DAFTAR, KEMASKINI DAN SEMAK BR1M / BRIM TERKINI (2018)

DAFTAR, KEMASKINI DAN SEMAK BR1M / BRIM TERKINI (2018)

TB Dah kemaskini 06/12/2017 tadi.. heee.. tapi tak pasti dapat ke tak.. TB dah 2 tahun tak dapat BRIM tau.. Sampai kecewa je nak isi form kemaskini tapi saja try lagi tahun ni.. kut ada rezeki Harraz, boleh mama repair kereta guna duit tu ke, boleh bawajk harraz jalan-jalan, boleh beli barang Harraz ke, baju Harraz ke.. semua demi Harraz je sekarang ni.. huwahahaha.. simptom jadi jadi mak orang ni.. gini ehhh?? segalanya demi anak.. Diri sendiri berkudis pun tak berubat-ubat sampai sudah.. eh.. bukan kudis yea.. Psoriasis.. haha.. 

Status kelayakan lulus BR1M 2018
hanya boleh disemak secara 
berperingkat mulai Februari 2018

Tarikh Permohonan dan kemaskini BR1M 2018 boleh dibuat bermula dari 06 November hingga 31 Disember 2017.

Haa.. korang dah kemaskini ke BR1M/BRIM korang?? Cepat update kang tanggu-tangguh terlupa pulak, kang melepas duit tambah2 korang.. hehe.. ni teman saja tepek maklumat/info ni dalam entri ni, nanti nak semak takde lea tergagau2 mencari link sampai war2 kat wall FB mintak tolong kawan2 kasi link BR1M.. kikiki.. itu kes malas namanya.. hu3.. sekarang tak malas dah.. tengah rajin ni.. mehehehe..

Sape-sape yang nak kemaskini tu atau nak daftar ke atau kalau nak semak nanti boleh lea nengok2 kat sini yea linknya.. Gi jea terus kat link ni haa-->




Jadual Pembayaran BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh pembayaran rasmi akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas dimaklumkan oleh e-BR1M. 


Jadual pembayaran BRIM 2018 terkini

BR1M 2018

Kategori 1 : 
Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k
Jumlah Bantuan RM450
Februari 2018 : RM450 (Akan dikemaskini)

Kategori 2 : 
Isi rumah 
(Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)
Jumlah Bantuan RM900
Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

Kategori 3 : 
Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k
Jumlah Bantuan RM1,200
Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)


CARA SEMAK STATUS BR1M 

Cara Melalui Laman Web BR1M 
Penerima hanya perlu masuk ke laman ni https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx untuk menyemak status permohonan secara online. di laman itu juga penerima boleh buat permohonan BR1M online

Tahniah kepada yang lulus dan kepada yang gagal,sila buat rayuan dengan segera kerana semakin lewat maka semakin tipis peluang untuk mendapat bantuan ini. 

Penerima boleh terus menghubungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN di hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716. Talian ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari isnin hingga jumaat.

Setiap permohonan yang lulus, wang bantuan akan terus disalurkan ke akaun bank penerima.Status kelayakan lulus BR1M 2018 hanya boleh disemak secara berperingkat mulai Februari 2018


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


4 Ulasan

  1. alhamdulillah baru je kemaskini tadi...kalau tak memang lupa haha

    BalasPadam
  2. Untunglah masih dapat BR1M hehehehe... kita nganga jer tengok orang dapat wakakakakak gunakan sebaiknya untuk anak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama