29 Jun 2016

RESEPI SIZZLING MEE YANG SEDAP DAN LAZAT!

RESEPI SIZZLING MEE YANG SEDAP DAN LAZAT!

huhu.. semalam hubby post Resepi Sizzling Mee / Yi Mee ni kat ni kat wall Facebook teman, katanya mudah je nak buat.. kalau takde hot plate boleh guna Pemanggang Ajaib je.. nama pun pemanggang ajaib kan.. Macam-macam leh masak guna Pemanggang Ajaib.. Ajaib betui ye.. ngeeeee.... haha.. 

Bila hubby dah share Resepi ni maknanya memang akan buat la kot.. lagi berapa hari je nak abeskan puasa kan.. mungkin dalam satu hari tu akan buat Sizzling Mee ikut resepi yang mudah ni.. 

Teman tak tahu nak kredit kan ke siapa resepi ni.. sebab hanya nampak di share dari Page Aneka Resepi Masakan ,

So kalau sape tahu tuan empunya resepi ni, boleh lah komen kat kat bawah ni yea.. nanti teman edit dan letak nama tuanpunya resepi ni.. Sementara teman tepek dulu Resepi nya dekat sini yea.. InsyaAllah versi teman dan hubby akan menyusul nanti.. InsyaAllah.. nak kena cari bahan dulu.. terutamanya Hot Plate dan Cendawa Chitake tu.. hehehehe.. mana nak cari wehh.. 

Apa-apa pun.. jom lihat RESEPI SIZZLING MEE MUDAH ni.. 
  


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

 4 keping halia (dihiris nipis dan tumbuk sedikit)

 8 ulas bawang putih (di hiris halus)

 5 ketul ayam (dipotong kecil)

 8 tangkai cili.kering dipotong kasar(1 tangkai potong 3 bahagian)

 Dry mushrooms dalam 10 biji, potong kasar(1 biji potong dalam 4 or 5 slice bergantung pada saiz)
(direndam dalam air panas selama 1 jam)

5 sudu besar Sos Tiram,

6 sudu besar Kicap Lemak Manis,

3 sudu besar Kicap Manis,

setengah sudu besar Kicap Pekat,

1 sudu kecil Minyak Bijan

4 sudu besar Tepung Jagung bancuh dengan air biasa (jangan panas)

 Yee Mee,

Sayur Sawi 

Telur

Hot Plate

Masukan 3 sudu besar minyak masak, dah panas masukan halia dan bawang putih, 
guna api perlahan dan kacau sampai kekuningan

Kemudian masukan cili kering dan kacau lagi

Apabila dah garing masukan ayam dan satu mug air, letakan sedikit garam dan didihkan 
dalam 5 minit kemudian masukan cendawan kering (cendawan direndam dengan air panas 
selama sejam, so sebelum nak masak 2 plan yang mana nak kan prepare dulu ek)

kemudian masukan semua jenis kicap mengikut resepi diatas 
then tambah lagi 3 mug air,didihkan

Apabila kuah dah mendidih dan ayam telah empuk, masukan bancuhan tepung jagung.
Tip: buka api pada tahap kepanasan maksimum masukan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung. sambil kacau, ini untuk mengelakan tepung tak berketul dan apabila dah sejuk kuah tersebut tak jadi beku, harap jelas yer, he3.. kacau sampai sesuai kepekatannya..

then sediakan hot plate,letakan sedikit kuah baru diletak yee mee, sayur dan telur

buka api tahap maksimum,senang citer sampai jadi macam kat dlm gambar, 
hati-hati jaga tangan, panas tau

tadaaa... siappp...makan panas-panas masa time berasap-berasap tu sedapp.. 

Haa.. dah tengok resepi dan cara membuatnya? senang sangat-sangat kan? memang lepas ni nak try buat.. kot la boleh beli hot plate teruih.. hehehehehe.. memang suka makan ni dari dulu lagi.. hehehehe.. kalau kat Ipoh temapat yang teman selalu pergi ialah Greentown Mall.. ada food court bawah tu kan.. selalu makan kat situ la.. sekarang ni.. kat KL, teman makan kat Giant aje.. Ok lah.. rasa tak lari.. semua sama je.. hehehehe.. lepas ni nak tengok, buat sendiri rasa macam mana lak.. hehehehe... alamak.. terlupa nak share Resepi Ayam Goreng Berempah.. huhuhu.. nantilah teman share yea.. nak rushing gi koje dah ni.. K bye.. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!


Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

2 ulasan:

  1. yee mee....sedapnye.....simple je kan resipinye....boleh rietta cuba...

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥