Lazada Malaysia Big Baby Fair | Blogger Contest

Lazada Malaysia Big Baby Fair  | Blogger Contest 

Lazada baru sahaja mengadakan Lazada Birthday Blogger Contest yang berakhir pada 23 March yang lalu. Dan pemenang pun telah diumumkan. Namun rezeki tak berpihak kepada TB.. huhuhu.. memang dah agak pun awal-awal tapi tetap mencuba dan mencuba mana tahu kali ni rezeki baby pulak menyinggah kerana kali ni Contest ni ada kaitan dengan baby.. hehehehe..
Haa.. contest yang TB maksudkan ini ialah Contest Lazada Malaysia Big Baby Fair yang diadakan sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair yang berlangsung dari 27 March hingga 2 April dengan tawaran diskaun sehingga 85% ! Semoga TB murah rezeki kali ini. Nak merasa juga sekali menang contest macam ni di Lazada.. Aaamiinn



Sepanjang Lazada Malaysia Big Baby Fair yang berlangsung selama seminggu ini, contest ini juga berlangsung seiring dengannya di mana tarikh tutup contest adalah pada 2 April 2017 juga. Syarat-syarat penyertaan juga amat mudah. Jom ramai-ramai sertai Lazada Malaysia Big Baby Fair ini. Masih ada masa lagi untuk korang sertai 

Klik 
~Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest ~

--------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk Lazada Malaysia Big Baby Fair Blogger Contest ini, TB perlu menjawab 3 soalan. iaitu :

a.) What favourite brand of diapers for your baby?
MamyPoko Open Air Fit M64 (4 packs)
TB dah pernah guna MamyPoko ni semasa baby umur 2 bulan, dan TB merasakan amat jatuh cinta dengan lampin pakai buang jenama MamyPoko ni kerana tekstur lampin ini yang agak lembut dan tak menyakitkan peha baby, serta daya penyerapan yang menakjubkan. TB pun tak sangka lampin selembut itu boleh menyerap air kencing dengan begitu banyak.. Sebab tu TB sukakan MamyPoko ni.. Tu ada offer 4 packs saiz M RM232.00 boleh la shopping nanti.. eh.. kena cepat!! 2 April last!! Oh ya.. Selain tu  juga TB suka jenama Drypers Wee Wee Dry.. terbaikk..

--------------------------------------------------------------------------------------------


b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 

Enfalac A+ Gentlease (0-12month) 1.2kg  

TB memang mahukan yang terbaik untuk anak kami, sebab itu TB akan berikan susu formula Enfalac A+ ni. Tapi TB akui susu ibu tetap sus yang terbaik untuk anak-anak kita dan TB masih menyusukan baby lagi cuma TB terpaksa jugak campur dengan susu formula ini kerana TB belum lagi dapat beri susu sepenuhnya buat baby kerana itu sahaja yang TB mampu setakat ni.

--------------------------------------------------------------------------------------------

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 
Baby Crib Cradle Natural Multi Functional 
Baby Wooden Cot 105*60cm Style B

TB berangan nak ada katil untuk baby tapi itulah.. macam banyak lagi yang lain lagi penting. bila dah ada baby ni, perbelanjaan perlu ditapis dahulu, bila ada lebih barulah kemudian diguna untuk barang yang kita mahukan.. harap TB dapat belikan baby TB katil ni.. comel kan!

Haa.. apa lagi.. ada masa lagi ni.. jom terjah dan shopping di Lazada malaysia sempena Lazada Malaysia Big Baby Fair macam-macam promosi ada sehingga 85% .. Selamat bershopping ye!


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama