Tank Mesin Basuh Jadi Sangat Bersih Dengan Maobao Washing Machine Cleaner

Tank Mesin Basuh Jadi Sangat Bersih Dengan Maobao Washing Machine Cleaner 

haii.. hari ni TB nak share dengan korang cerita tentang pencuci tangki mesin basuh yang amat mudah digunakan dan tidak memerlukan kos yang besar untuk melakukannya. Nak tahu apa dia? haa.. sebelum tu TB nak tanya, korang punya mesin basuh tu berapa kali korang cuci drum/tangkinya tu? nape tak cuci? Tak nampak kotor? eh eh.. mana korang tahu mesin basuh korang bersih ke tidak?


hemm.. sebenarnya penting untuk kita mengetahui keadaan mesin basuh kita tu tau kerana dalam tak sedar kita tak perasan yang ia juga boleh memberi kesan kepada kulit kita.. nak tahu macam mana tu? haaa.. bayangkan mesin basuh kita kotor, baju-baju yang kita cuci sudah semestinya kotor juga kan? kalau kotor, kita jemur dan pakai pastinya akan menyebabkan kegatalan pada kulit, betul tak? nak pulak kalau kulit jenis sensitif macam TB ni.. apatah lagi kulit baby.. lagilah kesian.. disebabkan itu je kulit terkena ruam.. baby lah paling mudah kena kalau keadaan macam tu tak dijaga.. kesian baby kan..


Pembentukan kotor dalam mesin basuh boleh menyebabkan ruam, terutamanya bagi bayi. Walaupun kita fikir  mesin basuh tu bersih, sebenarnya tidak. Dengan semua longgokan pakaian yang bercampur-campur, sisa-sisa kain dari penapis dan pelembut kain, kebersihan mesin basuh amatlah diragui.. So, so, rajin-rajinlah cuci tangki mesin basuh korang yea.. basuhlah mesin basuh korang tu dengan kerap yea!

Sebab utama kita perlu mencuci mesin basuh kita dengan kerap?
Haa.. adakah korang tahu bahawa mesin basuh korang tu boleh menjadi kotor seperti tandas korang? Mesti korang tak pernah bayangkan macam mana kan? sebab ianya tersorok kat belakang tu.. Tapi sebenarnya kalau korang nak tahu, kajian menunjukkan bahawa bakteria dan kotoran boleh dibina di belakang drum mesin basuh selepas penggunaan sebulan. Serpihan dari pakaian kotor korang tu akan terkumpul di belakang dram, di mana kekotoran dan bakteria lain boleh tumbuh dan tersebar dengan pesat. Belum termasuk mikroorganisma dari pakaian kotor kita lagi, terutamanya seluar dalam dan stokin.


Terdapat beberapa sebab mengapa mesin basuh boleh membina kekotoran berlebihan:
- Penggunaan pelembut kain yang kerap
- Sambungan ke tangki air luar
- Penggunaan mesin lebih tinggi daripada purata
(contohnya keluarga besar, pakaian kerja ahli perniagaan dan lain-lain)
- Mesin berumur 3 tahun ke atas dan tidak pernah dibersihkan sebelum ini

Haaa.. selalunya orang kita ni bila ada kerosakan pada mesin baru baru la tahu mesin tu rosak, ye tak? tapi sebenarnya kadang kita tak tahu yang buat ia jadi rosak puncanya mungkin juga sebab tank/drum nya terlalu kotor.. Haa.. Kotoran seperti ini kebiasaannya dikeluarkan melalui pembongkaran mesin basuh dan pembersihan secara manual, yang merupakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beberapa kontraktor luaran atau juruelektrik, dan mungkin kos sehingga RM300 bergantung pada Tahun, Buat & Model mesin basuh korang. Fuh.. RM300 jugak la melayang kalau tak jaga mesin kita elok-elok kan..

Selain itu .. ada juga TB dengar pasal Isu lain di mana terdapat beberapa orang yang mengadu mengenai masalah selepas pemasangan semula, dimana berlaku masalah kepada mesin apabila juruteknik/juruletrik nya kurang pengetahuan atau pengalaman untuk melakukannya dengan betul. Jadi macam Tikus baiki labu la akhirnya.. kui kui kui.. 

Haa.. pasal tu lah mengapa Maobao Washing Machine Cleaner oleh Schelly adalah alternatif hebat untuk isu ini. Ia juga merupakan jenama terlaris No.1 di Taiwan! Setiap kotak dilengkapi dengan serbuk kering 3x + 3x AG + Silver Ion. 

Mengeluarkan sehingga 99.9% bakteria, pembentukan kotoran degil, bau busuk, mencegah kesan hitam dan yang paling penting, keep it clean for your family. cewah.. speakingg... haha

Ia juga diuji oleh makmal (SGS Labs) untuk memastikan tiada bahan kimia yang berbahaya digunakan dalam pembuatan produk ini.

Maobao Washing Machine Cleaner oleh Schelly boleh dibeli secara dalam talian di https://www.facebook.com/happyshoppermy/ dengan harga promo sebanyak RM25 setiap kotak (NRP: RM33.90) + penghantaran.

Oh ya.. dekat pasaran belum ada lagi tau.. mungkin kalau dah ada nanti akan diberitahu kemudian.. 


Produk yang amat menjimatkan untuk mencuci tank mesin basuh korang!

Produk ini sangat mudah digunakan dan ia dilengkapi dengan dua arahan yang berbeza, Boleh digunakan untuk mesin basuh pintu diatas mahupun pintu didepan..

Banyak sangat benefit menggunakan Maobao Washing Machine Cleaner ni tau.. antaranya ialah :

1.Menjimatkan
2.Cepat dan mudah
3.Tak perlu nak panggil contractor untuk repair mesin
4.Satu-satunya jenama yang didatangkan dengan anti-bacterial 
5.Jenama Mesin Basuh No.1 Taiwan

Cara-Cara menggunakannya :
Macam TB punya mesin basuh ada setting untuk cuci drum/tank.. so, TB ajar cara nak cuci guna mesin basuh yang ada setting cuci drum/tank ni macam mana ye!

1.) Mula-mula kosongkan mesin basuh,
2.) Tekan butang Drum Ckeaning/Clean Washer Cycle yang ada pada mesin basuh korang
3.) Tunggu air dalam tank penuh
4.) Tekan PAUSE
5.) Masukkan 1 Paket serbuk pembersih dan 1 paket Ag kedalam tub mesin basuh 

     korang (bukan masuk kat dispenser punya ditergent tu yea!!)
6.)Tutup cover dan continue balik cucian drum/tangki mesin basuh korang tu.. 
Tunggu la sehingga selesai, dan buka cover .. dan sila terkejuttt!! sebab korang akan nampak rupa sebenar mesin basuh korang.. HA HA HA .. sila lap kasi bersih yea sisa-sisa yang menjelma tu.. dan lepas tu.. jangan lupa.. rajin-rajinlah cuci drum./tangki mesin basuh korang tu even tak pakai pencuci sekali pun,,

Macam TB nyatakan tadi.. Hasil selepas menggunakan Maobao Washing Machine Cleaner ni nanti korang akan nampak sisa terapung selepas 2 jam merendam tab dengan formula.  pastinya masa tu baru korang tahu betapa kotornya tangki mesin basuh korang tu.. ish ish ish.. Nampak tak keberkesanan penggunaan produk ni? silalah beli yea! it worth to buy!

Walau apa-apa pun, walaupun dah cuci mesin basuh kita dengan Maobao Washing Machine Cleaner  kita juga perlu menjaga mesin basuh kita tu untuk penggunaan yang lebih lama nanti.. nak beli baru nak keluar duit lagi kan.. so.. jaga elok-elok la yea ..

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pembentukan kotoran dan bakteria di mesin basuh kita. Ingatlah beberapa peraturan mudah ini.

1. Gunakan detergen berkualiti
2. Angkat pakaian dari mesin basuh sebaik sahaja ia selesai
3. Kurangkan penggunaan pelembut kain
4. Jangan membebankan mesin basuh kita tu.. (overload)
5. Pastikan kawasan pencucian mempunyai pengudaraan yang baik
6. Basuh mesin basuh dengan kerap

Sekian.. semoga bermanfaat.. nak beli Maobao Washing Machine Cleaner ni ke? haa.. boleh beli kat link bawah ni yea-->

kalau beli waktu sekarang korang akan dapat beli dengan harga promo sebanyak RM25 setiap kotak (NRP: RM33.90) + penghantaran.  So, apa tunggu lagi.. jom besrihkan tangki mesin basuh korang bagi bersih dan tahan lama.. yeay!!



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



14 Ulasan

  1. Memang bersih..xdelah lagi bakteria dan lebihan kotoran lepas ni

    BalasPadam
  2. eewww I didn't know washing machines can get so dirty inside. I don't have a washing machine at home. Can you believe it??

    BalasPadam
  3. Wow interesting! I didn't know we can clean our washing machine like that. Thanks for the info!

    BalasPadam
  4. The before and after photos are amazing! I guess it's time to check our washing machine!

    BalasPadam
  5. Oh wow.. bestnyer.. I need one also.. my mesin basuh dirty

    BalasPadam
  6. Wow! My washing machine is so dirty now I could really use this!

    BalasPadam
  7. wow...great product!!I can recommend to my mum!!

    BalasPadam
  8. I got mine from Cosway and Daiso! It works really fine too! We need to clean and wash our washing machine from time to time.

    BalasPadam
  9. I can't remember how often I clean the machine actually. I clean it when I notice lints on our clohthes.

    -Analie from Get A Happy Date

    BalasPadam
  10. Great household invention! I will definitely introduce this to my mom haha

    BalasPadam
  11. Looks super effective and I need to get one for my mom too

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama