Innity 1

Nuff

14 Februari 2018

REVIEW SET SYAMPU BUNGA ROSE ( SYAMPU & PERAPI ) DAN SABUN SIREH SUZYHONEYHERBS


REVIEW SET SYAMPU BUNGA ROSE
( SYAMPU & PERAPI ) DAN SABUN SIREH SUZYHONEYHERBS


Hai.. hari ni TB nak bercerita tentang produk tempatan yang dihasilkan berasaskan 100% bahan natural & homemade oleh Suzy Honey Herbs yang mementingkan penggunaan bahan-bahan yang pure tanpa bahan kimia disamping dalam masa yang sama memperkenalkan herba-herba Malaysia yang hebat yang kebanyakan anak muda masa kini tidak tahu dan belum pernah dengar .

Betul tak? ramai juga generasi masa kini semakin melupakan herba-herba yang dahulunya digunakan oleh nenek moyang kita dan ada juga yang tak pernah dengar lansung tentang herba-herba yang disebutkan.. 

hehehe.. its ok.. Zaman sekarang ni memang agak susah nak mendapatkan herba-herba hebat ni, sebab nak kena menjelajahi hutan belantara bagai, siapa yang sanggup ye tak?

Oleh itu kita sepatutnya berterima kasih atas usaha murni owner produk Suzy Honey Herbs ini kerana berjaya mengeluarkan produk yang diperbuat dari bahan semulajadi serta herba-herba yang susah didapati sekaligus memudahkan pengguna seperti TB mendapatkan produk seperti ini .

Ok lah.. tak nak melalut panjang lebar, TB sebenarnya nak share dengan korang tentang 2 produk dari Suzy Honey Herbs  iaitu Set Syampu Bunga Rose & Perapi Rambut Bunga Rose Suzyhoney dan Sabun Sireh Suzy Honey Herbs .

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·
SET SYAMPU RAMBUT BUNGA ROSE 
& PERAPI RAMBUT BUNGA ROSE
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·


Partama sekali TB nak cerita tentang syampu dulu yea..  Haaa.. TB ni ada masalah rambut berkelemumur dan kulit kepala berminyak, dah cuba macam-macam syampu tapi tak serasi.. Sampailah jumpa satu syampu tu TB rasa sesuai dengan TB dan takut pula nak cuba syampu-syampu lain dipasaran,

Namun bila tengok Set Syampu dan Perapi Bunga Rose dari Suzyhoney herbs TB rasa tertarik nak mencuba sebab tahu bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan syampu ni adalah dari bahan semulajadi.. So, TB tak risau sangat sebab sure serasi dengan kulit sensitif TB ni kan.. 
MASALAH RAMBUT SELESAI DENGAN
SYAMPU BUNGA ROSE & PERAPI BUNGA ROSE SUZYHONEY
Dan setelah berberapa kali TB guna set ni.. TB rasa best sangat sebab kulit kepala dah tak berminyak sangat macam sebelum ni dan tak rasa gatal-gatal seperti selalu, dan paling penting masa mandi tu rasa sejuk je kepala, nak pulak lepas mandi tu wangi sangat rambut TB .. terasia macam satu badan bau bunga rose pulak...hahaha.. 

So.. TB suka Set Syampu Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose   ni.. lagipun serasi dengan kulit kepala TB.. Fuh.. nasib baik.. lega la kan.. sebab sebelum ni pernah lah cuba-cuba syampu lain, kulit kepala jadi makin kering dan berkelemumur.. tapi yang ni tak macam tu .. bagus.. Alhamdulillah.. 

Isi kandungan dalam SET SYAMPU RAMBUT BUNGA ROSE & PERAPI RAMBUT BUNGA ROSE ni ialah 100ml setiap botol dan absolutely 100% Natural yea!

Formula Terbaik Set Syampu Rambut Bunga Rose dan Perapi Bunga Rose ini di adunkan dengan campuran Pati Essential Oil Premium bagi mengekalkan kesegaran dan haruman rambut .

Kandungan yang terdapat dalam Set Syampu Rose dan Perapi Rose ini ialah :

  • Virgin coconut oil
  • Rosehip oil 
  • Peppermint oil
  • Kaffirlime EO
  • Rosemary EO

Khasiat dan kelebihan :

  • Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut .
  • Mengelakkan keguguran rambut
  • Sesuai untuk masalah kelemumur
  • Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala.
  • Memberi haruman bauan Bunga Rose yang menyegarkan mengelakkan bauan hapak.
  • Sesuai untuk rambut nipis dan kering

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·
SABUN SIREH SUZY HONEY HERBS 
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·



Sabun Sireh Suzy Honey Herbs di hasilkan 100% dari daun sireh asli dan berkhasiat dalam membantu merawat :

  • Menghilangkan bau badan dan bahagian keintiman wanita.
  • Menegangkan otot Vagina
  • Merawat keputihan.
  • Merawat masalah jerawat badan.
  • Menegang dan melicinkan kulit badan.
  • Bertindak sebagai antiseptik mematikan kuman.
  • Menghilangkan gatal -gatal kulit.

Haa.. TB dah try sabun Sireh ni .. bila basuh muka dengan sabun sireh ni ada bau sireh yang kuat mungkin sebab kandungan sirehnya yang mantop dalam sabun ni kan.. So, untuk bahagian wajah TB pakai sikit je buih sabun ni dan TB rasa kulit TB macam tegang je lepas guna sabun ni..

Begitu juga pada badan.. haa.. kulit rasa tegang dan anjal.. mungkin sebab sirih tu punya khasiat yang bertindak menegangkan kulit.. Takpe.. korang boleh try beli dan cuba sebab TB tak reti nak citer rasa best guna sabun ni.. hehe..

Oh ya.. bukan sabun sirih ni je yang ada dijual tau, malah ada banyak lagi sabun yang dikeluarkan oleh Suzy honey herbs ni antaranya ialah Sabun herba seperti Sabun Daun Gelenggang, Sabun Neem atau Daun Semambu, Sabun Kunyit, Sabun Kopi Skrup, Sabun Mewangi Suzy Honey, Sabun Aura Suzy Honey dan Sabun Daun Bidara

Dan selain itu Suzy Honey herbs juga mengeluarkan Syampu dan Perapi Herba untuk rawatan rambut yang bermasalah serta, juga ada jamu dan masker yang sudah tentunya dibuat dengan bahan semulajadi yang menggunakan herba terpilih dan yang paling penting Suzy Honey Herbs ni adalah produk tempatan yang 100℅ asli tanpa kimia serta produk Muslim yang diyakini Halal.

Oh ya.. lupa nak cerita.. Bagi wanita yang semenangnya memilih untuk menjalani tempoh berpantang secara tradisional, tapi tak tahu mana nak dapatkan set herba berpantang, haaa.. Suzy honey Herbs juga ada mengeluarkan set herba selepas bersalin yang sangat baik untuk memperbaiki dalaman wanita selepas bersalin.. cubalah!

Ok lah.. sebelum terlupa TB nak bagi tahu harga untuk Set Syampu dan perapi Bunga Rose diatas ialah RM55 sahaja satu set.. dan kalau nak beli sabun Sireh tu pulak harganya hanyalah RM18 sahaja yea.. tahan lama.. dan berbau wangi je badan..

Oh ya.. sabun-sabun yang TB senaraikan diatas harga tak sama yea.. Sabun-sabun herba Suzy Honey Herbs berharga RM 18 sahaja setiap buku . Cuma Sabun Aura dan Sabun mewangi tu lain harga .

TB rasa tertarik nak mencuba Sabun Aura dan Sabun Mewangi yang berharga RM 25 tu.. Tapi nantilah TB survey-survey kat website dibawah ni .. hehe.. 

Laman web : 
www.suzyhoney.com




Untuk yang berminat menjadi dropship dan agent juga amat di alu-alukan dengan menghubungi ADMIN dari mana-mana pautan di atas

atau boleh terus contact / WhatsApp: 
016-4229686

#produkreview
#homemade
#sabunorganik #setsyampudanperapirambutbungarose #syampudanperapibungarose #syampubungarosesuzyhoney #perapibungarossuzyhoney #sabunsirehsuzyhoneyherbs
#lifestyleblogger
#beautyblogger
#bloggerMY
#bloggermalaysia
#jamutradisional
#suzyhoneyherbs #reviewsuzyhoneyherbs
#sabunorganik
#jamutradisional
#suzyhoneyherbs
#reviewsuzyhoneyherbs 





Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

22 ulasan:

  1. byk dah bc review ttg produk ni..mmg tertarik sungguh..

    BalasPadam
  2. Mesti bau dia wangi kannnn. Sebab diperbuat dari bunga ros.

    BalasPadam
  3. review pun macam best je...ingat nak try jugak la

    BalasPadam
  4. mesti best bau syampoo ni kan...

    BalasPadam
  5. Ruby suka bau bunga-bungaan ni. Terutama bau bunga ros. Nanti bleh cuba. Ulasan akak lengkap. Bagus bagus.

    BalasPadam
  6. Btul... Syampu dia best sgt... Mslh kt rmbut pon dh kurg sikit dr yg dulu2... Mmg disarankan utk yg nk try produk homemade ni

    BalasPadam
  7. Bestnya dapat set shampoo, bau bunga ros mesti wangikan

    BalasPadam
  8. Suka dengan rangkaian produk SuzyHoney ni...

    BalasPadam
  9. Macam-macam jenama produk baru. Tapi yang ni 1st time dengar. Macam best jer.

    BalasPadam
  10. ramai kata produk ni bagus nak kena cari gak ni

    BalasPadam
  11. Wahhh shampoo tu bau bunga rose, mesti best ni... bagusnya produk Suzyhoney ni guna bahan organik .

    BalasPadam
  12. Bestnya. Bila organic Ingredients ni, barulah tak ragu2 nak guna. Menarik produk ni. Harga pun sangat berpatutan. Nak kena cuba ni

    BalasPadam
  13. Macam mana lah agaknya bau sabun sireh tu yer. Tertanya-tanya dibuatnya. Suka lh tgok produk2 skrg semuanya organic based. Baru rasa selamat nk guna

    BalasPadam
  14. waaaaa.. mesti wangi ni.. :)

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Ampunkan Dosaku
    2. Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

    BalasPadam
  15. Ramai yang ana baca bagi good feedback tentang produk suzyhoneyherb ni especially syampoo dia. Semua bahan2 yg digunakan sangat baik dan berkualiti. Mesti rambut bau rose kan lepas tu. Segar dan wangi he.

    BalasPadam
  16. Nak try la set syampu dan perapi bunga rose tuh utk rambut.

    BalasPadam
  17. memang dari unga ros ke bahan2 die sis

    BalasPadam
  18. Macam best je produk suzyhoney ni. Mana tau boleh atasi masalah kelumumur ni. Dah jenuh dah cari shampoo yang sesuai

    BalasPadam
  19. mesti wangi bau syampu ni kan.. bolehlah try set syampu dan perapi bunga ros tu untuk atasi masalah rambut berkelemumur

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  20. Kan butang.. Syok pakai produk dari suzy herbs ni.. Zaza pakai yg sabun aura tu.. Blh naikkan seri hehe.. Hari2 mandi pakai sabun ni..

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile