Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Selsema

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Selsema

Entri tentang throwback time TB pregnant dan bersalin pun tak buat-buat lagi, tetiba pulak cerita pasal Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Selsema ye! haha.. takpelah.. tunggulah kalau ada masa TB up entri throwback tu.. baca je lah yang ni dulu ok! =P

Bawang Putih mempunyai sifat antibiotik semulajadi dan berkesan menentang jangkitan. So, bila ada kawan-kawan bagi petua yang menggunakan Bawang Putih TB tidak rasa ragu-ragu untuk mempercayainya malah TB akan cuba praktikkan sekiranya anak TB Selsema ada batuk..  Setakat ni selsema anak TB dah makin pulih. Alhamdulillah.. dengan kuasa Allah yang Maha Esa.. 

Semasa anak TB selsema dan batuk, TB sangat-sangat risau kerana TB betul-betul tiada pengalaman, kerana ini anak pertama TB setelah hampir 4 tahun menunggu . TB bertanya sana sini, bertanya dengan adik ipar, dengan kawan-kawan macam mana cara nak sembuhkan selsema dan batuk kerana kesian sangat dengar hidung baby srottt.. srottt .. macam tersumbat pun ada.. Tapi baby TB sangat baik, tak meragam pun dia.. elok je tidur lena.. Allah.. baiknya anak mama ni.. Tapi mama tetap usah nak baikkan selsema tu, walaupun baby tak meragam, mama tetap akan cari ubat untuk baby...

Akhirnya google punya google disamping sembang dengan rakan-rakan di group Ibu Mengandung (Kelab Ibu Comel) di Whatsapp.. TB dapat petua untuk hilangkan selsema dari Ibu-Ibu yang berpengalaman sebab anak diorang dah ramai kann.. hehehe.. 

Petua ni.. seperti kat bawah ni la.. guna bawang putih.. TB tak pernah try lagi bawah putih ni sebab anak pun dah sembuh.. (Alhamdulillah). 

Tapi selain tu .. masa anak TB selsema hari tu TB buat semua cara dibawah ni, Alhamdulillah anak dah semakin sembuh .. sekarang dah sihat.. Alhamdulillah..  :

1.) Mandi Air Hirisan Lemon (suam2) , TB buat 3X
2.) Bagi Bayi kena cahaya matahari jam 8.00am-9.00 am tiap-tiap hari
3.) Letak bawang besar yang dibelah 4 dalam mangkuk dan letak sebelah bayi
4.) Wap hidung bayi dengan air panas bersama 2 titis kayu putih dan sedut hingus bayi setelah hingus bayi tu cair.. TB sedut guna alat yang sesuai. Tapi kena sedut slow2 yea..
5.) Time bayi bersin, sedut lagi.. sampailah dah tak dengar bunyi hidung srott srott srott dah
6.) TB makan Vitamin C sebab bila TB menyusukan bayi, bayi akan dapat sekali Vitamin C tu .. 
7.) Sentiasa ada dengan bayi ketika bayi tidak sihat (peluk dia kalau boleh) 
8.) Selepas mandi pastikan ubun-ubun dilap dan dikeringkan betul-betul, jangan biar lembap.. sebab ia salah satu punca bayi boleh demam/selesema.. 
9.) Jauhkan kipas yang dipasang 'direct' ke muka bayi.. 
10.) Pakaikan baju yang sesuai diwaktu malam.. jangan biar bayi kesejukan ketika tidur.
11.) Jangan lupa sapu minyak telon di bawah tapak kaki dan perut bayi (TB guna minyak bebe Anugerah tu).. selain tu tu TB ada letak krim Herba Tropika tu dekat dada dan belakang badan bayi sebab ramai ibu-ibu dah guna krim tu dari anak bayi hingga dewasa untuk hilangkan selsema dan kahak.. 
12.) Guna teknik tepuk percussion .. boleh tengok cara-caranya dekat Youtube ye.. tujuan tepuk percussion ni ialah untuk mengeluarkan kahak atau lendir yang berada di paru-paru tu.. dengan melakukan tepuk percussion ni dapat melonggarkan kahak dan lendir dari paru-paru bayi dan seterusnya akan keluar melalui Najis atau muntah lendir.. Itu yang TB baca dekat satu artikel tu la ye.. kalau salah mohon diperbetulkan ye.. 

Itu cara TB, mujarab kat anak TB.. korang try la.. tapi kalau tak OK jugak, boleh cuba petua bawang putih dibawah.. ok.. selamat mencuba tau.. 

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Anak Selsema

=========================================

Cara 1:
1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
2. Cucuk dengan garfu, dan bakar atas dapur
3. Bila kulit dah nak hangus, tutup api
4. Hiris nipis bawang tadi
5. Masukkan dalam bekas plastik
6. Tambahkan sedikit minyak zaitun
7. Ramas-ramas sedikit bawang supaya sebati dengan minyak tadi

Cara 2:
1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
2. Goreng bawang tanpa minyak di dalam kuali tanpa perlu membuang kulitnya
3. Ulang langkah 3-7 di atas.

*Boleh juga gunakan minyak masak atau minyak kelapa

Cara Menggunakan Minyak Bawang Putih
=================================
+ Sapukan di bahagian badan seperti dada, betis, belakang badan, hidung serta tapak kaki.
+ Sapu sekerap mungkin, insyaAllah selsema dan batuk akan berkurangan.

Cara lain ubat selsema guna bawang putih:
1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
2. Cucuk dengan garfu, dan bakar atas dapur
3. Hiris nipis bawang tadi / ketuk je pun boleh
4. Letak dalam stokin lama baby (yang dah tak pakai) jadikan bunjut.
5. Letak bunjut tersebut di sebelah baby

atau

1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit
2. Cucuk dengan garfu, dan bakar atas dapur
3. Hiris nipis bawang tadi / ketuk je pun boleh
4. Letak dalam stokin lama baby (yang dah tak pakai) jadikan bunjut.
5. Letak bunjut tersebut di sebelah baby

Oh ya.. ada juga petua yang mengatakan letak hirisan bawang putih dibawah tapak kaki bayi tapi yang ni TB tak berani nak sarankan buat sebab jenis kulit bayi kan lain-lain.. ada yang jenis kulit normal tahan lasak.. letaklah apa saja.. takde effect negatif.. Tapi ada juga bayi yang kulitnya halus sangat dan ada yang kulitnya sensitif sebab terlalu lembut.. Maka tidak semua bayi sesuai dengan cara meletakkan bawang putih dibawah tapak kaki.. Harap ibu-ibu jelas dulu dengan kondisi kulit anak korang yea sebelum mencuba tips yang tu.. risau jadi macam satu kes tu.. anaknya kaki macam melecup tapak kakinya.. kesian sangat..

Ada cara terbaru.. bakar bawang putih tu, lepas tu letak bawang putih tu dalam nasi yang dikepal macam sushi tu.. pastu makan je macam tu.. tu sushi bawang putih kata diorang.. elok untuk kesihatan, untuk ibu yang menyusu baby tu, baby pun akan dapat khasiat bawang putih yang kita makan tu.. Bawang Putih ni kan terkenal sebagai antibiotik semulajadi badan kita kalau kita menkonsum secara teratur tiap hari.. InsyaAllah badan takkan mudah dijangkiti penyakit atau demam.. InsyaAllah.. dengan kuasa Allah juga yea.. K byee.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama