Innity 1

Nuff

14 Mac 2018

Bagaimana Nak Kemaskini MyASNB Secara Online Dirumah - Sharing Is Caring


Bagaimana Nak Kemaskini MyASNB Secara Online Dirumah - Sharing Is Caring


Pagi tadi TB ternampak post tentang Cara Bagaimana Nak Kemaskini MyASNB Secara Online Dirumah dan TB terus try buat kat online.. tapi tak boleh sebab TB tak kemaskini no fon dekat ASB lagi.. huwaaa.. tak tahu la bila nak pi kemaskininya uii.. tergantung la niat nak daftar ASB online teman ni.. So, bagi korang yang nak kemaskini MyASNB Secara Online dirumah boleh la pi kemaskini nombor fon korang dulu kat mana-mana cawangan yang berdekatan, bawa buku ASB korang tu sekali yea.. Lepas tu baru korang boleh pergi ke step seterusnya seperti dibawah ni..

Oh ya.. tujuan kena daftar no fon korang tu sebab nanti masa daftar online kat website MyASNB ni ada banyak TAC yang akan di send ke nombor fon korang untuk tujuan verification (untuk keselamatan) .. Macam Maybank2u , CimbClick la .. tau kan.. ada request tac semua.. 

Apa-apa pun TB kena juga letak Step-step ni disini sebab TB ni pelupa.. nanti TB nak cari balik step ni.. tak jumpa pulak.. memang ada kot step lain tapi yang ni nampak mudah.. TB akan pilih yang ni je.. Thank You buat bro Zaidi Zakaria  sebab sudi share benda ni.. dan bagi izin kami share juga.


Jom kita Baca Cara Bagaimana Nak Kemaskini MyASNB Secara Online Dirumah



Tutorial step by step register secara online depan phone.


NoteSecurity
Pastikan masuk ada "https:'//" warna hijau. Huruf "s" untuk security lebih selamat. Contoh seperti dalam gambar.

Jika ada pertanyaan atau pengesahan boleh call customer service 03-80268101

Sila pilih Google Chrome. Bukan "Google PlayStore" .. 

Step 1 
Kemudian klik kotak sebelah kanan atas.


Step 2 
Klik "Daftar di sini".


Step 3 
Baca langkah dan arahan tertera. Dah habis, klik "TERUSKAN".

Step 4 
Baca terma dan syarat MyASNB dan klik kotak kecil seperti dalam gambar.
Kemudian teruskan klik "SETUJU".

Step 5
+ Pilih Jenis Kad Pengenalan.
+ Masukan number Kad pengenalan. Jika pilih "IC baru".
+ Pilih Amanah Saham Bumiputera.

Step 6 
Masukan 6digit Code diterima pada no phone telah berdaftar. Anda akan terima 6digit kode dekat msg dari sistem.

Contoh msg
RM0.00 MyASNB Portal: Online Registration. TAC is 929422. Exp by 15/02/18, 03:20 PM MYT

NotaKata
++++++
No phone dalam kotak autogenerate, selepas anda kemaskini dicawangan yang berdekatan.
Macam saya kemaskini dekat Maybank, bawa buku ASNB sekali pergi dekat kaunter.

Step 7 
Maklumat Log Masuk.
+Masukkan ID dan emel. Sebaik baik save dekat noted

Soalan Keselamatan.
+Bahagian Frasa Keselamatan masukkan kata semangat atau doa. Contoh "ZaidiSukses" setiap kali log in nampak, saya akan Motivated.
Seterusnya jawab 3 soalan keselamatan. Next

Step 8 
Masukan kata laluan anda terima pada phone. Kode ini rahsia
Dan masuk kata laluan anda.
Dekat sini agak komplex sedikit. Buat dengan tenang yer

Step 9
Masuk kan ID yang anda Register tadi, kemudian akan terpapar perkataan anda taip tadi yang saya beri contoh "ZaidiSukses".

Jika keluar perkataan selain dari anda taip tadi, 
Maksud nya ID anda salah mungkin huruf atau Kecil atau besar.

Sebab itu saya sarangkan save pada noted
Anda perlu pilih klik "Lupa ID pengguna"
Next masuk kan "kata laluan


Step 10 
Tadaaa.. Dah siap
Dah boleh cek online lepas nie
Tak payah dah nak keluar duit tu. Masuk dan tambah dan tambah lagi simpanan
 

Credit to : 




Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

1 ulasan:

  1. Dah lama buka.senang je nak daftar online kan.janji igt id n pwd.x ingat abislah

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile