PERLUKAH DIRI SEMPURNA DAHULU BARULAH BOLEH MENASIHATI ORANG LAIN?

PERLUKAH DIRI SEMPURNA DAHULU
BARULAH BOLEH MENASIHATI ORANG LAIN?

Hai.. Assalammualaikum semua.. hari ada persoalan bermain di fikiran TB, iaitu dalam menasihati orang lain, perlukah diri kita sempurna dahulu baru boleh menasihati orang lain?

TB terpanggil untuk menulis entri ini untuk muhasabah diri sendiri sebenarnya.. kerana baru-baru ini TB telah dinasihati oleh seorang sahabat yang boleh dikatakan lahir dari keluarga yang warak dan beriman orangnya,.. TB secara TIDAK SENGAJA telah melakukan kesalahan, mungkin bagi TB kesalahan kecil sahaja tetapi pada pandangan sahabat TB ia punya impak yang besar dan sangat Negatif jika tidak dihentikan.. iaitu tentang penyebaran mesej berantai melalui whatsapp yang tidak diketahui kesahihannya..

Ye betul.. memang TB mengaku bersalah tentang hal itu, kerana TB pun tak baca habis whatsapp tu.. cuma yang TB nampak tentang yang mesej Positif aje.. rupanya ada yang Negatif dan hadith diragui pada penghujungnya mesej whatsapp tu..

So, sahabat teman pun mula berkhutbah panjang lebar kepada teman sehingga teman rasa annoying gilerr... bukan annoying sebab apa.. sebab bagi teman seperti seolah-olah sahabat teman tu sempurna sangat sampai tak pernah melakukan kesalahan dalam hidupnya.. dan pada masa itu teman terfikir kekurangan dan kesilapan dia.. dimana.. menasihati orang lain tetapi diri sendiri pun tidak sempurna.. maksud teman.. sahabat teman ni seorang bertudung tetapi masih lagi memakai baju yang menampakkan lengan.. Memakai tudung tetapi ber seluar 'legging' . Memakai tudung tetapi kerap selfie jugak macam wanita lain..

Maka TB terasa seperti dia tidak sempurna untuk menegur diri orang lain kerana diri dia pun tidak sepenuhnya betul.. tetapi dari sudut lain.. sepatutnya dari dulu lagi TB pun ambil inisiatif menegur dia juga, namun bila difikirkan diri TB tak sesempurna mana, TB malas nak campur hal orang.. TB hanya diamkan diri sahaja memerhati dari jauh..

Namun bila terbaca tentang hukum menegur kesalahan orang (dengan adab) tidak memerlukan seseorang itu sempurna seperti Nabi.. dan perlu pandang pada tanggungjawab sesama Islam.. barulah TB faham bahawa teguran yang baik itu perlu untuk membetulkan kesilapan kita, kadang kita sendiri tidak sedar salah kita.. dengan adanya mereka ini.. yang menegur kita.. InsyaAllah.. perjalanan hidup kita dari yang tidak betul dapat di perbetulkan.. InsyaAllah..

Memang kita perlu pesan memesan tentang perkara yang hak. Kalau tidak, kita termasuk dalam golongan yang rugi. Rasulullah pun dah berpesan, sampaikanlah walaupun sepotong ayat. Setiap ilmu yang kita sampaikan dan diamalkan untuk kebaikan, pahalanya akan berterusan mengikut kita hingga ke alam barzakh.

Manusia itu adalah manusia..dan tidak boleh jadi malaikat..dan malaikat itu adalah malaikat dan tidak boleh menjadi manusia..tidak perlu menunggu diri sesempurna malaikat untuk saling menasihati apa yang penting kita berusaha untuk menjadi sebaik-baik manusia dan menyampaikan apa yang kita terima..

Jangan tengok pada orang yang memberikan nasihat, tapi tengok pada apa yang dikatakannya.. Dakwah kita bukan untuk orang lain sahaja, tetapi untuk diri kita sendiri juga.. Maka sama2 lah kita saling ingat memperingati, kerana kita hamba yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan dan kemungkaran..

Apa-apa pun.. jom baca tentang Tanggungjawab setiap umat Nabi Muhammad SAW dalam tanggungjawab mereka menasihati sesama Islam..


dan Alim ulama menjelaskan bahawa berdasarkan Al Qur’an, ada lima tugas yang ditanggung oleh setiap umat Nabi Muhammad SAW, iaitu:

1. Tanggungjawab atas diri sendiri
“Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (QS. At Tahrim 6)

Setiap manusia dituntut untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkatkan keimanan serta ketaatannya kepada Allah, agar terhindar dari api neraka.

2. Tanggung jawab Keluarga.
Selain diri sendiri, seorang mukmin juga bertanggungjawab menjauhkan keluarganya dari murka Allah, dan membawa mereka kepada redha-Nya.

3. Tanggungjawab atas kaum kerabat dan sahabat dekat.
Allah berfirman, “Dan peringatilah keluargamu dan kaum kerabatmu.” (QS. Asy syu’ara 214)

Setiap mukmin bertanggungjawab untuk mengajak kaum kerabat dan saudara-saudaranya mentaati Allah.

4. Tanggungjawab atas sesama muslim di sekitar
Allah berfirman, “Dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) “ibu negeri” (Mekkah) dan (orang-orang)yang di luar lingkungannya.” (QS. Al-An’am 92)

Setiap mukmin dituntut untuk memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk di sekitarnya dan di luar lingkungannya.

5. Tanggungjawab seluruh manusia. Firman Allah.
“Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah” (QS. Ali Imran 110)

Terakhir adalah tanggung jawab sebagai Khoiru Umat, iaitu sebaik-baik umat yang dipilih oleh Allah untuk menemui manusia untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan menyelamatkan mereka dari murka AllahTa’ala.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita teruskan tugas mulia dan menjadi amalan dan sunah Nabi S.A.W. iaitu nasihat menasihati dan berdakwah kepada sesiapa saja untuk mentaati Allah S.W.T. dan meninggalkan larangan-Nya walaupun kita masih serba kekurangan dan masih banyak belum sempurna. Jangan rasa kecewa apabila nasihat kita tidak di dengari dan di ikuti kerana hidayah dan petunjuk itu hak Allah S.W.T. sedangkan hak memberi nasihat adalah tugas kita sebagai hamba-Nya. Allah S.W.T. akan memberi balasannya di hari akhirat apabila kita memenuhi tugas yang diamanahkan-Nya di dunia.


credit :
Aku Islam

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



4 Ulasan

  1. menegur dgn hikmah bukan mencaci..
    terimakasih dgn info

    BalasPadam
  2. erm.. tak tahu nak kata macam mana.
    sebab diri ini pun tak sempurna..
    tegur pun ala kadar je. taknak sampai orang berkata balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mimi.. Kadang kita pun nampak org lain x betul tapi nak menegur tu rasazmcm x layak je.

      Padam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama