CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES - KERIANGAN TANPA HENTI


CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES 
- KERIANGAN TANPA HENTI 


Haiii.. Cak.. Haa.. Ni TB nak bercerita tentang produk dari Carrie Junior yang menjadi produk kesukaan TB untuk Harraz.. Haaa.. Selain Mandian, Bedak, dan Syampu.. Carrie Junior juga ada mengeluarkan Tisu Basah yang best sangat digunakan untuk baby mahupun seisi keluarga kerana ia Hypoallerrgenic, Tiada Alkohol, Tiada Paraben, Tiada Formaldehyde dan PAPB & MIT Free (yang ni kena google apa maksud dia.. tapi bagi TB mungkin la kategori bahan yang tidak elok ada pada setiap produk kan..



Haaa.. seperti yang TB kata tadi Produk dari Carrie Junior ni memang terbaik.. Kebetulan TB memang nak restock tisu basah untuk keperluan TB di rumah dan di luar.. TB memang sentiasa sediakan satu pek khas tisu basah letak dalam beg untuk kegunaan semasa diperlukan contohnya masa pergi makan kat satu kedai makan baru-baru ni.. Harraz kami letak dalam kerusi baby.. tapi kerusi tu macam berhabuk dan agak kotor..so.. penyelamat TB adalah tisu basah Carrie Junior ni lah.. hehehe.. apa nama dia? haaa.. Semestinya Carrie Junior Funtime Wipes lah..

KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU 

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.

Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.


Smoothie Berries


Cheeky Cherry

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.


Senangnya nak bawa ke mana-mana, letak dalam beg aje.. 
saiznya kecil dan mudah dibawa.. 

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari :-


Website


Facebook Page :


17 Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Baru Sal tahu Carrie Juniors ada wipes..kena try gak la ni..nampak macam best

    BalasPadam
  3. Benda wajib bawak kalau keluar rumah...

    BalasPadam
  4. Antara barang wajib ada dalam beg. Senang in case air takde nak lap tangan semua. Ana suka funtime wipes ni sebab wangi. Anak ana pun suka bau dia.

    BalasPadam
  5. Carrie Junior pun dah ada tisu lembap kan. Walaupun Kak Sue tak ada anak kecik tapi harus ada dalam bag tisu lembap nie. Bukan apa senang nak lap tangan ke apa..

    BalasPadam
  6. Samalah akak pun wet tissue ni memang kena ada standby dalam beg

    BalasPadam
  7. Carrie Junior dah keluarkan wet tissue lah...color pun meriah,kalau saya memang wajib bawak wet tissue ni

    BalasPadam
  8. senang kan boleh bw kemana2..comel je tisu dia..budak2 mesti suka jugak

    BalasPadam
  9. wet tissue pun salah satu benda wajib ada dalam beg sy...hehehe

    BalasPadam
  10. memang wajib ada wet tisu dalam bag. Banyak kegunaannya

    BalasPadam
  11. Wipes is one of the important things in my bag. LOL!! and this looks really nice eye-catchy.

    BalasPadam
  12. I dont know much of these product but i believe wipes is most important and the looks are very attractive to kids.. regards from Quora Gaffer

    BalasPadam
  13. comel je kan packaging baby wipe carrie junior ni. kanak-kanak pun suka kalau mcm ni.

    BalasPadam
  14. Bestnya wipes csrrie junior.boleh try beli lepas nih

    BalasPadam
  15. I don't have a baby but I'm a huge fan of baby wipes! It is so convenient to use and I like the unscented one.

    BalasPadam
  16. The packaging is so cute and colorful. My children love to use wet wipes.

    BalasPadam
  17. I'm really no idea they have wipes! How's the price?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama