RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN SEDAP!

 RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN SEDAP!
Hari Jumaat hari tu teman ada buatkan Nasi Minyak untuk kami berbuka puasa.. dan hari ni hubby request lagi nak makan nasik minyak lagi.. so.. teman pun repeat buat nasi minyak ni.. kalau dah hari tu guna resepi Blogger Ita, maka kali ni pun kenalah guna resepi yang sama.. kang hubby miaw yang terror masak tu kondem lak awat rasa lain kan.. haha.. ok lah.. kali ni teman guna resepi Blogger Ita lak sebab saja nak kelainan, sebelum ni teman guna Resepi sahabat teman Nurul, pun hubby suka.. hehehehe.. cuma kali ni nak kasi kelainan sikit.. teman cuba resepi Blogger Ita.. jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara memasaknya.. 

BAHAN-BAHAN 
3 cawan beras basmathi
(teman guna beras Jasmine Super Import)
3 cawan air
1 cawan susu sejat (teman pakai marigold)
1/2  cawan kismis
2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
(teman potong 4 je daun pandan tu)
1 batang serai di titik
1 inci halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung (teman tak letak)
1/2 sudu teh garam
1 kiub ikan bilis
Biji Gajus (goreng dulu pastu letak time nasi dah masak)
Pewarna kuning telur
(teman guna serbuk kunyit je..letak dalam periuk masa masukkan susu dan air tadi)

REMPAH TUMIS
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga
Blogger Ita menggunakan beras Pusa Gold dari Jasmin, beras basmathi ekstra panjang. beliau suka beras jasmin kerana rasanya sedap dan lembut. teman pun suka beras jasmine ni.. sekarang pun pakai beras jasmine tapi bukan basmathi la kan.. beras wangi pun bukan.. heeee.. beras jasmine yang Super Import tu je.. oh.. lupa pulak, Blogger Ita juga mencadangkan boleh juga guna beras basmathi keluaran Faeza

Resepi yang teman masak ni memang teman guna ikut resepi Blogger ita.. so, teman tepek aje resepi dari Blog Blogger Ita ni yea.. mintak Izin yea kak Ita.. Kalau korang nak tengok versi blogger ita, boleh klik link ini ----> Blog Azlita Masam Manis

Ok.. Mula-mula Cuci Beras dan rendam dahulu selama 20 minit. Kemudian beras di tapis dan di toskan .
(Tapi teman pakai beras Jasmine biasa, so takde la rendam dulu..)



Bahan-bahan untuk memasak nasi 

Hiris dahulu bawang putih dan bawang merah .

Hiriskan juga halia kasar-kasar. Hiris halia kasar supaya mudah masa nak asingkan bila nasi dah masak nanti. 

Titik dahulu serai dan simpulkan daun pandan (cara teman: suka potong pendek2)

Teman pun macam Blogger Ita gak, masak menggunakan periuk nasi, kalau masak dengan jumlah tak banyak dalam periuk nasi ni dah ok! lagi pun ianya mudah dan ringkas. Jom kita mula memasak!



Gambar dan Resepi --> Blog Azlita Masam Manis
Haa.. dah siap pun Nasi Minyak versi Tengkubutang.. huhu.. sorry la tak sama pemandangannya dengan dalam gambar Blogger Ita, sebab teman dah terbiasa ikut cara teman.. macam daun pandan.. teman suka potong pendek2.. pastu pewarna merah tu teman tak sempat beli lak.. so, biarlah kaler polos tu.. hahaha.. dah cari pewarna kuning tak jumpa pulak.. aishh.. tapi hubby kata boleh je kaler biasa.. janji ada rasa katanya.. huhuhu.. ada rasa la tu kot sampai request lagi buat Nasi Minyak ni.. huhuhu.. 
Oklah.. jom kita siapkan pula bahan untuk lauk yang akan di gandingkan bersama.Lauk yang sesuai digandingkan dengan Nasi Minyak ini ialah lauk Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah (pilihan teman)...

dan tak lupa Acar Nenas Campur Timun..Ok lah.. ini saja untuk hari ni.. tQ buat Blogger Ita kerana selalu menghasilkan resepi yang teman rasa mudah teman nak masak.. heeee.. 

Nak Resepi Ayam Masak merah Yang Sedap terangkatt?? meh klik LINK kat bawah ni yea... 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JOM CANTIK & KURUS DENGAN 
PANACEA BEAUTY

Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


27 Ulasan

  1. Balasan
    1. thx for the recepi admin. i ikut your recepi mmg menjadi and sedap. i like. anak2 i pun suke kata sedap. Anyway, free2 jemput dtg ke blog i utk info2 kekal fit dan slim.

      >>>Info Fit & Slim Semula Jadi! <<<

      Padam
  2. Balasan
    1. try la buat .. hee.. leh makan samapi lebam.. kat kedai kang sikit aje kan.. hehehe

      Padam
  3. amboiii.... mesti sedap teman masak tuu.... sampai hubby request soh masak lagi.... hehehe.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.. x sedap mana pun.. mungkin kali ni kena pada tekak dia kot.. Alhamdulillah..

      Padam
  4. Salam, aduh laparnyaa tgk nasi minyak..haha samalah dgn mak saya, pun masak je guna periuk nasi tu haa :D

    BalasPadam
  5. nasi minyak ni emma makan bila mana emma pergi kenduri kahwin je , xpernah masak sendiri , nak try lah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. teman pun dulu selalu makan nasi minyak kalu pi kenduri je.. tapi sekarang dah tau masak.. buat sendiri je.. cuma tak dapat nak buat lauk banyak2 macam kenduri tu.. heee

      Padam
  6. Assalam...guna cawan tu yg mana satu?cawan kopi biasa tu ke atau cawan yg dlm periuk nasi tu?hehe....

    BalasPadam
  7. Assalam...guna cawan tu yg mana satu?cawan kopi biasa tu ke atau cawan yg dlm periuk nasi tu?hehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam.. guna cawan mana-mana pun boleh asalkan sukatan air/susu/kismis semua ikut macam dalam resepi.. kalau 1/2 cawan... buat 1/2 cawan.. teman guna cawan teh yang sederhana kecil tu..

      Padam
  8. Balasan
    1. 3 cawan ni untuk 3 orang tapi sebab kami laki bini kuat makan, 3 cawan untuk kami berdua aje.. hahaha

      Padam
  9. terima kasih share resipi nasi minyak ni, saya baru nk belajar buat ni, mklumla baru kawen, nk msk utk hari ulangtahun perkahwinan nnt bulan 2 😊 doakan saya masak sedap mcm sis hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama.. try la buat... sedap tau guna resepi blogger ita ni

      Padam
  10. Susu cair tu yg susu tin yg jenis cair tu ke kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. susu sejat.. yang orang buat kek dan ais kacang tu..

      Padam
  11. perghhh tengok gambar pun dah rasa nak terkam semua, tq hare resipinya =)

    BalasPadam
  12. best! guna multifunctional rice cooker malaysia pun boleh ke? atau utk periuk nasi biasa saja?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama