Innity 1

Nuff

20 Februari 2018

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN MEMBANTU MENGHINDARI KUMAN DAN BAKTERIA


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN MEMBANTU MENGHINDARI KUMAN DAN BAKTERIA

Hai.. Hari ni TB nak share tentang satu produk baru dari jenama AIKEN. Pastinya ramai yang kenal jenama AIKEN ni kan sebab jenama ni dah lama di pasaran sejak turun temurun lagi. AIKEN adalah jenama dipercayai yang menawarkan rangkaian lengkap produk antibakteria untuk gaya hidup yang sihat dan bersih buat seisi keluarga.

Produk AIKEN ni terdiri daripada Rangkaian Krim Mandian Antibakteria AIKEN , Rangkaian Produk Berubat AIKEN , Rangkaian Penjagaan Kulit AIKEN (Minyak Tea Tree) , Perlindungan Matahari AIKEN , malah rangkaian produk khusus untuk Penjagaaan Kaki AIKEN pun ada yea! ,

dan terbaru TB nak cerita ni ialah AIKEN ANTI BACTERIAL WIPES, EXTRA PROTECTION


BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.


AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN
MEMBANTU MENGHINDARI KUMAN DAN BAKTERIA

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda. 

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN 
– PERLINDUNGAN EKSTRA

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN 
– PELEMBAPAN EKSTRA

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.



Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

13 ulasan:

  1. Akak memang standby tisu lembab pelbagai jenama tukar2 letak kat opis, rumah dan handbag..senang guna..kadang orang nampak pelik ngan akak...psst..cuci dapur pun akak guna tisu lembap tau..tp jenama yang kat econsave la..hehehe...well jenama Aiken ni tak pernah guna lagi..bleh cari ni

    BalasPadam
  2. Wet tissue ni memang kena standby dalam bag. Especially untuk orang yang ada anak kecik ni. Senang kalau pergi dekat tempat awam atau kedai makan. Boleh lap dulu kalau kita rasa tak bersih.

    BalasPadam
  3. Saya suka juga gunakan Aiken ni. Rasa lembut pada kulit dan senang juga nak bawa ke mana-mana. Harganya pun taklah mahal sangat dan yang penting, lebih daripada membersih, dia melindungi kita daripada antibakteria. :D

    BalasPadam
  4. My mom actually uses this...I kinda like to use it too...so far no allergic reactions ^^

    BalasPadam
  5. Memang convenience sgt tisu lembab aiken nie. Mudah dibawa kemana2. Dan sangat berguna. Wangi pon wangi. Suka !

    BalasPadam
  6. Ada anak kecil, wet tissue ni memang wajib bawa ke mana sahaja kan. Berguna sangat nak-nak masa makan..senang bersihkan diorg..lagi bagus kalau yang antibact macam Aiken ni

    BalasPadam
  7. sesuai jugak utk travel.. kecik mudah nak sumbat dlm beg

    BalasPadam
  8. jenama aiken ni mmg terkenal dgn produk cegah bakteria. bagus la sekarang dah ada wet tissue

    BalasPadam
  9. Dalam beg akak memang stanby tisu lembat dr dulu lagi. Senang kalau tempat yg tak ada air atau lps makan x ado tissu. Tak pernah lagi cuba yg Aiken ni...nanti boleh lah sis cuba

    BalasPadam
  10. Tak pernah pakai jenama Aiken ni lagi. Selalu Lia pakai tisu lembap jenama lain. Lepas ni nak bertukar lah ke tisu lembap Aiken. Memang selulu standby dalam handbag je.

    BalasPadam
  11. Hahah kita layan tesco punya... dapat free sebab beli pampers ke susu baby... Sebab selalu borong berbanyak dekat Tesco, itu pasal kot ada banyak tisu basah dekat rumah nie

    BalasPadam
  12. Mimi guna utk tanggalkan mekap.senang saja tak payah bawak makeup remover

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile