Nuff

27 April 2017

Resepi Ikan Masak Tauchu Mudah dan Sedap!


Resepi Ikan Masak Tauchu
Mudah dan Sedap!

Assalammualaikum.. Tetiba lak nak up entri resepi lak time malam-malam gini yea.. Alkisahnya cadang hari ni Teman dan hubby kononnya taknak makan nasik, nak makan roti cicah bubur kacang hijau je konon.. Kurasakan kenyang tapi tak tahu plak lapor lagi.. Hahaha   then kami pun fikir nak makan apa.. 

Hubby suruh masak Ikan Masak Tauchu.. TB taknak sebab nanti masak hubby bukan nak makan pun sebab itu bukan menu favourite dia.. Tapi hubby kata masak je dia makan.. 

Hemm.. Bila dia dah kata macam tu TB pun masaklah Ikan Masak Tauchu tu.. Jujur TB cakap, kat rumah TB selama 4 tahun  tak pernah sekalipun masak Tauchu, sebab? Sebab TB sorang je makan tu yang TB malas sangat nak masak.. So, TB harapkan balik ipoh je la kalau nak makan masak Tauchu ni..  Tu yang macam dah ingat-ingat lupa cara mak masak gulai tauchu ni..

Tapi kan.. hari ni tengok hubby dah mula makan masak tauchu.. wah.  Alhamdulillah.  Dah tau dah menu simple yang boleh masak untuk sama-sama makan dengan hubby nanti.. Kalau tak kena masak menu lain-lain. Huhuhu.. Kadang tak habis sebab makan berdua. Hubby lak tak suka makan lauk yang hari ni masak dipanaskan esok.. 

Eh.. Termelalut la pulak.. Jom tengok Resepi Ikan Masak Tauchu Mudah dan Sedap! Eh lupa lak.. Resepi ni TB dapat dari rakan whatsapp Nanie dan Blogger syamimi.. Thank you semua..  heee.. Segan plak tanya resepi masakan yang simple ni.. Huhuhu

Resepi Ikan Masak Tauchu 
Mudah dan Sedap!

BAHAN A (DI TUMBUK)
Bawang Besar Sebiji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1/2 inci
Cili Api Merah 3 biji

BAHAN B 
Tauchu (Cap Tamin) / Tauchu Opah Nor x 3 sudu
Timun (potong2) - TB tak letak sebab takde timun
Tomato (potong2) - TB tak letak sebab takde tomato
Bawang Besar 1 biji (hiris bulat)
Cili Muda (belah tengah) -TB guna Cili Masak sebab takde Cili Muda.. TB potong besar2.. Tak belah tengah. Ikut korang nak macam mana.. Sama je rasanya...

CARA-CARA MEMASAK:
Mula-mula yang penting sekali goreng ikan dulu yea.. TB suka goreng garing-garing..  TB guna ikan selar sebab ikan Selar ni je yang TB selera nak makan.. Ikan-ikan lain TB 'kureng' sikit  huhuhu.. Tapi kalau nak guna ikan merah pun boleh atau ikan lain pun boleh.   Ikut suka korang yea.. 

Ok.. Lepas dah goreng ikan tu, ketepikan dulu..  

1. Panaskan sedikit minyak (TB guna minyak goreng ikan tadi)

2. Tumis Bahan Kisar tadi..  Sampai naik bau.. 

3. Masukkan air (ikut korang nak kuah banyak mana)

4. Masukkan 3 sudu Tauchu tadi.. Kacau dan biar masak sekejap.. 

5. Masukkan tomato dan timun. Biar masak hingga lembut.. 

6. Bila tomato dan timun dah lembut sikit masukkan ikan, cili masak dan bawang besar yang dihiris bulat tadi.. 

Dah siap.. 

Note :
TB letak 3 sudu konon hubby nak kacang tu banyak tapi apakan daya kacangnya macam hancur aje.. TB tak tambah tauchu lagi sebab nanti masin plak kuah tu.. 




Related Posts

17 ulasan:

  1. Btl kak. Bubuh tauchu bnyk nti masin..tauchu opah nor tu dia punya kcng x hncur.

    BalasPadam
  2. Great dish. I love fish. I've never try a recipe similar to this one, but I am adventurous.

    BalasPadam
    Balasan
    1. i can teat chicken or meat, so i forced to eat fish, hee

      Padam
  3. Thanks for sharing this simple recipe. I pun malas to cook yang complex punya. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. simple pun tak apa janji sedap dan kenyang

      Padam
  4. Masa nampak tajuk tadi ingatkan, tauhu tu letak ikan sumbat dalam dia, kiranya macam tauhu sumbat. Okay juga menu ni kan, senang tak pening kepala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. bunyi lebih kurang je ye yani..

      Padam
  5. Interesting! Tak pernah nampak ikan masak macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke.. boleh try nanti.. letak cili kasi pedas2 sikit

      Padam
  6. Sedap jer I've not tried this dish before. Bole try next round.

    BalasPadam
  7. saya pun suka ikan masak taucu ni...memang selera makan ngan nasik panas2..tak sado menambah berkali2 hehehe

    BalasPadam
  8. Wahh macam senang je. kena cuba ni. Heheehe

    BalasPadam
  9. Taucho made Korea lbih sedap

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New