MESTI BACA!!

18 Mac 2017

IMPIAN BERCUTI KE PANGKOR LAUT RESORT | TRAVELOKA MUDAHKAN SEGALA!

IMPIAN BERCUTI KE PANGKOR LAUT RESORT | TRAVELOKA MUDAHKAN SEGALA!

Haa.. nampak tak seseorang sedang plan nak bercuti? cuba lihat dalam gambar kat atas ni, ke mana dia nak pergi bercuti ye? hehehe.. Sebenarnya TB belum nak pergi bercuti lagi, sebab Baby TB pun masih kecil lagi, So.. tak berapa sesuai nak bawa dia berjalan-jalan lagi.. biarlah dia besar sikit.. Baru boleh bawa dia keluar berjalan kemana-mana. Setakat ni biarlah bawa keluar berjalan ke Klinik ajelah dulu yea baby sayang? hehehe.. 

TETAPI TB tetap menyimpan impian nak ke tempat impian TB tu suatu hari nanti.. InsyaAllah.. moga Allah makbulkan dengan memurahkan lagi rezeki kami.. Aaamiinn,, Aamiin.. Yarabbal Alamin..

Oh, ya.. laman web diatas tu Traveloka namanya.. TB selalu dengar orang asik sebut Traveloka aje, tu yang TB saja terjah dan lihat apa yang menarik tentang website ni.. 

Memandangkan TB dah berada dalam website Traveloka, TB pun saja-sajalah nak try cari tempat impian yang TB nak pergi tu, Tempat impian TB nak pergi tu ialah sebuah tempat di dalam Malaysia yang sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin atau kepada pasangan yang ingin menyambut ulangtahun mereka tanpa gangguan iaitu Pangkor Laut Resort.

Bila search dekat website Traveloka tu, jumpalah Pangkor Laut Resort tu. Pergh.. cantik-cantik pemandangannya.. teruja nak pergi ke sana..hehe.. Pangkor Laut Resort. Pastinya korang semua tahu tentang Pulau yang agak terkenal ni kan! TB teringin nak pergi sebab TB suka pulau-pulau ni tau.. Sebab pemandangan dia cantik-cantik yang sudah semestinya dapat menenangkan jiwa kita. 
Oh ya, Pangkor Laut Resort tu terletak di Pulau Pangkor Laut, bukan Pulau Pangkor ya tapi Pulau Pangkor Laut, pulau yang dekat juga dengan Pulau Pangkor cuma Pulau ini adalah ‘Private Island’.

Rupa-rupanya dekat Traveloka ni mudah sangat tau, kalau korang nak book hotel ke atau nak beli tiket flight untuk kemana-mana, kat Traveloka ni boleh buat kedua-duanya sekali tau.. tak perlu ke website lain. Untung dan jimat masa kita.. lagipun selalu jer ada promosi yang Traveloka ni buat.. memang berbaloi-baloi. 
Sebelum ni TB selalu jugak ke Pulau Pangkor bersama staf Koperasi tempat TB bekerja dulu.. Tetapi kami ke Pulau Pangkor bukan kerana makan angin atau bercuti tetapi kerana melihat keadaan apartment milik Koperasi untuk diselenggara dan dipenuhkan dengan dengan perabot atau keperluan untuk disewakan kepada pengunjung yang bercuti ke sana. Lokasi Apartment tersebut adalah di Teluk Dalam berdekatan dengan Teluk Dalam Resort. tetapi agak jauh jugak kot dengan Pangkor Laut resort ni.. sebab Pangkor Laut Resort  kan "Private Island".
Pergi ke Pulau Pangkor untuk bekerja tidak sama dengan untuk bercuti dan bersukaria kan.. hehe.. So, TB terasa nak sangat pergi ke Pangkor Laut Resort ni pulak, yang ni khas untuk bercuti dan merehatkan fikiran aje.. dapat pergi beramai-ramai satu family kan best.. fuh.. berangan dulu!
Oh ya.. Apa yang TB baca melalui satu artikel, cara nak pergi ke Pangkor Laut Resort ini adalah dengan menaiki speedboat dari Jeti Marina Island. Perjalanan dari Marina Island ke jeti lobby Pangkor Laut Resort mengambil masa dalam 20 minit. 

Dengar cerita keindahan alam semula jadi yang tak terusik di Pangkor Laut Resort tu pastinya akan membuatkan kita terpukau. Fuh, memang ya pun, TB yang hanya pergi ke Teluk Dalam Resort pun dah terpukau tengok keindahan disana, inikan pulak Pangkor Laut Resort yang menjadi sebut-sebutan ramai.
Pangkor Laut Resort ini dibuka pada tahun 1985, hemm.. nak jugak tahu lebih lanjut tentang sejarahnya, nanti kalau pi sana boleh la pusing-pusing habis.. heheh..

Haaa.. TB ada terbaca info yang bab makan-makan ni tak perlu nak risau sangat sebab Di Pangkor Laut Resort terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk menjamu selera seperti, Feast Village, Fisherman’s Cove, Uncle Lim’s Kitchen dan juga Royal Bay Beach Club yang mempunyai pemandangan yang indah, dan dapat memberikan ketenangan ketika menikmatinya. 
Daripada apa yang TB baca lagi, banyak juga aktiviti boleh dilakukan disana nanti, aktiviti yang boleh dilakukan antaranya jungle trekking, di mana kita boleh enjoy berjalan di dalam kehijauan alam semulajadi yang berusia 2 juta tahun.

Udaranya berlainan dari di Bandar, boleh juga dikatakan salah satu cara untuk mengatasi stress dan penat bekerja. Tapi kita kena book dahulu untuk aktiviti ini dengan pihak resort supaya mereka dapat mengurus dan memastikan pengalaman kta tiada masalah. Kita boleh memilih 2 jenis jarak iaitu 500 meter trekking atau jika ada stamina yang kuat, 2400 meter perjalanan yang mencabar tetapi hasilnya pasti memberi kepuasan kepada kita.

Oh ya, TB baca lagi.. ada juga sesi yoga atau tai-chi tau.. fuh ,, pastinya jiwa tenang beb.. ber yoga atau ai chi di tepian pantai, yang ditemani dengan angin dari lautan, bunyi ombak yang merdu dan kecantikan tak terkata di tepi pantai. Haaaa...yang ni khas untuk sesiapa yang ingin memulihkan semangat, mental dan fizikal, boleh join.

Tetapi kena pastikan sampai pukul 8.30 untuk yoga dan 9.30 untuk Tai Chi, kalau tak kita sendiri akan terlepas sesi itu dan menyesal la pula sebab tak bangun awal.

Bagi yang suka memancing pula, di sini ada juga aktiviti memancing di laut dalam dan juga memancing santai, korang boleh cek dengan pihak resort jika berminat. 

Selain tu ada banyak lagi aktiviti lain iaitu aktiviti island hopping dengan kapal layar yang kecil, ada juga ativiti snorkeling. haa..Kalau suka kepada ekstrim, boleh join watersport seperti Waterski, Kayak, wake boarding dan paddle boarding.

Pihak resort juga ada menawarkan pakej untuk event yang sesuai dengan perkahwinan atau ulangtahun pasangan yang telah bersama sesuai dengan konsep private island

Walaupun begitu, Pangkor Laut Resort ini tidak terhad kepada pasangan sahaja tetapi juga boleh dijadikan tempat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga, kawan-kawan dan teman-teman sekerja. 

Lepas baca semua aktiviti yang best dekat Pangkor Laut Resort tu, TB rasa macam teruja sangat-sangat nak kesana.. Bilalah dapat merasa naik bot lagi.. huhuhu.. Kalau nak gi sana boleh lah TB book Pangkor Laut Resort online dekat Traveloka  ni je.. sehari je settle semua! mudah betul..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TRAVELOKA TU APA?

Oh ya.. asik bercerita dan sebut-sebut Traveloka aje ni, tentu ada dikalangan korang yang belum pernah dengar tentang Traveloka kan? Baiklah.. mari baca sedikit info tentang Traveloka ni.. mana tahu kot korang pun ada nak plan bercuti ke mana-mana dan nak beli tiket flight sekali booking hotel

Traveloka ni lah website paling mudah buat kaki melancong macam korang,.. ha .. apa lagi.. silalah baca yea.. moga membantu korang lebih mudah melancong dan makan angin lepas ni.. hehehe


BERCUTI DAN BERGEMBIRA 
SEMUDAH ABC DENGAN TRAVELOKA!!

Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, berkhidmat lebih daripada 100,000 laluan penerbangan dan hotel 100,000+ seluruh dunia. Team Traveloka sentiasa bekerja keras untuk menyediakan pelanggan mereka dengan hotel dan penerbangan kadar paling murah setiap hari!
Dengan adanya website Traveloka ini amat memudahkan kia membuat carian, tempahan dan pengurusan lawatan untuk hotel dan penerbangan. Tak kira domestik atau antarabangsa. Maknanya kita boleh menggunakan Traveloka untuk merancang percutian kita. Satu laman web yang menguruskan semuanya. Memang mudah !

Kita juga boleh menempah penerbangan menggunakan aplikasi Traveloka atau melalui laman web. 

Selain itu, Traveloka pun ada buat banyak tawaran menarik tak kira untuk hotel ataupun penerbangan. Seronok kan kalau dapat harga yang lebih murah, jadi percutian kita lebih jimat. Caj tersembunyi pun tak ada.

Haa.. Kalau korang merancang untuk bercuti dan jalan-jalan dengan family korang tahun ini, jangan lepaskan peluang untuk rebut tawaran menarik yang Traveloka sediakan. korang mungkin dapat jimat banyak menerusi tempahan online flight dan hotel menerusi Traveloka ini.

Oh ya, sekarang ni bermula dari 10 Mac hingga 31 Mac 2017 Traveloka ada membuat Promosi.. yang dinamakan Traveloka Sale-abration iaitu Tawaran untuk Flight dan Hotel Diskaun Hingga 31 Mac 2017.

So, korang apa lagi? jom rebut peluang untuk buat tempahan online bersama Traveloka. Tu ada banyak diskaun dan tawaran menarik tau untuk tempahan penerbangan (flight) dan juga hotel penginapan hanya dari 10 Mac sehingga 31 Mac 2017 sahaja. ada masa 15 hari je lagi ni.. cepat-cepat plan dengan family korang untuk bercuti ke destinasi impian.. Nanti bolehlah book Hotel dan Flight dengan Traveloka sahaja, mudah sebab satu website je korang nak kena lihat betul tak? Malah ada tawaran penerbangan yang sangat menarik untuk pelbagai destinasi, apatah lagi, tawaran hotel yang luar biasa yang korang tidak boleh ketinggalan!

Sementara ada promosi ini, better terjah cepat, dengar cerita ada juga beberapa Diskaun terhad yang ditawarkan untuk hujung minggu dan juga hari-hari tertentu. So, jom bercuti dan bergembira semudah ABC dengan dengan Traveloka .

Oh ya, korang nak tau macam mana nak dapat diskaun tu? haaa.. Korang boleh dapatkan diskaun dengan dua cara, iaitu menerusi login ke Traveloka dan dapatkan tawaran sedia ada, atau menerusi baucer atau kupon diskaun yang disediakan. Tudiaa.. semuanya Eksklusif dibawakan kepada korang oleh Traveloka 

Haaa.. Nak tahu lebih banyak diskaun menarik tempahan online penerbangan dan juga hotel online? 

Opsss.. Nanti dulu.. Sebelum tu TB nak gitau.. kalau nak dapat harga lebih murah, korang boleh aje guna aplikasi Traveloka. Pastinya Cheaper if you book through app now. haaa.. cepat-cepat download aplikasi Traveloka ni di henfon korang. cari kat google play atau Playstore.. mesti ada punya. Travelokani dah popular di serata negara.. dan kalau korang nak jenguk-jenguk dulu laman sosial Traveloka ni, silalah klik link=link yang TB dan sertakan dibawah ni yea! Selamat Melancong semudah ABC dengan Traveloka! 

Website Traveloka : www.traveloka.com

Khidmat Pelanggan : +60-15-4840-9469

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Reactions:

3 ulasan:

  1. Pnh pergi teluk dalam then bbrpa tmpt lain di pngkor

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.. tu zaman bekerja dulu.. lepas ni nak pi untuk bercuti makan angin and honeymoon le pulak.. hi3

      Padam
  2. bestnyaaaa zaza tak pernah lagi gi pulau pangkor.. aduhhhh teringinnya nak bcuti dekat pulau2

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥