TIPS UNTUK UPSELL TANPA MEMAKSA PEMBELI

TIPS UNTUK UPSELL TANPA MEMAKSA PEMBELI |
Heee.. Kalau teman la kann.. Upsell tu terkenal dikalangan mat bikers sebagai "RACUUNN" .. maksudnya, peniaga akan memperkenalkan pelbagai promosi, mengiklankan barangan mereka dengan begitu kaw-kaw punya promosi sehingga mempengaruhi mereka untuk membeli, serta bijak menarik mereka membuat belian demi belian... 
Helmet Simpson Diamondback 

Contohnya di kedai teman, ada menjual Helmet Simpson yang menjadi idaman ramai, kami hanya menjual satu design helmet untuk satu harga, dan pembeli akan membeli helmet tersebut, namun kami akan syor kan helmet yang paling "mahal" di kedai kami, 
bukan kerana nak mengaut keuntungan cepat.. tetapi melihat juga pada kesesuaian motor si pembeli, melihat juga kepada kesesuaian muka pembeli dengan helmet tersebut, boleh jadi design yang pembeli pilih tidak sesuai dengan wajah mereka, maka kami perlu jujur berikan pendapat.. samada nak terima atau tak, terpulang kepadaa pembeli itu sendiri.. 
dan tujuan kami mengesyorkan yang paling mahal adalah kerana yang paling mahal sangat menguntungkan buat pembeli dimana terdapat lebih Free Gift berbanding membeli design yang murah sikit.. ibarat alah membeli, menang memakai.. yang mahal pastinya menjadi rebutan kerana design popular yang diminati ramai disamping kualitinya yang telah terbukti selamat dipakai.. 
kami tunjukkan testimoni customer lain yang membeli dan bukti helmet itu selamat dipakai, kami juga tunjukkan komen dari customer-customer lain yang berpuashati dengan produk kami, 
dan selepas pembeli berpuashati dengan semua yang kami cadangkan/rekomen kan.. pembelian pun dibuat.. he2.. daripada nak beli yang biasa, akhirnya pembeli memilih untuk membeli yang paling mahal tetapi berbaloi-baloi.. haaaaa.. itu hanya sekadar citer/teknik dari teman untuk dikongsikan, tapi yang benonya teman nak share dengan korang cara rakan Cina kita buat Upsell lak.. jom baca!!
Kepakaran rakan Cina kita yang berniaga adalah “UpSell” 
Apa itu ‘Upsell’? Anda pergi kedai mahu tukar tayar yang biasa sahaja, maksud “biasa” bagi ramai adalah yang paling murah. Dia pun recommend apa yang anda mahukan, kemudian dia akan cadangkan anda untuk guna “kualiti baik sikit” dan “tambah duit sikit”….. Anda pun setuju. Anda end-up pilih yang tinggi sikit harganya.
Ketika tayar dipasang, dia panggil anda untuk tengok masalah absorber atau spring tayar dan nasihatkan anda tukar baru sebab ia tidak boleh pakai lama. Memang dia tidak salah, dia hanya menunjukkan masalah yang memang ada yang anda tidak perasan, anda pun setuju.
Tiba-tiba dia tunjukkan juga brek yang tiris dan betapa bahayanya brek anda. Anda dah penat, anda tanya tak boleh pakai lama lagi? Dia jawab, bolehlah tapi bahaya ma…. Anda pun tanya berapa harga, dia beri harga dan beri diskaun dan anda pun setuju. Itu namanya UpSell.
Dan tengah anda duduk tunggu foreman siapkan semua, anda terdengar dia jerit, ini sports rim kualiti dari Jepun ada offer 50%. Anda pergi tengok rim tersebut dan tiba-tiba anda balik dengan tayar baru serta rim baru.
Itu namanya UpSell. Adakah anda seorang yang berniaga? Anda patut belajar UpSell. Anda tidak paksa orang membeli, anda just beritahu atau tunjukkan apa lagi yang boleh dibeli. Anda cuba nak add more value atau bantu lebih banyak pelanggan anda untuk dapatkan nilai yang lebih baik.
Note : Sebagai Penjual kita cadangkan yang mana terbaik untuk customer, tapi keputusan terserah kepada customer itu sendiri, samada nak terima cadangan kita atau stay dengan pilihan yang diorang dah buat..
Tapiiii!! jangan pulak kita paksa-paksa diorang.. dah diorang taknak jangan bebankan fikiran diorang lak.. maybe had kewangan diorang hanya takat tu aje.. 
So, sebagai penjual, kita kena hormat pilihan customer.. dan kalau customer tu sendiri yang bersetuju dengan cadangan kita, maka itu satu bonus buat kita.. apa2pun.. handle lah semuanya dengan berhemah yea.. hee..
Note : bila baca entri2 macam ni.. teringat teman pada arwah pemilik blog syuhadabaharudin.com yang selalu up entri2 berkenaan tips2  bisnes, motivasi dan kata-kata semangat dalam cara untuk improve diri dan improve cara menguruskan perniagaan yang kita mahu jayakan.. Siapa lagi kalau bukan Blogger Syuhada (teman panggil Syue aje).. 
Dulu, teman pasti akan singgah blog Syue untuk baca bermacam2 tips dan motivasi dari arwah Syue yang juga anak didik Pakar Motivasi Dr Azizan Osman.. Namun kini, blog itu sepi tiada berpenghuni.. Al-Fatihah buat Syue disana.. bersemadilah dengan tenang di sana yea.. Aamiinnn... 

Berminat nak order/beli helmet Simpson?
sila PM FB teman di -->
https://www.facebook.com/tengku.butang
Untuk Tempoh ini kami masih lagi membuat 
Jualan Promosi Raya sehingga 31 Ogos 2014 ini, 
So.. Kalau nak belian yang mantop (ada bermacam2 FREE GIFT), 
boleh PM teman laju2 untuk order di FB teman diatas ni yea.. 

ikhlas dari,

1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama