meridien dekat sini, Isnin.

Dalam pada itu, Raqim berkata, keputusan itu juga dibuat berdasarkan penerbitan musim-musim terdahulu dan mendapati rakyat Malaysia sebati dengan elemen emosi, drama dan air mata yang cuma dapat dirasai menerusi AF.

"Kami berharap format asal dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan AF yang menjadi aset serta testimoni utama," jelasnya.

Sementara itu, Raqim berkata, pihak produksi telah mengadakan uji bakat di empat buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun) yang lalu.

Pihak Astro juga turut mengadakan sesi uji bakat untuk laluan pantas secara dalam talian dengan peserta memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014 yang lalu.

Info TERKINI Konsert AF 2014 Untuk Peminat2 AF :-

Konsert AF 2014
Bermula 7 September 2014, setiap Ahad, 9 malam, saluran 104, 105 & 135
Diari AF 2014
Bermula 1 September 2014, Isnin hingga Jumaat, 9 malam, saluran 104, 105 & 135
Kapsul AF 2014
Isnin hingga Jumaat, 7.30 malam, saluran 104

Pengacara Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Zizan Razak

Pengacara Diari Akademi Fantasia AF 2014
Jihan Muse

Tenaga Pengajar Akademi Fantasia AF 2014
Fatimah Abu Bakar
 
Linda Jasmine
 
Marlia Musa
Siti Hajar 

Website: 
http://www.af.com.my   
FanPage Akademi Fantasia 2014: 
https://www.facebook.com/AkademiFantasia

Program tv: Akademi Fantasia 2014
Rancangan realiti yang memberi inspirasi, aspirasi serta hiburan daripada peserta di Akademi. Rancangan ini direka khusus untuk membentuk peserta menjadi bintang dalam persekitaran hiburan-akademik. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri. 

Related Posts

2 ulasan:

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New