Sia-Sia Sahaja Debaran Yang Dirasai

Salam.. | buat kawan-kawan semua.. terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk teman.. didalam entri yang lepas.. iaitu entri Berdebar-debar teman ada mengatakan takut dan berdebar-debar kerana 10/12/2014 (Rabu) kelmarin teman kena  hadiri appointment doktor yang telah tertangguh dari 18/9/2014 hari tu.. 

Pada 18/9/2014 tu teman tak dapat pergi kerana baru sahaja balik dari luar negara, restock barang untuk kedai.. dan disebabkan seminggu kedai ditutup, customer dah mula call dan tanya bila kedai buka? 

So, terpaksalah kami buka kedai dan teman terpaksa melupakan tentang appointment itu, tetapi meminta tolong adik lelaki teman di kg, supaya mohon tukarkan ke tarikh appointment yang baru.. Alhamdulillah dapatlah tarikh 10/12/2014 tu..


Kalau ikutkan, pada tarikh 10/12/2014 tu, teman perlu buat Skop (memasukkan kamera melalui mulut) untuk check apa punca sakit teman selama ni.. 

Teman yang penakot ni, mula-mula seperti nak lari-lari je dari buat skop tu.. risau yang bermacam2 keluar dalam fikiran ni.. takut tekak luka lah, takut susah nak makan lah nanti, takut macam-macam.. sehinggalah stress jadinya.. Hubby teman pun risau kalau teman balik sorang, dia tak yakin teman akan gi buat skop tu.. last-last hubby yang susah nak dapat cuti, apply jugak cuti untuk 2 hari.. temankan teman buat skop di hospital Ipoh.. 

Kami balik anik bas aje kali ni.. sebab taknak penat sangat kalau naik motor.. kalau naik keta takut jam pulok.. huhuhuhu..

So, bila hubby kata nak temankan.. terus muka rasa bersemangat.. dan nak cuba lawan ketakutan tu.. siap makan puas puas sebab nak puasa malam tu, esoknya gi hospital.. appointment jam 10.00 am, tapi kami datang awal sikit.. dalm pukul 9.30.. teman disuruh letak kad appointment tu dalam kotak yang bertulis app jam 10.00, tapi.. menunggu nak dapat nombor.. lama giler.. 

Lepas tu, dah dapat nombor, kena tunggu lak nombor tu dipanggil, baru dapat jumpa doktor.. tunggu punya tunggu.. sekali nombor teman dilangkau pulak.. ok, takpe.. biar dulu.. mungkin lepas tu nombor teman lak.. tapi.. lepas tu, dilangkau lagi, dilangkau lagi.. sampailah 5 nombor... aishhh.. ini sudah mendatangkan marah..

Teman pun gi kaunter dan tanya nape nombor saya tak dipanggil? nombor lain yang dipanggil dulu.. dah langkau 5 nombor ni..? then.. staff kat situ check kad teman, dan dapati kad teman tak sampai lagi.. Aduh.. mana pulok perginya kad teman tu.. hemm.. sambil toleh tengok hubby.. dah lembik lunyai nunggu teman ni haa.. aduii.. kalau lama giler camni, orang yang emnunggu kita, dari tak sakit pun boleh jatuh sakit.. aishhh..

Jam dah menunjukkan pukul 12.30 pm.. aduh.. dalam hati risau je appointment di postpone ke tarikh lain.. sebab ingatkan masa rehat diorang tutup jap kan.. rupanya tak tutup.. tunggulah kami sambil melangut bosan.. nak buka internet slow giler.. kejap ada kejap takde line nya.. line sakit macam tuan dia ni kot.. 

hemm.. akhirnya nombor teman naik.. dalam kul 1.30 camtu.. masuk je bilik doktor.. sembang2.. pastu doktor suruh baring.. doktor tekan-tekan perut.. then doktor kata takde apa.. mungkin masalah tulang rangka yang sakit tu.. (what?? mungkinnn??? ) pastu doktor kata tak perlu buat skop.. hemm.. teman udah puasa dah dari jam 10 mlm tadi sampai 1.30 tengahari.. bole plak kata tak payah skop?? memang keceewa sangat2.. di saat teman dah beranikan diri untuk buat sesuatu yang teman takut.. tiba-tiba tak jadi pulak.. tension teman masa tu..

Pastu doktor kasi ubat tahan sakit.. hemm.. hanya dengan tekan-tekan perut aje, doktor dah bagi ubat tahan sakit.. doktor pun bagi tahu "mungkin" masalah tulang rangka sakit.. napelah ada perkataan mungkin tu? kan elok kalau buat Skop atau X-Ray ke.. at least nampak lea jugak ruang teman nak percaya perkataan "mungkin" tu.. ini just tekan2 perut udah kata takde apa dan bagi ubat tahan sakit?

Kalau teman tak sakit.. teman tak kisah.. tapi masalahnya teman masih rasa sakit.. teman susah nak tarik nafas dalam2.. bila tarik nafas sakit.. tu yang sedih bila doktor kata tak perlu buat skop.. =(

then dah selesai semua, gi menunggu ambil ubat pulak, pastu staff farmasi panggil.. katanya ubat yang doktor catitkan tu dah habis, diorang kena jumpa doktor tu balik untuk tanya nak bagi ubat apa untuk ganti ubat sebelum tu? teman pun disuruh duduk dulu.. lepas 10 minit baru depa panggil balik.. hemm.. tengok pada ubatnya pun teman takut nak makan.. sebab perkataan "mungkin" tu yang buat teman ragu-ragu nak telan ubat tu.. dah settle.. kami pun gi makan kat stadium tu..

Dan masa tengah makan, hubby disapa oleh kawan lamanya.. kami pun sembang-sembang jap.. hubby cerita tentang sakit teman tu, then kawannya kata.. kalau dah berapa kali scan tak nampak, dan berapa kali check doktor kata tak ada apa-apa, seeloknya kita berserah saja kepada Allah.. mohon dari Allah terus.. kawan hubby ajar teman bermacam2 surah yang sesuai utnuk dibaca (surah penyembuh).. sekadar ikhtiar...

dan dia menyuruh teman sentiasa amalkan Selawat Tafrijiah atau Selawat Nariah iaitu Penghulu Segala Selawat.. baca 11x kali selepas Solat.. dan mohon pada Allah agar diberi kesihatan yang elok, dimurahkan rezeki, dan diberi keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan.. meh baca.. 

Nak kongsikan bacaan Selawat Tafrijiyah dalam tulisan rumi:-.

BISMILLAHIRAHMAN NIRRAHIM
ALLAHUMMA SHALLI SHALAATAN KAMILATAN WASALLIM SALAAMAN TAAMAN ' ALAA SAY-YIDINAA MUHAMMADANIL LADZIII TANHALLU BIHIL UQADU WATAN FARIJU BIHIL KURABU WATUQDHAA BIHIL HAWAA IJU WATUNAALU BIHIR-RAGHAA-IBU WAHUSNUL KHAWAATIMI WAYUSTAS-QAL GHAMAAMU BIWAJIHIL KARIIMI WA'ALAA AALIHI WASHAHBIHII FII KULLI LAMHATIN WANAFASIN BI'ADADI KULLI MA'LU-UMILLAK.

Artinya :-

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta  didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta husnul khatimah (bagus akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung (hujan) lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda, dan sahabat baginda di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh Mu , wahai Zat yang menguasai seluruh alam". 

Note : sekarang.. teman redha aje.. malas nak fikir apa2 tentang sakit ni.. mungkin tak sakit teruk kot, tapi bila teman stress menyebabkan sakit tu jadi teruk.. sekarang ni.. teman hanya fikir positif aje.. malas nak fikir yang rumit2 dah.. jaga kesihatan elok2 dan sentiasa ingat yang Allah yang memberi penyakit itu, maka Allah jugalah akan menyembuhkan sakit itu.. InsyaAllah.. Aamiinn.. 

10 Ulasan

  1. aduhla dik, sian nyer.... sabar lah n berserah... tp doctor tu tak boleh la pakai tekan2 n pastu ckp mungkin2, lainla kalu dia bgtau secara detail walaupun cume tekan2 dia dh dpt kesan apa yg terjadi....

    moga takde apa yg serius n mungkin ini cuma dugaan dariNya

    BalasPadam
  2. Assalam sis,
    salam perkenalan yer
    moga segalnya dipermudahkan Allah & dijauhi dari segala penyakit AMIN
    pa pun kalo sudi jemputla singgah & join blog saya yer :)

    BalasPadam
  3. salam.. Tiap penyakit inshaAllah ade ubatnye...
    Awk try cari Daun Belalai gajah... minum... daun tu penawar penyakit yg xdiketahui.. inshaAllah...
    Xsilap dah jual yg jenis minuman... Try... mana taw boleh sembuh... :)

    BalasPadam
  4. Aduh... seram TT^TT

    semoga takde apa-apa kesakitan yang jelas mahupun tak jelas aamiin...

    take care TengkuButang :)

    BalasPadam
  5. Bc entry ni nak marah pun ada.. Haih doktor, dia tekan² gitu je dah ckp xde apa.. hubby sya ari tu, siap kena marah ckp xde apa²..sekali kau sakit teruk giler.. Sakit hati ni tak hilang lg mengenang doktor sengal tu.. Selamba ckp xde apa²,siap ckp mengada lagi kat hubby

    BalasPadam
  6. hmmm.. pgalaman pergi hosp x penah best. haha! part mnunggu mmg kna sedia mental fzikal

    dan dktor.. MGKIN ramai sgt psakit dan dah faham atau MGKIN mereka ckup power di ats ilmu2 mrka.

    bila terjadi pd sy, sy yakin dan positif je sbb Allah bertindak mgikut sgkaan. positif

    BalasPadam
  7. apa lah doktor tu..kan senang kalau scan..sabar ye kak..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum, sis.. salam perkenalan dari saya. Banyak-banyakkan bersabar ye, sis. Cuba iktiar.. InsyaAllah.. tak de panyakit yang tiada penawar. cepat atau lambat je.. sentiasa bergantung hrp kpd Allah SWT setelah berusaha.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama