Terpesona Dengan Wangian ENCHANTEUR STUNNING Eau de Toilette

Terpesona Dengan Wangian
ENCHANTEUR STUNNING Eau de Toilette

Huuu.. tak tahu nak cerita macam mana masa buka parcel dan nampak satu kotak yang cantik berisi produk Enchanteur! TB memang suka sangat dengan produk dari brand Enchanteur ni tauu! Sebelum ni TB selalu beli lotion dan mandiannya, sangat-sangat wangi.. TB berasa teruja bila pakai produk Enchanteur ni.. Oh ya, sebelum ni TB ada juga buat entri tentang Enchanteur , korang boleh baca kat SINI dan SINI yea.. ada banyak lagi produk Enchanteur yang TB rasa terpesona nak mencuba. Seriuss semuanya wangi-wangi dan wangian tu tahan lama..

TB suka buat macam mana tau.. TB suka pakai mandian Enchanteur masa mandi (Romantic/Charming antara yang TB selalu guna dulu), lepas tu selepas mandi TB akan sapu hand and body lotion pada seluruh badan.. wangi dan segar je rasa badan tau.. sebab lotion tu sangat senang obserb dan sangat melembapkan kulit..  Nak pulak pakai sebelum tidur, fuh.. lena sampai ke pagi korang tau.. haha..

Ok lah.. nak tengok apa yang TB dapat masa buka parcel kelmarin? jom tengok .. hehehe.. Alhamdulillah wangian Enchanteur sentiasa menjadi pilihan nombor satu TB hingga kini..
   
Lawa kotaknya.. Baldu gitu.. 


Warna box dia pun kaler kegemaran TB.. yeay!! 


Siap ada cermin lagi tuu.. 


fuh.. ada 5 produk didalamnya.. 


TB memang melompat suka bila tengok produk Enchanteur ni.. TB happy sangat-sangat.. wangian kegemaran katakan.. dulu kini dan selamanya.. 

Haa.. jom kita baca tentang  satu haruman baharu  dari produk Enchanteur  yang sangat menarik untuk diperkenalkan iaitu, Stunning! TB suka sangat konsep untuk haruman terbaru ni.. sangat elegan dan sangat sedap mata TB memandangnya.. TB suka botol wangian EDT nya.. sebab ada bentuk curve badan wanita dan penutupnya ala-ala bunga ros sedang kembang gitu.. selain tu TB suka warna tema packaging botol nya.. sangat fuyooo.. haha.. Selain tu kan, TB suka sangat bau dia.. alahai.. lembut dan wangi.. rasa macam segar je bau dia.. Selain tu, Lotion dia seperti sebelum ni, mudah absorb, melembapkan dan melembutkan kulit kita.. TB suka sangat-sangat.. haaa..

Haa.. ini komen TB tentang haruman terbaru ni, untuk baca info yang lain tentang haruman terbaru ni, jom baca info seterusnya kat bawah ni yea.. 


Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona 
“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

ENCHANTEUR Eau De Toilette
boleh didapati pada harga runcit RM28.20
(termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. 


Losyen Enchanteur 
( boleh didapati dalam pelbagai saiz )
berharga dari RM5.40 hingga RM17.60

Deodoran Enchanteur
( hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan )
berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

Bedak Enchanteur
( didapati dalam saiz Besar dan Kecil )
berharga dari RM4.40 hingga RM11.80

Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, 

sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau 

lawati laman Facebook ENCHANTEUR 





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



15 Ulasan

  1. cantikkan set ni..kalau buat hamper atau hantaran pun okey kan

    BalasPadam
  2. Bestnyaa.. nak jugak.. nak jugak..
    Hukhukhuk..
    Dulu pun buat hantaran guna produk ni jugak.
    Bau kuat. Wangi..

    BalasPadam
  3. Enchanteur has a lot of good product. Love the nice scent of the parfum.

    BalasPadam
  4. Best sangst kan.. akak berikan kepada anak tiri akak sempena perkahwinannya....

    BalasPadam
  5. Dah cuba pakai dan bau yang dia punya EDT haritu. Betul wangi dan bau dia dah tak macam budak-budak sgt.

    BalasPadam
  6. The packaging is so pretty! I want them all!

    BalasPadam
  7. I love Enchanteur. It smells good. The parcel so pretty.

    BalasPadam
  8. The packaging ang presention is really pretty and nice. I have tried this once and remember that it smells so nice.

    BalasPadam
  9. Enchanteur ni dah lama dlm pasaran dan ni la brand yg sy guna sewaktu dialam persekolahan..

    BalasPadam
  10. Memang wangi kannn Enchanteur Stunning ni..!! Cantik lak tuu Botol dia

    BalasPadam
  11. Nice packaging! The perfume bottle looks lovely :)

    BalasPadam
  12. Reading about Enchanteur reminds me of my teenage years. Kept seeing its advert on TV! Glad to see how much they have improved.

    BalasPadam
  13. Enchanteur box sangat cantik. Selalu guna enchanteur masa diploma. Wangi sangat taw

    BalasPadam
  14. I like the packaging and I was touched I receive the same parcel. The whole room smell nice.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama