02 Mac 2017

Fakta disebalik 7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir Yang Dipesan Orang Tua

Fakta disebalik 7 Pantang Larang Bayi Baharu Lahir
Yang Dipesan Orang Tua

Sejak ada baby ni, selalu saja suka-suka membaca pelbagai info tentang bayi.. macam-macam maklumat dan ilmu yang TB dapat.. Ada yang boleh diikut.. ada juga yang jangan diikut.. pandai-pandailah kita memilih yang mana terbaik untuk anak kita.

Baru sebentar tadi terjumpa pula kisah tentang 7 pantang larang ni, TB cuba tengok sama tak dengan cara TB atau ada tak yang tak sepatutnya TB lakukan. 

Apa-apa pun jom baca info dibawah ni.. 

Bagi yang baharu bergelar ibu ayah, tentu banyak menerima pelbagai pesanan dan nasihat daripada orang tua, saudara mara dan sahabat handai tentang penjagaan bayi.

Adakalanya pantang larang yang diberitahu macam tak masuk akal dalam zaman serba moden ini. Kadang kala pening kepala juga dibuatnya sama ada mahu mengikut atau sebaliknya tentang pantang larang tersebut terutama dalam bab membesarkan bayi.

Cuba kita lihat beberapa pantang larang yang biasa diberitahu oleh orang tua-tua tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak dan buat perbandingan daripada sudut pandangan pakar perubatan.

1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.

Penjelasan: Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak sukar untuk berkembang dengan cepat.

Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Selain itu barut dapat membantu memanaskan badan bayi baharu lahir yang mudah sejuk.

TB sentiasa pakaikan bayi dengan barut, tak pernah tak pakai sebab risau perut baby kembung. TB tak pakaikan ketat-ketat, just longgar tapi tak lah longgar sangat sampai melurut ke atas ke bawah.. tak selesa pula bayi kita tu nanti kan.. kalau boleh TB nak pakaikan barut sehingga umur baby 4 -5 bulan ke.. atau sampai barut tu dah tak muat.. ATAU pun kalau baby dah mula meniarap, TB akan kurangkan atau tak pakaikan barut dah.. sebab baby dah boleh meniarap ni kembung pun jarang sangat kan..

Pssttt.. TB ada barut yang kecil hingga ke bayi yang besar.. sebab tu TB rasa nak pakaikan hingga umur bayi 4-5 bulan.

2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.

Penjelasan: Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, anda boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.

Err.. yang ni TB tak buat pun.. TB just tuam je pusat baby .. 

3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.

Penjelasan: Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga mencecah usia enam bulan, bayi sering mengalami kejutan refleks.

Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu.

Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.

Hemmm.. TB dah cuba bedung anak TB, tapi sebijik macam keterangan kat atas ni.. suka terkejut tapi bila bedung.. alahai.. tak sampai setengah jam.. dah mengerut muka merah padam meneran nak keluarkan tangan dan kaki.. kesian dia.. terpaksa lah tak berbedung selepas tu.. 

4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.

Penjelasan: Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi.

Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.

TB tak tahu pulak yang ni.. TB mandikan je tak ikut masa tertentu.. tapi baru-baru ni TB ada terbaca, Seeloknya mandikan baby pada waktu dhuha, antara pukul 8 pagi hingga 11 pagi macam tu sebab pada waktu ni fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang, gunakan air suam ye.

5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.

Penjelasan: Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku bayi sendiri.

Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membataskan perkembangan deria rasanya.

sejak usia baby 1 bulan lebih TB dah tak pakaikan sarung tangan sebab doktor pesan pakaikan time sejuk sahaja sebab nak biar tangan dan jari-jari baby tu explore dan berkembang baik. Tapi sarung kaki TB tak pernah tinggal sebab kalau tak dipakaikan sarung kaki nanti baby mudah masuk angin.. 

6. Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.

Penjelasan: Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil.

Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.

TB dah potong seblum 40 hari lagi sebab kesian habis muka bay bercalar kena garu dengan kuku baby sendiri.. Tapi bukan TB yang potongkan kuku baby, adik ipar TB yang buatkan.. TB seriauuu.. =))

7. Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.

Penjelasan: Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah. 

Semuanya terpulang kepada ibu bapa sendiri sama ada hendak mempraktiskan pantang larang tersebut atau tidak. Yang penting ia mestilah tidak memudaratkan bayi anda .

Baby TB kecik lagi.. tak sabo nak dukung baby macam budak beso.. hehehehe.. 

Itulah antara pantang larang yang TB baca tadi.. ada lagi yang lain tapi TB senaraikan apa yang TB jumpa tadi je.. kalau ada yang lain TB share kat sini yea.. OK.. K bye..

TQ :

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

6 ulasan:

  1. Sonok baca.. Saya suka baby tapi saya ni kawen pun belum..huhuhu..
    Saje baca sebagai persiapan, manala tau kan.. eheee.. XP

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Sama lah TB sebelum ada baby, memang suka sangat tengok baby.. Dah ada bahy sendiri lagi seronok tak terkata.. Alhamdulillah.

      Padam
    2. Haha. Sama lah TB sebelum ada baby, memang suka sangat tengok baby.. Dah ada bahy sendiri lagi seronok tak terkata.. Alhamdulillah.

      Padam
    3. Haha. Sama lah TB sebelum ada baby, memang suka sangat tengok baby.. Dah ada bahy sendiri lagi seronok tak terkata.. Alhamdulillah.

      Padam
    4. Haha. Sama lah TB sebelum ada baby, memang suka sangat tengok baby.. Dah ada bahy sendiri lagi seronok tak terkata.. Alhamdulillah.

      Padam
  2. Bagus info ni.. hehe
    saya dah follow awak.. salam kenal :):)

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥