Innity 1

Nuff

12 September 2014

Doa dan Petua Elak Terkena Angin Ahmar/Stroke

Doa / Penawar /Usaha / Petua Elak Terkena Angin Ahmar/Stroke |
Teman up dulu entri yang ni yea.. sebab entri untuk gi jengjalan ke luar negara macam takleh nak up je lagi.. next entri ajelah teman up yea.. heee.. Ok lah, jom baca entri yang ni dulu..

Baru-baru ni teman ada mendapat berita tentang Abah officemate teman terkena stroke, badannya tak boleh bergerak sebelah.. agak terkejut dengan berita tu, dalam hati mendoakan semoga abah sahabat baik teman (liza) segera sembuh.. Alhamdulillah beberapa hari selepas tu teman dengar berita melegakan.. Alhamdulillah.. Doktor kata mujur cepat bawa ke Hospital, Apa-apa pun semuanya kuasa Allah.. Allah yang memberi penyakit, Allah juga yang menyembuhkannya.. Dari situ teman terpanggil untuk berkongsi dengan semua tentang Sejarah/Petua serta Doa untuk diamalkan bagi mengelakkan terkena Angin Ahmar.. 


Sejarah Penyakit Angin Ahmar/Stroke
Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan (lumpuh), yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad s.a.w umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut di samping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad s.a.w dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah s.w.t telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Rasulullah lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakini doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Memadai kita amalkan sekali sepanjang hayat kita doa atau ayat seperti yang tertera di bawah. Namun jika berkesempatan masa lebih elok diamalkan selalu.
Doa lengkap Elak Angin Ahmar 
(Untuk Ayat yang panjang, perlu dibaca sekurang2nya sekali seumur hidup, Manakala untuk Ayat yang pendek, boleh diamalkan membacanya selepas tiap kali solat) :
Doa Pendek Elak/Ubati Angin Ahmar (Strok)
Pada zaman Nabi Muhammad SAW cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu bainda bahawa Hassan terkena penyakit angin, lalu Baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ADA .. lalu ghaib. 

Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa tersebut, lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saidina Hasan, boleh berdiri dan sihat walaifiat .




Doa Panjang Elak/Ubati Angin Ahmar/Strok

Maksud doa:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.
Kaedah Rawatan : 
Setelah disediakan bahan yang diperlukan maka hendaklah dibaca : 
1-Surah Al-Fatihah 
2-Surah Al-Baqarah ayat 255 ( Ayatul Kursi ) 
3-Bacalah Doa Angin Ahmar
4- Surah Al-Talaq ayat 1-2 
5- Surah Hud ayat 119

Kemudian tiuplah kepada air-air tersebut sehalus jarum. Niatkanlah supaya menjadi penawar kepada si pesakit yang menghadapi penyakit angin ahmar. Berbisiklah kepada air dan bahan-bahan tersebut akan niat kita supaya menjadi ubat kepada pesakit juga dengan rahmat dari Allah swt.

Berilah minum kepada pesakit . Pintalah penderita tersebut supaya membaca al-Fatihah ,ayatul kursi dan selawat sebelum meminum air jampi tersebut. Solat hajat dan berdoalah semoga pesakit berpeluang sembuh seumpama sedia kala supaya dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna.

Selain dari melakukan rawatan dengan mengambil berkat teknik dan sunnah Rasullulah saw janganlah menyisihkan teknik dan cara rawatan lain. Usahalah juga dengan aneka perubatan lain. Selepas itu bertawakkallah kepada Allah. Moga-moga Allah memperkenankan hajat dan menilai mujahadah serta kegigihan kita mendepani ujian-Nya.

Petikan :
Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus
Halaman 171-179
Ustad Sharhan
Credit to : mselim3.blogspot.com

Petua Mengelak Stroke dan Angin Ahmar
 (Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati)
Adapun, di dalam perubatan moden, Stroke dan angin ahmar dilihat sebagai sama. Namun, di dalam Perubatan Islam, stroke dan Angin Ahmar adalah dua hal yang seakan sama, tetapi berbeza. Ianya dilihat dari faktor :

1) Asal Usul (Punca)
2) Simptom (Tanda)
3) Kaedah Rawatan

Di sini dikongsikan beberapa cara yang boleh dilazimkan untuk mengelak sebagai langkah utama (First Aid) dan kaedah rawatannya secara ringkas seperti berikut ;

1) Pastikan Tekanan Darah (Systolic dan Diastolic) sentiasa stabil (120/80)
2) Pastikan tahap Kolestrol sentiasa rendah terutamanya LDL dan Trigliserida.
3) Amalkan Meminum Cuka (cuka epal/kurma/madu)  3sudu ditambah Air masak (atau air mineral)  setengah gelas (150-200ml) setiap malam sebelum tidur.

4) Amalkan menyapu Minyak zaitun ke tubuh, sekurang-kurangnya ke belakang leher, sekerap mungkin (Bertujuan memberi haba pada saluran sinus carotid yang menjadi punca kepada sumbatan darah sehingga menyebabkan Stroke)

5) Amalkan mengambil kurma 3-5 biji sebagai awalan sarapan.

6) Kurangkan pengambilan kafein terutamanya Nescafe.

7) Amalkan Habbatus  sawda (biji atau pati), setiap pagi sebelum sarapan.

8) Lazimkan diri dengan Riadah Memanah (Khusus untuk Otak dan Jantung), Berkuda (Khusus untuk Tulang Belakang) dan Berenang (Khusus untuk sistem kardiovaskular).

9) Amalkan mandi songsang (Siraman bermula dari kaki ke arah kepala perlahan-lahan) setiap kali mandi pagi dengan air sejuk bukan air panas.

10) Elakkan pengambilan herba atau pemakanan tambahan dengan ambilan dos yang tidak terkawal. Perkara ini akan merosakkan hati jika ianya berlarutan.

Dan banyak lagi perkara lain dalam usaha mengelakkan Stroke dan Angin Ahmar iaitu antara penyakit yang dibimbangi oleh kebanyakan mereka yang berumur 40an.

Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

13 ulasan:

  1. owhhhh ada ayat khusus utk stroke ya... InsyaAllah, saya nak share dgn family nnt...

    BalasPadam
  2. terima kasih share article yang sangat informatif...

    BalasPadam
  3. Abang ipar kakak baru terkena (msa bulan ramadhan tempohari) dan kami juga amalkan cara ini dan alhamdulillah kini abang ipar kakak dah boleh berjalan perlahan-lahan. Kepada yg tidak ada boleh simpan sebagai panduan.

    Satu lagi petua yg diberikan oleh pihak hospital sebaik ada keluarga yg kena stroke segera cucuk ibu jari dgn jarum utk keluarkan darah sedikit sebelum dihantar ke hospital. Kalau kena pada kepala pula gentel di belakang cuping telinga can cucuk sedikit dgn jarum keluarkan darah. Itu katanya.. tapi masa abang ipar kakak kena kami belum tahu.

    BalasPadam
  4. BAGUS SEKALI PERKONGSIANNYA...

    BalasPadam
  5. nanti nak amalkan mandi songsang tu laaa.... thanks tengkubutang..


    lama tak singgah sini . tuan blog sihat?

    hehehe =D

    BalasPadam
  6. Thx, info bermanfaat
    Jemput jejak blog saya pula
    www.hanasihat.blogspot.com

    BalasPadam
  7. salam, tq info yg berguna utk dikongsi..mak mertua kawan pun pernah kena stroke, Alhamdulillah 3 hari lepas tu dah sembuh.

    BalasPadam
  8. Ilmu yang baik mmg patut dikongsi....t.kasih atas info dan ayat yang amat berguna ini... sebelum diserang, lebih baik cuba mengelakkan... alquran pengubat utama semua penyakit...

    BalasPadam
  9. Ilmu yang baik mmg patut dikongsi....t.kasih atas info dan ayat yang amat berguna ini... sebelum diserang, lebih baik cuba mengelakkan... alquran pengubat utama semua penyakit...

    BalasPadam
  10. Tq for sharing... Bersama2 kita amalkan..Insyaallah..

    BalasPadam
  11. Boleh amalkan doa untuk elak strok ni. Lagi satu, boleh juga supplemen tambahan yang kaya Resveratrol.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile