TERBARU!! DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran
Buat Lelaki Aktif


Jenama Dashing ni  jenama produk penjagaan diri lelaki yang memang telah lama berada dipasaran dunia dan dikenali ramai, so TB tak perlu lah nak terangkan lebih-lebih tentang jenama Dashing ni kan.. Sebelum ni TB ada share entri tentang MENANGI PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE MANCHESTER UK BERSAMA DASHING tu kan.. tak tahulah siapa yang bertuah memenangi hadiah tu kan.. TB pun tak tinjau lagi siapa pemenangnya.. Tahniah la yea.. 

Opsss.. TB sebenarnya nak cerita tentang produk wangian terbaru yang Limited Edition dari Dashing ni, di tangan TB ni ada 2 set iaitu Golden Boot dan Hitman, dua-dua ni dari range terbaru Dashing iaitu Dashing Sport

Hubby TB yang sememangnya sebelum ni menggunakan Deodorant Spray Dashing, memang peminat setia brand Dashing ni.. sebab dia sukakan ketahanan baunya yang buat rasa segar sampai ke malam katanya.. wangian EDT nya yang disembur sedikit sahaja ibarat macam pakai berkali-kali sembur wanginya weh.. haha.. so, jimat di situ kan,.. tak perlu spray banyak kali dah bau wangi..

Manakala semburan deodorant spray tu pula kata hubby memang terbukti tahan 24 jam tau.. Kalau macam untuk mereka yang selalu stay back and balik lewat dari tempat kerja tu.. kalau tak sempat mandi dan risau bau badan kuat.. boleh la spray deodorant ni sikit.. bagi rasa fresh je walaupun lambat lagi nak habis kerja nya.. huhu..

Ok lah.. jom kita baca info selebihnya tentang produk baru dan Limited Edition dari Dashing ni.. 



DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT.

Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya. 

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 


Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian. 

Memahami keperluan lelaki aktif untuk berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick


Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. 

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.


Rangkaian produk DASHING Sport 
 boleh didapati dalam 2 variasi; 
Hitman dan Golden Boot.

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml


Layari link dibawah ni untuk info selanjutnya:

Website

Facebook

Instagram




6 Ulasan

  1. Abg Sally suka Hitman katanya...sbb bau fresh!

    BalasPadam
  2. Deodarant ni benda wajib pakai.. elok cari yang perlindungan nya tahan lama macam ni..

    BalasPadam
  3. Wah dashing dah ada produk baru.packaging menarik tau

    BalasPadam
  4. Dashing ni memang sedap baunya, bagus yg kaki sukan atau bersenam takdelah bau peluh kuat

    BalasPadam
  5. Wa.. packing terbaru.. lg vouge. Leh la bk buay hafiah birthday

    BalasPadam
  6. Ddy dorang pakai brand ni juga. Ni ada yang baru ye. Boleh la bgthu nti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama