Cermin mata hitam bukan sahaja berfungsi untuk melindungi mata dari sinaran terik matahari, Malah kini ia di jadikan sebagai salah satu aksesori untuk bergaya buat semua golongan terutamanya remaja.

Sungguh begitu, masih ramai yang gagal memilih kaca mata yang sesuai mengikut bentuk muka. Jadi, jom kenali jenis dan bentuk kaca mata yang sesuai untuk kamu!
Normalnya, rakyat Malaysia mempunyai bentuk muka yang bulat. Pemilihan kaca mata jenis wayfarer sangat sesuai. Bentuk ini mampu membuatkan wajah kelihatan lebih kecil dan runcing. Untuk nampak lebih bergaya dan stylo pilihlah bingkai yang berwarna ceria atau bermotif.

WAJAH KOTAK
Gadis yang miliki bentuk muka seperti ini perlu mencuba kaca mata berbentuk Aviator. Jenis kaca matya seperti ini mampu memperlihatkan bentuk rahang lebih kecil dan halus. Bentuk melengkung di kacanya mengimbangkan bentuk dahi dan rahang agar tidak kelihatan pelik dan kelakar.
Individu yang miliki wajah seperti ini sangat berhuntung kerana mereka sesuai memakai apa sahaja bentuk kaca mata yang ada. Tetapi, sangat di sarankan memilih kaca mata yang berbentuk eye cat atau Clubmaster. Ini kerana, kaca mata berbentuk seperti ini akan menonjolkan tulang pipi serta memperlihatkan bentuk wajah yang sempurna.
Bentuk wajah seperti ini sama seperti wajah oval. Tetapi mereka lebih sesuai memilih kaca mata yang bulat. Jika kamu sangat mementingkan gaya dan penampilan, pilih kaca mata yang unik dengan gaya vintage ala-ala The Beatles.

Wajah jenis ini mempunyai rahang yang panjang dengan keadaan dahi yang agak luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Elakkan tumpuan pada bahagian rahang dengan memberi perhatian kepada kawasan mata. Bingkai nipis atau bersudut tajam dapat mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Kaca mata hitam rekaan aviator saiz besar, juga bentuk mata kucing sesuai untuk memberi keseimbangan kepada dua aspek itu.

Elakkan memakai kaca mata hitam kecil dan nipis serta berbingkai besar.

Untuk wajah lonjong, frame kacamata yang bulat akan menyeimbangkan wajah panjang kamu. Aksen yang sedikit lebih di sudut tangkai kacamata atau sudut frame akan makin menampakkan wajah kamu manis.


Mereka yang memiliki bentuk muka bujur amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah. Salah satu bentuk sunglasses yang padan dengan muka bentu bujur ialah Aviator.

Cuma sebaiknya elakkan memakai kaca mata hitam yang terlalu bujur kerana ia boleh membuatkan wajah kelihatan kurang seimbang.