30 Oktober 2016

EYEBAG BERKURANGAN, KULIT WAJAH MAKIN ANJAL DENGAN 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS



EYEBAG BERKURANGAN, KULIT WAJAH MAKIN ANJAL DENGAN  3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

Didalam kesibukan menguruskan aktiviti harian, pastinya banyak perkara yang membuatkan kita begitu obses untuk menyelesaikan setiap tugas dengan seberapa cepat.. Namun, dalam pada itu, penjagaan wajah tetap  perlu dititikberatkan.

Didalam entri kali ni TB nak share tentang kesan penggunaan 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS. 

Baru-baru ni TB telah tersenarai sebagai diantara 40 Pemenang Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs. Contest yang dianjurkan oleh tuanpunya blog Mialiana.com memerlukan TB dan 40 pemenang yang lain membuat entri review dengan kreatif dan menarik berdasarkan pengalaman dan testimoni sendiri setelah menggunakan 1 unit 3D Gold Stemcell Serum dan 1 unit Treatment Cream secara konsisten setiap hari selama 3 minggu.

Bagai bulan jatuh ke riba lah apabila TB dapat produk ni, memang teruja nak guna masa tu.. Yelah, memandangkan TB pun belum berjumpa lagi dengan Produk yang betul-betul sesuai dengan wajah, tak salah rasanya TB mencuba 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni kan? 

Kalau korang nak tahu, Serum ini adalah amat terbaik untuk kita memperbaiki masalah kulit wajah kita.. pasti korang pun tercari-cari petua atau produk untuk mencantikkan kulit kan? InsyaAllah 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs dapat menyelesaikan 15 perkara dibawah ini :-

  1. Cara hilangkan parut hitam
  2. Cara nak hilangkan jeragat
  3. Kecutkan jerawat
  4. Nak kulit flawless
  5. Dapatkan kulit tona sekata
  6. Kecilkan liang pori
  7. Petua kulit flawless
  8. Cara melembapkan kulit muka
  9. Anjalkan kulit muka
  10. Kawal minyak muka
  11. Cerahkan kulit wajah
  12. Tegangkan kulit muka yang menggeleber
  13. Hilangkan gelap bawah mata
  14. Melindungi kulit dari sinaran UV
  15. Cara hilangkan garis halus dan kedutan muka
Haaa.. antara perkara dalam list diatas tu.. ada tak yang menarik perhatian korang? kot la korang juga kebetulan ada masalah kulit wajah kan? Macam TB pulak, target TB nak lindungi kulit wajah dari sinaran UV dan menghilangkan garis halus serta kedutan di wajah TB ni.. Almaklumlah.. umur pun dah semakin meningkat kan.. hehehehe.. Nak juga anjalkan kulit dengan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni..

Eh, Tapi apa yang kita faham tentang serum sebenarnya ye? Meh ulangkaji sikit pasal Serum.. hehehe..

APA ITU SERUM?
Serum merupakan sejenis cecair yang mudah meresap ke dalam kulit ini kerana serum mempunyai saiz molekul yang jauh lebih kecil berbanding moisturizer/pelembab. Serum bertindak jauh lebih pantas dan lebih mendalam dimana ianya mampu melambatkan proses penuaan, bertindak sebagai anti kedutan,anti garis halus, menganjalkan kulit, memudarkan parut jerawat dan menggalakkan penghasilan sel kulit baru.

KENAPA KITA PERLU MEMAKAI SERUM?
Membantu menjaga kelembapan kulit,kulit menjadi lebih anjal, garis-garis halus dapat dikurangkan, sel-sel kulit mati diperbaharui dan menghaluskan kulit wajah yang kering dan kasar serta mengembalikan seri wajah yang hilang.

Haaa..  Sebelum TB ceritakan pengalaman TB sendiri selepas menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs  ini, suka TB nak share juga dengan korang APA ITU "3D GOLD STEMCELL SERUM ? dan Apa fungsi dan kelebihan Serum ini ..

APA ITU "3D GOLD STEMCELL SERUM ?
Serum anti penuaan yang mempunyai tekstur ringan yang dihasilkan melalui kejayaan teknologi menganjalkan dan mengetatkan kulit secara segera untuk mendapatkan hasil kulit wajah yang lebih anjal dan lembap. Serum ini juga membantu dalam menghaluskan kulit dan mengetatkan liang pori serta merangsang kepada peredaran mikro yang membantu dalam menghasilkan keserian wajah.

So, TB pun cuba start guna 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni.. Teruja dan rasa selamat je nak guna sebab dengar cerita produk ini diformulasikan dari Perancis (France... namun 100% dijamin halal dan dijamin selamat..

3D Gold Stemcell Serum ni digunakan pada waktu siang selepas penggunaan toner, sebelum make up. So.. sebelum pi kerja TB dah memang ready siap-siap sapu Serum ni..  sejuk je serum ni tau!

Teman fokus guna Serum ini untuk bahagian mata yang keletihan dan masalah eyebag yang makin membesar dan kulit wajah yang kurang anjal..

3D Gold Stemcell Serum ini cepat meresap ke dalam kulit tau.. TB sukakan teksturnya yang tidak melekit, lepas sapu je serum ni TB rasa ada effect kulit wajah macam anjal sikit.. dan makin ayu.. eh eh..

Dibawah ni gambar teman sebelum dan selepas menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs selama 3 minggu..


Sebelum
Abaikan kening dan dahi teman yang merah-merah tu yea.. Kulit teman ada masalah sikit sebab teman ada elergik seafood.. Heee... Tapi sila fokus pada bahagian bawah mata teman.. Masa ni ada eyebag bawah mata.. 

 
Selepas
Selepas 3 minggu menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs eyebag dibawah mata semakin berkurangan..  Dan yang paling penting teman terasa kulit makin anjal.. 
   
Oh ya, lupa nak cerita, TB dapat Serum ni bersama-sama dengan Treatment Cream, Treatment Cream ni digunakan pada waktu malam sebelum tidur. Hanya Sapu nipis di kulit wajah dan ratakan..

Tapi kan..  dinasihatkan jangan dicampurkan dengan produk lain yea.. dikhuatiri bahan-bahan yang ada dalam produk-produk lain tak bersesuaian dengan Treatment Cream ni.. 


Berikut merupakan rutin harian bagaimana kita harus menjaga kulit wajah.
✓ Selepas menggunakan produk seawal 1 minggu => Wajah lebih anjal
✓ Selepas menggunakan produk selama 2 minggu => Kulit semakin anjal dan parut mula pudar
✓ Selepas menggunakan produk selama 1 bulan => Kulit wajah semakin anjal,wajah kelihatan lebih muda dan pori-pori wajah menjadi lebih kecil.
✓ Menggunakan produk dalam jangka masa panjang => Kulit lebih sihat dan berseri serta bebas dari sebarang masalah kulit wajah.

Cara penggunaan 3D Gold Stemcell Serum
Cara penggunaan 3D Gold Stemcell Serum adalah seperti di bawah :
1. Selepas mencuci muka, serum ini disapu atas kulit dengan sedikit urutan ringan, dan juga dengan stim jika diperlukan. Caranya Tekan 1 atau 2 kali serum pada tapak tangan dan ratakan ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
2. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Seeloknya jangan dicampurkan dengan produk lain.
3. Untuk kesan maksimum, minum minima 8 gelas air kosong.

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS MAMPU MENGEMBALIKAN KESERIAN WAJAH!!



Bagaimana nak dapatkannya?
Sila lihat dibawah ye..

Harga : RM150.00 (20ml)
Hubungi :
Hotline HQ : +6011 28090446 / +012 2239447
Website : www.mybeautyherbs.com.my
Instagram : @mybeautyherbs

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

#3dgoldstemcellserum #mybeautyherbs #mbh #feeyaiskandar #feeyaiskandarlovers 
#pemborong #pengedar #serum

Calit-calit merecik...
inilah rahsia saya kekal muda anggun!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


27 Oktober 2016

RAHSIA KULIT CANTIK DAN PESONA DIRI MEMUKAU DENGAN ENCHANTEUR PARIS

RAHSIA KULIT CANTIK DAN PESONA DIRI MEMUKAU DENGAN ENCHANTEUR PARIS

Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS. TB pernah cerita tak dulu TB ada join Contest di page Enchanteur ni? hehe.. mungkin ada cerita di instagram je kot hari tu.. Masa tu TB menang minyak wangi dari Enchanteur macam dalam gambar dibawah ni .. wangi giler bau dia tau... sememangnya TB memang suka bau Enchanteur ni sejak zaman-zaman kerja dulu.. Semua gara-gara tercium anak Officemate yang mandi guna mandian Enchanteur yang berbau wangi giler tu.. Apa lagi TB pun try beli dah terus suka.. dua wangian yang TB suka ialah Charming dan Romantic.. TB siap beli satu set.. ada Roll On dengan Lotion lagi.. semua dari bau yang sama.. wangi kauuu.. Tapi Masa tu tak pasti dah ada ke belum Enchanteur Paris ni.. 
Minyak wangi yang TB menang hari tu
Eh.. ini bukan nak citer pasal hadiah minyak wangi yang TB menang ritu.. tapi nak bercerita tentang jenama terkenal Enchanteur Paris ni yang menjadi pilihan pengguna kerana wangiannya yang begitu mendebarkan hati lelaki apabila terbau wangian dari seleksi Enchanteur Paris ini.. haha.. seperti iklan di TV tu lah kan.. dah sembur perfume Enchanteur baru lelaki tu perasan kewujudan awek tu.. ecececeh...

A photo posted by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

A photo posted by 🇹🇪🇳🇬🇰🇺🇧🇺🇹🇦🇳🇬 (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Ok lah.. jom kita lihat apa yang menarik tentang produk dari Enchanteur Paris kali ni.. Opss.. first sekali nak komen dia punya botol dan stiker cantik giler... sweet-sweet gitu..  dan baunya.. wangi sangat-sangat tauuu... Masa TB buka kotak yang TB terima hari tu.. baunya semerbak sangat.. aduh! memang rasa tak sabar nak sapu lotion tu ke badan...

Yang ni perfume Lotion dalam bentuk botol.. 
Yang ni pulak dalam bentuk tiub.. alahai sukanya tengok design gambar dia kan.. 

Jom Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri 
yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS. 

Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.


Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.

 PARFUM DEO MIST
Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapati di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:

 ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.

Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.

Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour. 


ENCHANTEUR PARIS Adore 

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.

Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.


Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau.

Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml).

Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.

Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR 
sila layari www.ENCHANTEUR.com.my 

atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY dan 

Instagram https://www.instagram.com/enchanteurmy/

ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. 

Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita. 


Bagi TB pula wangian dari Enchanteur ni sangat membantu tidur yang lena .. Nyenyak tidurrr...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


25 Oktober 2016

FENOMENA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB!! PASTIKAN ORI BARU BELI YE!

FENOMENA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB!! PASTIKAN ORI BARU BELI YE!

Hari ni TB nak share tentang FENOMENA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Minyak Herba Asma Mujarab ini dikeluarkan oleh Produk Warisan Insan yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati pengguna, kelebihan minyak ini ialah ia mampu dengan kuasa Allah menjadi penawar/rawatan alternatif  untuk asma (lelah), semput, batuk, kahak dan selsema, TANPA Nebulizer, TANPA ubat/pil dan TANPA kos rawatan yang tinggi.  InsyaAllah.. 

Minyak herba Asma Mujarab sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi yang baru lahir sehinggalah kepada orang tua kerana testimoni yang diterima menunjukkan keberkesanan pada semua peringkat umur. 

Bagi ibu bapa yang ada masalah dengan anak yang susah nak tidur malam kerana kurang sihat, Minyak Asma Mujarab ini juga mampu membuatkan si anak tidur lena tanpa gangguan. 

Minyak herba Asma Mujarab juga boleh digunakan untuk masalah Gigitan Serangga, Luka, Tergeliat, Terkena Api, Bengkak, Lenguh, Sakit Gigi, Kembung / Sakit perut dan lain-lain.

Bagi teman yang pernah mencuba minyak ini, memang berpuas hati sangat kerana terasa seperti berangin bila disapu pada tempat yang bermasalah. Semestinya Minyak Herba Asma Mujarab adalah satu KEPERLUAN yang mesti dimiliki oleh setiap keluarga.

Haaa.. kalau korang nak tau lah kan, Cerita asal minyak ini mula dipasarkan sudahpun viral di dalam blog-blog dan facebook. Kisah ini bermula daripada hadiah yang diberikan oleh seorang nurse di hospital. 

Jom baca bagaimana bermulanya viral tengan Minyak Asma Mujarab ni.. 

Kisah benar~
Saya ingin kongsikan cerita semasa anak saya berumur 2 tahun mengalami batuk dan lelah yang kuat sehingga terpaksa sedut dengan mesin Nebulizer seminggu sekali di hospital.

Doktor membuat rawatan sedut lendir, nebulizer, ubat-ubatan dan lain-lain. Selepas itu, kesihatannya alhamdulillah sihat. Namun, bila umurnya 3 tahun lebih, anak saya diserang batuk dan seterusnya muntah beberapa kali. Bila di bawa ke klinik, doktor beritahu ianya lendir dan batuk biasa.

Doktor terus-menerus memberikan nebulizer kerana katanya bahaya bila semput. Oksigen boleh terhenti ke otak. Dari saat itu baru saya sedar yang anak saya ada semput.

Kebetulan pada hari saya bawa anak saya untuk sedut di hospital, ada seorang nurse simpati sangat melihat anak saya. Dia pun ceritakan pengalaman anak dia pun pernah mengalami situasi yang sama.

Dia suruh saya cuba ubat kampung. Dia hadiahkan pada saya satu botol minyak kampung tradisional, mana tahu minyak ini sesuai dengan anak awak, katanya. Sebab sebelum ini anak dia pun pakai minyak ini. Alhamdulillah dah tak semput lagi.

Tanpa fikir panjang sebab terlalu risau dengan kesihatan anak saya. Saya ambil dan ucapkan ribuan terima kasih kepada Nurse itu.

Dipendekkan cerita dalam masa seminggu secara istiqamah saya pakai pada anak saya, setiap kali lepas mandi. Pakai di dada, leher, tengkok, belakang dan tapak kaki. Alhamdulillah lelah anak saya semakin berkurang.

Dari seminggu sekali anak saya datang lelah, kini beransur ke sebulan sekali dan kini Alhamdulillah sudah semakin pulih sepenuhnya, dan tak perlu lagi ke hospital untuk sedut gas dengan mesin Nebulizer. Syukur sangat-sangat kepada Allah kerana minyak ini sesuai dengan anak saya.

Jika anak-anak kita batuk, sapu saja minyak akar kayu ini di atas tengkuk. Insya Allah baik… Semuanya dengan izin Allah samada minyak ini sesuai atau tidak dengan anak-anak kita.

Alhamdulillah anak saya sudah baik sepenuhnya dari batuk dan lelah (asma) yang teruk. Yang penting kita sebagai ibu bapa jangan putus berusaha berdoa dan ikhtiar untuk pastikan anak-anak kita sihat sejahtera.

Masa anak pertama saya kena lelah dulu memang tak sanggup nak tengok, muntah-muntah hinggakan terpaksa letak mangkuk di tempat tidurnya.

Apa-pun saya nak ucapkan jutaan terima kasih Nurse itu sebab kenalkan saya minyak tradisional ini. Sekarang minyak ini wajib ada dalam rumah saya. paling tidak pun 10 botol utk semua anak-anak. Kerana minyak ini sesuai untuk bayi baru lahir hingga ke peringkat dewasa.

P/S: Minyak Akar Kayu Lelah Atau Asma Ini Dijamin Halal Dan Selamat. Kerana Ianya Diproses Oleh Seorang Pakcik Di Kampung Yang Sentiasa Mengamalkan Perubatan Tradisional Asli.

Untuk pengetahuan korang, pada mulanya minyak ini berasal daripada seorang pakcik tua yang berada di Pantai Timur, Dia hanya menjual minyak ini pada orang-orang kampung berdekatan sahaja. Umurnya sudah menjangkau lebih 60 tahun. Seorang yang warak, dan juga seorang ahli masjid sepenuh masa.

Kerana pakcik ini mempunyai ramuan rahsia yang telah diwarisi turun temurun lebih 40 tahun yang lalu. Pakcik ini tak dapat nak kongsikan ramuan rahsianya walaupun dengan kenalan rapatnya. Elo juga macam tu kan.. supaya keaslian dan keberkesanan minyak itu terpelihara..

Keistimewaan Minyak Herba Asma Mujarab ini ialah dibacakan Doa dan selawat ketika memasak minyak ini, solat hajat doa sebelum dipasarkan pada orang ramai, sungguh kilang tidak mampu buat. Kerana mereka hasilkan produk hanya semata-mata untuk bisnes. Namun Minyak Herba Asma Mujarab ini dihasilkan dengan niat ikhlas pakcik inin untuk kesihatan semua.. 

TANPA Nebulizer, TANPA ubat/pil dan TANPA kos rawatan yang tinggi. Minyak Herba Asma Mujarab /rawatan alternatif  untuk asma (lelah), semput, batuk, kahak dan selsema, InsyaAllah.. 

Bukan 1 , bukan 2, bukan 3 orang yang memberi testimoni positif  tetapi telah berpuluh ribu orang memberi feedback positif tentang keberkesanan Minyak Herba Asma Mujarab ini.. Boleh tengok gambar dibawah ini.. ini sebahagian dari testimoni postif pengguna yang telah mengguna minyak ini.. (klik gambar untuk besarkan) .

= TESTIMONI DARI PENGGUNA =

Testimoni lain?? sila baca sini :
TESTIMONI POSITIF DARI PENGGUNA

BERHATI-HATI DENGAN MINYAK 
HERBA ASMA MUJARAB TIRUAN!!!

Oleh kerana Minyak Herba Asma Mujarab ini mendapat sambutan yang tinggi di seluruh Malaysia dan di luar negara seperti Singapore, Brunei, Thailand, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan India.

Maka ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah meniru produk Minyak Herba Asma Mujarab ini. Mereka menggunakan labels dan design yang sama. Dan mereka juga cuba membuat R&D daripada Kilang tanpa kebenaran pemilik asal.

Ramai yang mengadu produk tiruan mereka ini tidak berkesan dan berbau seperti asap rokok. Warna jenih, cair dan kurang berangin.

Individu yang telah meng-klon produk Minyak Herba Asma Mujarab ini berjaya menipu ribuan pengguna di seluruh Malaysia.

Oleh kerana ramai yang sudah tertipu kerana tidak berkesan seperti yang dahulu. Jadi berikut adalah cara untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan. Diharap pelanggan dan pembaca dapat membezakan antara original dan tiruan di pasaran (ianya penting kerana pastinya pengeluar asal amat menekankan keberkesanan penggunaan produk asli).

JOM KITA TENGOK CARA-CARA NAK KENAL PASTI  MINYAK HERBA ASMA YANG ORI ATAU FAKE!


TIRUAN PERINGKAT (1) PERTAMA
MINYAK HERBA ASMA MUJARAB TUKAR LABEL????

Minyak Herba Asma Mujarab ini TIDAK PERNAH TUKAR LABEL lain dan diproses melalui Kilang bertaraf GMP. Kerana ramuan rahsianya adalah warisan turun temurun daripada seorang Pak Cik tua di sebuah kampung. Ia diproses secara “HOMEMADE” sejak 40 tahun lagi.

Minyak Herba Asma Mujarab ini didaftarkan di bawah syarikat Enterprise (SSM) yang sudah lima tahun beroperasi di online dan offline. Pihak Minyak Herba Asma Mujarab Original ini tidak pernah sama sekali di daftar di bawah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD.


Mereka Penjual Minyak Asma tiruan ini telah menipu ramai pelanggan dengan mengatakan Minyak Herba Asma Mujarab ini telah menukar label. Padahal kami tidak pernah menukar label baru seperti ini sama sekali. Jangan mudah tertipu dengan taktik jahat mereka untuk mencari duit secara haram disisi agama islam.

Mereka juga akan menggunakan taktik jahat dengan mempromosikan GAMBAR-GAMBAR Minyak Herba Asma Mujarab Original yang mempunyai Hologram QR Code di belakang botol di Facebook atau media-media sosial yang lain. Kemudian mereka menghantar produk Minyak Asma ini pada pelanggan yang telah membuat pembayaran.

Setelah pelanggan bertanya kenapa dalam gambar lain, barang yang di order lain. Mereka akan menjawab dengan jawapan bohong iaitu “Kami Sudah Tukar Label”. Sila berwaspada!

Bagi pelanggan-pelanggan yang sudah tertipu, Mereka juga tidak akan pulangkan duit pelanggan setelah didesak beberapa kali. Mereka akan block whatsapp kalian sehingga kalian berasa tertekan.

TIRUAN PERINGKAT (2) KEDUA


Pembuat produk Minyak Herba Asma palsu juga berani menggunakan Meditag KKM palsu semata-mata untuk mengaburi mata pelanggan.
Pada peringkat awal, 200 ribu hologram berjaya ditampal di botol Minyak Herba Asma Mujarab yang original dari PAK CIK ini. Dan telah habis dipasarkan dalam masa satu bulan.

Tapi anda masih perlu berhati-hati, kerana tidak mutashil mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan membuat hologram seakan-akan sama seperti ini juga. Dari peringkat ke peringkat mereka cuba meniru Produk Minyak Herba Asma Mujarab.

TIRUAN PERINGKAT (3) KETIGA
PATI HERBA ASMA??

Juga salah satu produk tiruan yang cuba mengambil kesempatan di atas minyak herba asma yang asli. Kami tidak pernah keluarkan versi “PATI HERBA ASMA”. Sila berhati-hati.

Mereka akan menggunakan ayat yang sama ketika membuat promosi, Produk mereka lebih baik dari yang asli, juga telah di R&D, GMP, dan KKM. Sedangkan sehingga sekarang mereka masih tidak mampu membuktikan produk tiruan mereka mempunyai R&D, GMP, dan KKM. Melainkan hanya dengan mempamerkan lesen Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD. yang baru sebulan dua mereka daftarkan. JANGAN MUDAH TERTIPU !


CARA UNTUK PASTIKAN YANG ASLI

Setelah 27k Minyak Herba Asma Mujarab berjaya dipasarkan bersama hologram dalam masa dua minggu. Alhamdulillah! Kami telah tempah lagi 100k Hologram yang berkualiti tinggi beserta QR Code bagi menambahbaik dan memudahkan para pelanggan mengenalpasti antara produk Asli dan Palsu.

HOLOGRAM, QR CODE & NOMBOR SIRI AKAN DILEKATKAN DI BELAKANG BOTOL.
Lihat contoh gambar di bawah.


Anda boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami.

Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. So dengan cara ini korang boleh pastikan yang Original baru beli.




Kalau tak faham gak, nak mudah.. tengok je video kat bawah ni cara-cara nak kenal Minyak Herba Asma Mujarab yang Asli atau Tiruan .. 

Video penerangan tentang Minyak Herba Asma Mujarab.

haaa.. dah tengok video atas ni? baguss.. Untuk mendapatkan kepastian boleh hubungi HQ bahagian pemasaran  013 480 6787 (En. Hafis) .

RINGKASAN
Jika ada yang mendakwa Minyak Herba Asma Mujarab ini di bawah keluaran syarikat SDN. BHD. Maka ianya adalah produk tiruan & bukan dari ramuan rahsia tradisional Pakcik!

Gunakan tanpa was-was , kandungan bahan-bahan yang halal dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia.

Setiap botol produk yang Original mempunyai Hologram, QR Code & Nombor siri. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda mendapat produk yang tidak asli.

Hendaknya seorang muslim menjadikan kejujuran sebagai sifat yang melekat pada dirinya, zahir dan batin. Di antara kejujuran yang seharusnya dimiliki seorang muslim adalah kejujuran dalam perniagaan, dengan tidak menipu atau pun melakukan pemalsuan dalam kondisi apa jua sekalipun. Kejujuran adalah penyempurna iman dan pelengkap keislaman seseorang.

قال تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ

Allah berfirman (yang artinya), ‘Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian bersama orang-orang yang jujur.’ (Q.s. At-Taubah:119)


PASTIKAN ORIGINAL, BARU BELI.

HARGA JUALAN RM39

Ya, harga jualan pasaran Minyak Herba Asma Mujarab Ori adalah RM39 (tidak termasuk kos postage). hanya tambah RM10 sahaja untuk postage. 

Pihak HQ telah menetapkan harga yang selaras bagi setiap jualan, maka tiada isu main harga dan buang harga oleh seller kami.

Jika ada yang ternampak, mohon info kepada kami. Tindakan sewajarnya akan diambil ke atas mereka.  :)

Bagaimana cara untuk mendapatkannya? SILA HUBUNGI :


WEBSITE JUALAN : HERBAASMA.COM

FACEBOOK : MINYAK HERBA ASMA MUJARAB 

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :  
HQ En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) 
& Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner) 

SENARAI STOKIS/EJEN BERDAFTAR

#minyakherbaasmaoriginal #herbaasma #Herbaasmamujarab #minyakasma #minyakasmaoriginal #penawarasmamujarab 

So.. buat pembaca dan pengguna, berhati-hatilah ketika membeli minyak ini ye.. pastikan Ori baru beli tau! perhati betul-betul cara nak kenal minyak yang Ori dan fake..

Fakta Produk
1. Sesuai untuk semua peringkat umur.
2. Kegunaan utama : Asma (Lelah), Semput, Batuk, Kahak dan Selsema.
3. Ramuan : Minyak (habbatussauda’, zaitun, kelapa dara, gamat), herba dan akar kayu terpilih.
4. Hanya untuk kegunaan luaran sahaja.
5. Keluaran Melayu Muslim.
6. Isipadu : 30 ml

Minyak Herba Asma Mujarab yang Asli 
Ciri-ciri nyata :
1. Warna Label lebih gelap.
2. Menthol pada minyaknya terasa.
3. Minyaknya lebih pekat dan tidak berbau asap.
4. Penutup botol berwarna merah dan seal penutup tu berwarna hijau.
5. MHAM – minyaknya dimasak hingga sebati dengan bahan lain dan bahan lain itu tidak mudah    mendap kebawah seperti MHAM Tiruan.

Minyak Tiruan tu juga dengar khabarnya dah dapatkan seal penutup hijau yang sama dengan minyak MHAM asal. So, yang ni kena hati-hati lebih yea!

Minyak Herba Asma Mujarab Tiruan itu lebih sesuai dijadikan minyak urut kerana kandungan minyak kelapa daranya yang banyak.

Cara Penggunaan :
Sapu di leher, dada & dibelakang setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur hingga pulih. Jika telah pulih, sapu apabila perlu sahaja.

Harga : 1 Botol RM39.00, Kos Pos (PosLaju) : RM10

TIPS MERAWAT BERSIN / SELSELMA / RESDUNG MENGGUNAKAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB


Tip merawat dan mengurangkan bagi mereka yang kerap bersin akibat selsema ataupun resdung. Letakkan sedikit minyak herba asma di tisu dan tekapkan ke hidung buat sedetik dua. InsyaAllah sedikit sebanyak ia membantu melegakan saluran pernafasan anda sekaligus mengurangkan anda dari terbersin setiap kali.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


24 Oktober 2016

PERLUKAH DIRI SEMPURNA DAHULU BARULAH BOLEH MENASIHATI ORANG LAIN?

PERLUKAH DIRI SEMPURNA DAHULU
BARULAH BOLEH MENASIHATI ORANG LAIN?

Hai.. Assalammualaikum semua.. hari ada persoalan bermain di fikiran TB, iaitu dalam menasihati orang lain, perlukah diri kita sempurna dahulu baru boleh menasihati orang lain?

TB terpanggil untuk menulis entri ini untuk muhasabah diri sendiri sebenarnya.. kerana baru-baru ini TB telah dinasihati oleh seorang sahabat yang boleh dikatakan lahir dari keluarga yang warak dan beriman orangnya,.. TB secara TIDAK SENGAJA telah melakukan kesalahan, mungkin bagi TB kesalahan kecil sahaja tetapi pada pandangan sahabat TB ia punya impak yang besar dan sangat Negatif jika tidak dihentikan.. iaitu tentang penyebaran mesej berantai melalui whatsapp yang tidak diketahui kesahihannya..

Ye betul.. memang TB mengaku bersalah tentang hal itu, kerana TB pun tak baca habis whatsapp tu.. cuma yang TB nampak tentang yang mesej Positif aje.. rupanya ada yang Negatif dan hadith diragui pada penghujungnya mesej whatsapp tu..

So, sahabat teman pun mula berkhutbah panjang lebar kepada teman sehingga teman rasa annoying gilerr... bukan annoying sebab apa.. sebab bagi teman seperti seolah-olah sahabat teman tu sempurna sangat sampai tak pernah melakukan kesalahan dalam hidupnya.. dan pada masa itu teman terfikir kekurangan dan kesilapan dia.. dimana.. menasihati orang lain tetapi diri sendiri pun tidak sempurna.. maksud teman.. sahabat teman ni seorang bertudung tetapi masih lagi memakai baju yang menampakkan lengan.. Memakai tudung tetapi ber seluar 'legging' . Memakai tudung tetapi kerap selfie jugak macam wanita lain..

Maka TB terasa seperti dia tidak sempurna untuk menegur diri orang lain kerana diri dia pun tidak sepenuhnya betul.. tetapi dari sudut lain.. sepatutnya dari dulu lagi TB pun ambil inisiatif menegur dia juga, namun bila difikirkan diri TB tak sesempurna mana, TB malas nak campur hal orang.. TB hanya diamkan diri sahaja memerhati dari jauh..

Namun bila terbaca tentang hukum menegur kesalahan orang (dengan adab) tidak memerlukan seseorang itu sempurna seperti Nabi.. dan perlu pandang pada tanggungjawab sesama Islam.. barulah TB faham bahawa teguran yang baik itu perlu untuk membetulkan kesilapan kita, kadang kita sendiri tidak sedar salah kita.. dengan adanya mereka ini.. yang menegur kita.. InsyaAllah.. perjalanan hidup kita dari yang tidak betul dapat di perbetulkan.. InsyaAllah..

Memang kita perlu pesan memesan tentang perkara yang hak. Kalau tidak, kita termasuk dalam golongan yang rugi. Rasulullah pun dah berpesan, sampaikanlah walaupun sepotong ayat. Setiap ilmu yang kita sampaikan dan diamalkan untuk kebaikan, pahalanya akan berterusan mengikut kita hingga ke alam barzakh.

Manusia itu adalah manusia..dan tidak boleh jadi malaikat..dan malaikat itu adalah malaikat dan tidak boleh menjadi manusia..tidak perlu menunggu diri sesempurna malaikat untuk saling menasihati apa yang penting kita berusaha untuk menjadi sebaik-baik manusia dan menyampaikan apa yang kita terima..

Jangan tengok pada orang yang memberikan nasihat, tapi tengok pada apa yang dikatakannya.. Dakwah kita bukan untuk orang lain sahaja, tetapi untuk diri kita sendiri juga.. Maka sama2 lah kita saling ingat memperingati, kerana kita hamba yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan dan kemungkaran..

Apa-apa pun.. jom baca tentang Tanggungjawab setiap umat Nabi Muhammad SAW dalam tanggungjawab mereka menasihati sesama Islam..


dan Alim ulama menjelaskan bahawa berdasarkan Al Qur’an, ada lima tugas yang ditanggung oleh setiap umat Nabi Muhammad SAW, iaitu:

1. Tanggungjawab atas diri sendiri
“Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (QS. At Tahrim 6)

Setiap manusia dituntut untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkatkan keimanan serta ketaatannya kepada Allah, agar terhindar dari api neraka.

2. Tanggung jawab Keluarga.
Selain diri sendiri, seorang mukmin juga bertanggungjawab menjauhkan keluarganya dari murka Allah, dan membawa mereka kepada redha-Nya.

3. Tanggungjawab atas kaum kerabat dan sahabat dekat.
Allah berfirman, “Dan peringatilah keluargamu dan kaum kerabatmu.” (QS. Asy syu’ara 214)

Setiap mukmin bertanggungjawab untuk mengajak kaum kerabat dan saudara-saudaranya mentaati Allah.

4. Tanggungjawab atas sesama muslim di sekitar
Allah berfirman, “Dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) “ibu negeri” (Mekkah) dan (orang-orang)yang di luar lingkungannya.” (QS. Al-An’am 92)

Setiap mukmin dituntut untuk memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk di sekitarnya dan di luar lingkungannya.

5. Tanggungjawab seluruh manusia. Firman Allah.
“Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah” (QS. Ali Imran 110)

Terakhir adalah tanggung jawab sebagai Khoiru Umat, iaitu sebaik-baik umat yang dipilih oleh Allah untuk menemui manusia untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan menyelamatkan mereka dari murka AllahTa’ala.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita teruskan tugas mulia dan menjadi amalan dan sunah Nabi S.A.W. iaitu nasihat menasihati dan berdakwah kepada sesiapa saja untuk mentaati Allah S.W.T. dan meninggalkan larangan-Nya walaupun kita masih serba kekurangan dan masih banyak belum sempurna. Jangan rasa kecewa apabila nasihat kita tidak di dengari dan di ikuti kerana hidayah dan petunjuk itu hak Allah S.W.T. sedangkan hak memberi nasihat adalah tugas kita sebagai hamba-Nya. Allah S.W.T. akan memberi balasannya di hari akhirat apabila kita memenuhi tugas yang diamanahkan-Nya di dunia.


credit :
Aku Islam

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page