BIODATA/PROFAIL VOKALIS CALIPH BUSKERS BAND & BACA KOMEN-KOMEN!

Gambar Anggota Caliph Buskers bersama Dj Radio HotFM 
ketika berada di Konti Penyiaran HotFM semalam.. |

BIODATA/PROFAIL  VOKALIS CALIPH BUSKERS  BAND & BACA KOMEN-KOMEN!

Haishhh.. Semalam dengar Caliph Buskers Band di interview On Air kat HotFM, aduh.. rendah diri je diorang kan.. Sedangkan bakat diorang telah membuka banyak mata insan-insan yang melihat, sehingga tersedar dari mimpi bahawa sememangnya Allah itu pemberi Anugerah yang tidak terhingga buat insan-insan yang cacat penglihatan ini.. 
Rezeki Caliph Buskers Band nampaknya apabila berjaya memukau mata penonton ketika mempersembahkan Lagu RomanCinta yang sepatutnya dibawakan oleh penyanyi asal Kumpulan Mojo iaitu Aweera (yang kini bergerak solo) pada AJL 29 Pada 18 Januari 2015, sehingga ada yang menitiskan air mata dengan persembahan mereka.. 

Tahniah Caliph Buskers Band! Teman tak sempat nak buat entri untuk korang hari tu.. hari ni baru dapat buat.. heee.. Nak jugak masuk citer pasal Caliph Buskers Band kat blog teman ni.. heeee..
Disebabkan AJL 29... habis video yang berkaitan CALIPH BUSKERS teman layannnn...Omputih pon diorang tapau.. 

Disebabkan CALIPH BUSKERS... teman yang dulu tak pernah dengar lagu RomanCinta ni dah jadi tahu dan mula suka lagu ni plak.. hahaha.. tapi yang CALIPH BUSKERS bawak la kan.. Sebab halwa telinga ni rasa macam sukakan Nada dan suara merdu Vokalis CALIPH BUSKERS lagi.. opssss.. 

hihihihi.. Opss.. yang atas tu gambo Vokalis Mojo yang lama.. nak letak gambo baru lak lah.. heee.. 
Haaa.. baru betul.. letak gambo Caliph Buskers Band teruss.. hehehehe.. Walauapapun.. Gandingan Caliph Buskers Band dan Kumpulan Mojo memang terbaekkk..! happening kottt.. 

Jom kita kenali Vokalis dan Ahli Kumpulan CALIPH BUSKERS BAND dan Baca Komen-Komen Membangun dari semua peminat mereka.. 

Sangat terharu bila Azmi dalam interviewnya bersama Stesen Radio HotFM semalam.. mereka lebih menganggap peminat itu sebagai SAHABAT, bukan peminat.. 

dan mereka juga menyatakan akan terus Busking (bermain muzik di jalanan) kerana mereka tahu ada sahabat2 diluar sana akan menantikan persembahan mereka seperti kebiasaan.. 

ho2.. teman pun nak tengok live kalau camni.. depan SOGO kan? kan? kan?

BIODATA VOKALIS CALIPH BUSKERS yang menyanyikan Lagu RomanCinta dari Kumpulan Mojo AJL29

Nama Ketua Vokalis: Azmi Saat
Asal: Johor Baharu
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Vokalis Caliph Buskers dan penyanyi jalanan
Status: OKU (Kurang Penglihatan)
Lokasi: Bukit Bintang Kuala Lumpur
Kumpulan: Caliph Buskers

Ahli Caliph Buskers Band
Azmi Saat - Bassis/Vokalis
Nirwan - Guitaris
Zaki - Guitaris/Vocalis
Fendy Cajon /Vocalis,
Rubiana- Shaker/Vocalis

Punca Sertai Kumpulan Mojo: 
Haaaa.. yang ni teman nak tahu sangat ni.. heeee.. kornag [un mesti nak baca kan.. jom baca sama-sama..

Ketua Kumpulan Mojo iaitu Edry KRU telah menyingkirkan Aweera (Vokalis Mojo) kerana masalah peribadi dan mengambil Azmi Saat dari vokalis Caliph Buskers Band.


Penyanyi Azmi Saat ialah vokalis daripada kumpulan Caliph Buskers iaitu sekumpulan pemuzik jalanan busker yang dianggotai oleh insan-insan istimewa cacat penglihatan. 


Caliph Buskers membuat persembahan busking di beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.


Caliph Buskers berpeluang menyanyikan lagu Romancinta dari kumpulan Mojo di atas pentas AJL29. Persembahan Romancinta dari Caliph Buskers berjaya mendapat 'standing ovation' sekaligus meraih Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 29.


Bukanlah sesuatu yang asing buat Azmi Saat dan Caliph Buskers kerana mereka pernah membawakan lagu ini di hadapan khalayak penonton di hadapan kawasan pusat beli-belah Sogo. 


Latar belakang Caliph Buskers

Caliph Buskers baru ditubuhkan setahun lalu terdiri daripada 6 anggota iaitu Fendy, 24; Mohd. Zaki Ismail, 36; Nirwan Zainal Abidin, 26; Khairul Azmi Saad, 28; Nor Nadira Rubiana, 24; dan Syahzmeen Abdul Rahman, 24.

Mereka adalah golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, yang masing-masing berkebolehan bermain alat muzik dan memiliki suara yang merdu.


Merupakan kumpulan muzik jalanan yang memilih lokasi yang dianggap cukup strategik, di hadapan pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur


Bekerja enam hari seminggu dari Sabtu hingga Khamis, manakala Jumaat hari rehat , biasanya mereka hanya menghiburkan orang ramai selama tiga jam bermula pukul 12 tengah hari.


Mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM60 dalam masa di atas dengan menyanyi lebih 30 lagu yang kebanyakan lagu popular masa kini


Bukan hanya mampu bermain alat muzik dengan baik, kesemua ahli kumpulan Caliph Buskers juga memiliki suara yang merdu.


Caliph Buskers mempunyai penyanyi utama, pemain gitar pertama dan kedua, pemain gitar bass, dan pemain temborin.


Dua daripada mereka bermain muzik secara sambilan kerana mempunyai pekerjaan tetap.
KOMEN-KOMEN DARI PEMINAT 
PERSEMBAHAN CALIPH BUSKERS BAND

Mojo menang persembahan Terbaik di AJL29 kerana Caliph Buskers (terutamanya, penyanyi) yang berjaya "membawa element of surprise" dengan cemerlang

Kerana elemen kejutan tadi serta kesedapan suara penyanyinya, aku yang memang tak pernah mendengar lagu ini (sorry!) tetiba meminati kagu Roman Cinta ini sekarang

Ak x pandang pd rupa paras. Ak hanya pandang pd bakat yg terpendam dlm diri seorg penyanyi. Setiap penyanyi ada jln crite tersendiri sebelum menempa kejayaan kt atas pentas. Spe sangka yg buruk itulah manis dan yg cantik itu adalah pahit. Spe tau kalo one day masterpiece dieorg boleh pecah rekod penyanyi2 yg lain. 

suara yg indah mantap.. tahniah memenangi persembahan terbaik AJL ke 29... semoga Edry memberi peluang dalam bidang seni... selamat berjaya!!

apapun vocal range dia memang tinggi jauh lebih baik dari Aweera. pitching steady, sebab control nafas. boleh setanding dengan Black, Azlan Typewriter, Hazama, brother Alen Castello Char Koey Teow & Shuib Nescafe. boleh tarik high note tanpa pergi jauh dari microphone. dan dia betul-betul tak ada tone deaf. Azmi Saat anda memang sangat-sangat berbakat. Thumbs up!

tapi apapun Aweera memang berbakat juga suara dia. harap dia tak sombong bila bernaung bawah Sony BMG dan mantapkan lagi vocal range. anda juga hebat! 

Allah tarik satu Pancaindera mereka, tetapi Allah beri satu kelebihan yg lain..tahniah Caliph Buskers di pentas AJL, semoga mereka sentiasa celik hati dan dimurahkan rezeki di bumi Allah ini.

Bagi yang terlepas nengok AJL 29 hari tu, Jom tengok
Video Persembahan Caliph Buskers AJL 29 

Pada 18 Januari 2015
Meremang bulu roma tak??? hahahaha.. kan dah kataaa.. Tahniah Caliph Buskers Band!!! 

Semoga Edry amik korang buat Band yang profesional lak.. korang memang layak..! teruskan mekar seperti bunga berkembang.. he..

LIKE/FOLLOW/SUBSCRIBED
Facebook Capilh Buskers Band (sila LIKE)
Youtube Caliph Buskers Band (sila subscribed)
Instagram : CaliphBuskersOfficial (cari sendiri)


Lain-Lain Entri yang berkaitan AJL 29
Senarai Lagu Masuk Final
Tonton Online AJL 29/2015
Keputusan Pemenang AJL 29



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 



6 Ulasan

  1. Fuyyoooo.. Tak dapat tengok hari tu. Thanks for sharing.

    ZH Blogger

    BalasPadam
  2. owh xsempat nak tgk sbb time tu otw dr kelantan hehe

    BalasPadam
  3. memang berbakat sangat2 caliph buskers nih.... harap mereka terus berjaya dan berjaya dlm bidang yg mereka ceburi...

    BalasPadam
  4. mmg terbaik la Caliph Buskers nie...nyanyi lagu ramancinta kod G#, aweera nyanyi kod F#.....

    BalasPadam
  5. Sy tengok dr tv saja . Tp mmg pergghhh ! Teruja sy tengok , smpai kn balik2 repeat tengok kat youtube . Hohoho . Luar biasa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama