19 Januari 2015

CARA KENALI WARNA DAN JENIS KULIT SENDIRI


Sharing Is Caring |
Baru siang tadi teman terbelek2 kulit wajah teman ni.. nak tahu sangat kulit teman ni ke arah tona kulit apa, Almaklumlah.. sejak skip guna pelindung UV ni, memang muka agak kelam suda.. huhuhu..
Opsss.. No.. No.. No.. Jangan ada yang set mind cenggini yeaa.. ehehehehe... Kena jaga penampilan, everywhere anda berada.. cewaahhh! jangan bior muka kusam, legam dan gelap!! 

So, kena cari produk untuk cerahkan kembali.. tapi lepas dah cerah, tak bermakna tak perlu jaga dah ye.. Sebaliknya kita harus menitikberatkan aspek penjagaan muka ketika keluar rumah.. 

DAN didalam rumah pun kena gak! (untuk suami..ehehehe) bukan nak suruh melawa melaram macam retis, bukan nak suruh tepek bedak macam bintang Opera tu.. dan bukan jugak nak suruh pakai Mascara tebal macam burung Kasawari tu yea! 

Tapi just cover up muka kita dengan krim pelindung UV yang bertindak sebagai penapis agar wajah kita tidak tercemar dan dihinggapi bintik hitam/jeragat.. 

Nak cover muka tu pulak.. kena cari krim yang sesuai.. haaa.. nak cari krim lak, bukan main hambik je tau.. kena gak sesuaikan dengan tona kulit kita.. teman sendiri tak tahu cara nak tengok tona kulit teman kaler apa sebenarnya. Tu yang saja godeh2 kat Google.. dan terjumpa artikel ni.. saja nak share dengan korang lak.. jom baca sama-sama...
Cara Kenali Warna Kulit &
Jenis Kulit Sendiri .
Tahukah anda, sebelum memilih jenis make up atau solekan yang anda yang mahu, anda harus mencari dan menilik jenis warna kulit anda supaya tidak tersilap memilih solekan yang mungkin membuat anda cantik bak bidadari atau sebaliknya.

Terdapat empat jenis warna kulit yang rata-rata dimiliki oleh wanita asia. Iaitu Sawo Matang, Kuning Langsat, Putih Gading dan Hitam Manis
Ciri-ciri:
Warm Undertones/Sawo Matang/Beige
Antara mereka yang tergolong di dalam golongan sawo matang memiliki jenis kulit yang agak gelap daripada Kuning Langsat dan Putih Gading. Warnanya manis sahaja. Selalu dimiliki oleh wanita asia. Contohnya adalah Nabila Huda.

Natural Undertones/Kuning Langsat/Coklat Terang
Mereka yang berwarna kuning langsat ini warna kulitnya agak putih tetapi lebih kepada kekuningan. Tone warna kulit ini berada di tengah tengah antara sawo matang dan putih. Contohnya Neelofa.

Cool Undertones/Putih Gading/Ivory
Bagi anda yang ingin mengenal pasti jika anda tergolong dalam ciri kulit ini adalah memiliki warna kulit yang cerah, atau putih. Contohnya adalah Emma Maembong

Hitam Manis/Gelap
Barisan warna kulit yang dimiliki oleh masyarakat etnik Asia yang sikit bilangannya adalah Hitam Manis atau Gelap. Contoh kulit adalah Kajol

Harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda mengenali jenis warna kulit yang anda miliki. Dengan ini, lebih senang untuk anda memilih warna dan jenis make up yang bersesuaian.

Seterusnya pula adalah merupakan jenis-jenis kulit yang perlu diketahui :
1-Kulit Normal
2-Kulit Kombinasi
3-Kulit Kering
4-Kulit Berminyak

KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam

KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak

KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria. Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka
Kulit Sensitif

Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan faktor luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.

Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?
Guna produk muka jenama baru
Makan sesuatu jenis makanan
Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
Masa mandi dan minum air berklorin
Terkena sabun cuci baju
Berada di tempat atau bangunan tertentu
Sedang stress
Simptom semasa kulit sensitif
Kulit menjadi merah
Kulit menjadi pedih
Kulit mengelupas
Kulit rasa terbakar
Tompok-tompok hitam
Naik ruam /jerawat
Semua diatas
Sumber : Google

Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

13 ulasan:

  1. terima kasih info nya... good info actually... (saya kulit jawa... sowomatang jer hehehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee.. orang laki elok la kulit sawo matang.. nampak gagah.. heee

      Padam
  2. kulit aku cam beige jenis kulit kombinasi

    BalasPadam
  3. Oh... macam semua jenis kat atas tu aje kulit mamabiha huhu! kombinasi/kering dan berminyak...

    BalasPadam
  4. Sya adalah si kuning langsat..

    BalasPadam
  5. Sy kuning langsat mcm neelofa. Haha :)

    BalasPadam
  6. sis jenis kulit kuning langsat kot tapi yg pasti bukan sawo matang lah ... maaflah , x dpt nak follow back sbb google problem . klu google + x de masalah lah .

    BalasPadam
  7. wah saya jadi nambah paham masalah kulit mas bisa saya praktek ke ilmu fotografi juga nih mas mantap dah thanks ya mas...

    BalasPadam
  8. ahaha.. kulit Misaki tatau lah.. konfus antara sawo matang dengan hitam manis... so Msiaki pergi tanya ibu sebelum ibu eprgi kerja tadi.. ahaha.. rupanya sawo matang kulit awok nih hehe..

    kulit teman kering TT^TT susah le.. dah macam sisik ular dah ha kulit nih.. minum air banyak dah.. mungkin sebab tak makan sayur TT^TT nak buat camne ye? ahahha..

    BalasPadam
  9. kulit yaya beige..n sensitif @k@ oily..huhu
    anyway thanks share info.. ^,^

    BalasPadam
  10. Natural Undertones + Warm Undertones.. hheheeh..dua2 ada.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥