Innity 1

Nuff

08 Januari 2018

TERUJA DENGAN PRODUK PENJAGAAN DIRI DARI ASIANIC | PRODUK HALAL


TERUJA DENGAN PRODUK PENJAGAAN DIRI DARI ASIANIC | PRODUK HALAL

Hai korang.. di petang-petang macam ni TB nak share dengan korang tentang satu produk yang bagi TB sangat TB suka kerana baunya, kerana packaging nya.. dan semestinya kerana kandungan yang terdapat dalam produk ini yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan dijamin HALAL.

dan TB suka produk Asianic ni sebab ia dirumus khas daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk semua jenis kulit malah tak kisah lah lelaki ke perempuan boleh pakai produk ni..



Produk yang TB maksudkan ialah dari jenama Asianic. Pernah dengar nama Asianic ni? Haa.. bagi yang baru pertama kali dengar nama ni, meh TB share sikit info tentang Asianic ni..

Asianic ni adalah jenama produk bagi penjagaan diri untuk seisi keluarga. Kalau korang nak tahu produk Asianic ini terdiri daripada rangkaian produk seperti krim mandian, skrub badan dan losyen yang diinspirasikan daripada bauan susu beras (rice milk) dan bunga sakura ( Japanese Cherry Blossom).



Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras. Di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga akan memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.

Yang TB sedang guna sekarang ialah mandian dari rangkaian bauan dari Bunga Sakura yang sangat lembut dan wangi.. iaitu Japanese Cherry Blossom



Ini dia set penjagaan diri dari bauan Bunga Sakura - Japanese Cherry Blossom , dalam set ini ada 3 produk, didatangkan dengan beg yang sangat cantik dan mudah dibawa.. 


Produk yang ada didalamnya ialah :

1.) Hand & Body Lotion


TB sukakan baunya yang lembut dan tekstur nya yang mudah meresap ke dalam kulit.. terasa kulit soft je.. dan yang paling penting ia tak melekit. kesan dari penggunaan lotion ini ialah ia dapat mengekalkan keremajaan kulit kita dengan memberi kesan pencerahan dan kelembutan seterusnya mengurangkan kedutan pada kulit dan tangan.. 

2.) Body Scrub




Scrub yang berbau bunga sakura ini didatangkan dengan butiran halus seperti biji biji kecil yang bertindak sebagai membantu menghaluskan kulit dan membuang sel-sel kulit mati agar kulit kita sentiasa muda berseri dan cerah sentiasa..


3.) Shower Cream



Haaa.. Last sekali paling TB suka.. Shower Cream atau mandian yang berbau harum ni.. ia bertindak menjadikan kulit bersih, cerah dan lembap.. TB terasa badan dibelai lembut aje bila guna shower cream ni.. bilik air pun wangi je.. haha.. 




Haa.. yang ni pulak dari rangkaian Susu Beras.. atau Rice Milk.. TB tak pernah try lagi ni.. 
tapi ramai yang kata bau dia sedap juga.. wah.. rasa nak cuba yang ni je nanti.. 



Geram pulak TB tengok gambar atas ni.. huhu.. Nak try yang ni pulak lah..


RASAI PENGALAMAN SPA LIMA BINTANG PRODUK ASIANIC DI RUMAH SENDIRI 

Haaa.. buat wanita yang selalu mengimpikan untuk mendapat pengalaman spa lima bintang dirumah sendiri, Asianic adalah pilihan terbaik. Sangat sesuai digunakan mengikut kesesuaian masa.

Kalau korang nak tahu produk Asianic ni boleh digunakan seisi keluarga yea.. dan semestinya kualitinya juga setanding dengan produk antarabangsa.

Kini sesiapa sahaja boleh menentukan masa sendiri untuk merasai pengalaman spa lima bintang di rumah sendiri. Bauan yang harum dan mempersona pasti akan lebih menyegarkan dan membantu mengekalkan keyakinan kita sepanjang hari.

Selain pengalaman yang mempersonakan ini, ia juga boleh menjimatkan masa, wang dan tenaga kita daripada menunggu di spa untuk mencantikkan diri. Kini di rumah sendiri adalah pilihan yang terbaik selain lebih praktikal dan ekonomikal. Rasai sendiri pasti korang akan terpesona dengan rangkaian produk Asianic.

Rangkaian produk mandian dan penjagaan diri Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM12.90 hingga RM18.90 setiap satu. 

Yang lebih penting lagi, produk Asianic ini telah diiktiraf  HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mendapat kelulusan KKM. So, korang tak perlu ragu-ragu lagi bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini terjamin dan produk Asianic telah menjadi rangkaian produk Halal yang pertama seumpamanya di Malaysia. 

So.. Untuk korang yang inginkan kulit lembut dan berseri boleh dapatkan produk Asianic ni di hampir semua pasaraya besar di Malaysia seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Giant, Guardian, Tesco , farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia.

Kalau tak dapat nak keluar membeli, jangan risau yea.. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui online di website yang tersenarai ni.. antaranya AladdinStreet.com, Lazada, Zoomall, 11 Street , Shopee, coopmall.my, Facebook Asianic Halal dan juga melalui sesawang : www.wonderlandprimary.com

Haa.. apa lagi.. jom wangi sama-sama .. yang penting kulit halus mulus cerah berseri dengan rangkaian produk dari Asianic yang ternyata HALAL..

Untuk keterangan lanjut, 
sila hubungi: 

Facebook : Asianic Halal

Instagram : Asianic Halal

Contact : 
Nurul Fadhila 
+6012 2598815

Leny Adam
+6019 265 6687


Untuk Urusan Bisnes :

WONDERLANDPRIMARY 
SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308 
 Fax : +603 7783 6308


Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

24 ulasan:

  1. Balasan
    1. boleh dapatkan produk Asianic ni di hampir semua pasaraya besar di Malaysia seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Giant, Guardian, Tesco , farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia.

      Padam
  2. cik en pun suka dnegan produk ini.. wangi je

    BalasPadam
  3. Bagus lah Asianic ni TB sebab dah lah halal lps tu based dia dari ekstrak tumbuh-tumbuhan pula tu. Packaging pun cantik sgt. Nak try lah beli juga. Boleh ber me time di rumah je kan.

    BalasPadam
  4. Asianic ni femes jgk. Tp so far emi tak pernah try lagi la. Okay ke klu untuk kulit yg sensitif?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok sebab bahan-bahan dia sangat natural.. sesuai untuk seisi keluarga

      Padam
  5. Menarik ni , tetiba terjatuh hati dengan Asiantic susu beras .kukit jdi lembut mulus. Kena terjah guardian la nk membeli .harga pun murah2

    BalasPadam
  6. Memg plan nak beli..murah pun murah..suka yg sakura tu

    BalasPadam
  7. Kwn kami pun ada yg pakai produk ni..npk nya kami pun dah tertarik haaa hihu

    BalasPadam
  8. Saya suka baunya sedap, sebelum ni packaging lainkan

    BalasPadam
  9. Suka sangat dengan produk Asianic sebab bau dia wangi..

    BalasPadam
  10. zaza pun suka mandian jenama ni..memang sesuai seisi family dgn hrga pun murah.

    BalasPadam
  11. Memang best..nad aritu pakai sabun mandi dia..wangii

    BalasPadam
  12. Saya pun suka cherry blossom collection

    BalasPadam
  13. Suka cherry blosson sebab wangi...pas tu bitol pun cantik..lama x spa sendiri kat rumah

    BalasPadam
  14. Rose dah beli losyen cherry blossom.. ok dengan kulit, tak melekit. Suka suka.

    BalasPadam
  15. Bestnya ! Nampak mcm wangi je produk2 asianic nie. Nak cuba jugak lah nanti !

    BalasPadam
  16. Nampak menarik jugak produk asianic ni.

    BalasPadam
  17. Ramai betul yg share pasal benda ni...Sally suka betul tgk packaging dia!

    BalasPadam
  18. best produk ni ekin dah guna

    BalasPadam
  19. Waaa.. bestnya.. nak2 yng scrub. Bila ditenyeh tenyeh tu syok je. Hee

    BalasPadam
  20. Alja blm pernah lg try produk ni. Dgr semua katanya bagus. Kena try juga ni. Trial pack ada ke?

    BalasPadam
  21. wah belum try ini produk :D cocok kan untuk pria

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile