adseng

Nuff

26 Mac 2018

SENSEZ BEAUTY - PRODUK YANG HALAL, BERASASKAN EKSTRAK BOTANI SERTA BEBAS PARABEN & BEBAS SILIKON


SENSEZ BEAUTY - PRODUK YANG HALAL, BERASASKAN EKSTRAK BOTANI
SERTA BEBAS PARABEN & BEBAS SILIKON


Hai semua.. hari ni TB nak cepat-cepat menaip sebab si kecik masih tidur lagi tu.. so, TB ambil kesempatan ni untuk update blog yang dah berehat lama juga ni.. haha.. So, apa TB nak share dengan korang hari ni ialah tentang satu produk dari jenama Sensez Beauty iaitu produk yang diakui halal digunakan untuk seisi keluarga, berasaskan bahan botani serta Bebas Paraben & Bebas Silikon. 

Yang bestnya bau dia wangi dan segar.. Oh ya.. untuk pengetahuan korang juga.. Sensez Beauty ni mempunyai pelbagai jenis rangkaian produk termasuklah Syampu, hair treatment, gel mandian, gel pencuci tangan dan pelbagai lagi. 

Terkini mereka baru sahaja melancarkan pelbagai penjagaan rambut baru yang sudah semestinya sesauai untuk seisi keluarga kerana ia mengandungi Pro Vitamin B5,  NO PARABEN, NO SILIKON dan berasaskan Bahan Botani yang membuatkan baunya harum dan lembut je bila digunakan.. yeahh..


Terdapat 3 variasi untuk syampu terbaru dari Sensez Beauty 


i) Sensez Beauty Smooth & Shinny Hair Shampoo
(  Untuk Rambut Rosak dengan Ekstrak Timun & Lime )

  1. Menambah kelembapan rambut
  2. Memastikan kelembapan 24 jam
  3. Meningkatkan jumlah rambut
  4. Kurangkan Keguguran rambut
  5. Diperkaya dengan Vitamin B5 & Botanical Extracts
  6. Dengan Cucumber & Lime Extracts
  7. Tiada Paraben 
  8. Tiada Silikon 

ii) Sensez Beauty Scalp Protection Hair Shampoo 
( Untuk Kawalan Rambut Gugur dengan Ekstrak Tea Tree & Lemon )

Perlindungan Kulit Kepala & Menggalakkan pertumbuhan rambut sihat untuk Kawalan Rambut gugur. Diperkaya dengan Vitamin B5 & Ekstrak Botanikal serta Ekstraks Tea Tree & Lemon. Free Paraben sudah semestinya.. =)


iii) Sensez Beauty Clean & Fresh Hair Shampoo 
(Untuk Rawatan Kulit Kepala dengan Panthenol & estrak beras)

  1. Bersih & segar
  2. Diperkaya dengan Seed Protein dan Ekstrak Oryza Sativa (Beras) 
  3. Kurangkan keguguran rambut
  4. Anti kelemumur
  5. Menggalakkan pertumbuhan rambut
  6. Mencuci Secara Mendalam & Menghilangkan Minyak
  7. Diperkaya dengan Vitamin B5 & Botanical Extracts
  8. Dengan Panthenol & Ekstrak Beras
  9. Free Paraben 


Sensez Beauty Scalp Protection Hair Shampoo 

Antara ketiga-tiga diatas TB guna yang no. ii.) tu .. heee.. yang botol oren tu.. sebab rambut TB ni jenis kulit kepala yang berkelemumur dan gatal, rambut berminyak dan berbau.. So, Sensez Beauty Clean & Fresh Hair Shampoo For Scalp Treatment with Panthenol & Rice Extracts ni je lah yang sesuai untuk. Almaklumlah.. kalau nak pilih syampu mana boleh main ambil je kan.. kenalah sesuai dengan masalah kulit kepala dan rambut kita kan.. ye tak? hehehehe..

TB suka sangat bau dia tau.. lembut aje.. rambut berbau wangi.. bau Lemon dan Tea Tree.. harumm je rambut .. kulit kepala pun terasa segar je.. 

Lepas pakai syampu jangan lupa pakai hair treatment pulak yea.. untuk merawat rambut yang kering dan rapuh tu.. supaya rambut kekal berseri dan tahan lama.. kan! tugas dia sama macam perapi rambut la yea.. Cara gunanya.. lepas pakai syampu, terus letak perapi ni kat tapak tangan dan sapu pada rambut.. biarkan 2 minit lepas tu bilas lah.. Haaa.. kesannya selepas bilas ialah.rambut jadi lembut, licin dan terurus.


Hair Treatment For Dry & Brittle Hair

Ni rupa Repair Hair Treatment tu.. ia didatangkan dalam satu tiub yang mengandungi krim yang lembut dan wangi untuk merawat rambut agar kekal sihat bermaya .

Oh ya.. Seperti yang TB nyatakan diatas tadi.. selain syampu ada banyak lagi produk Sensez Beauty ni tau.. antaranya ialah :

Sensez Beauty Essential Shower Cream Series Paraben Free 380ml

Terdapat lima variasi Shower Cream yang mempunyai kandungan 380ml iaitu : 
Sensez Beauty Essential Extra Whitening Shower Cream 
Sensez Beauty Essential Smoothing Shower Cream 
Sensez Beauty Essential Brightening Shower Cream 
Sensez Beauty Essential Refreshing Shower Cream 
Sensez Beauty Essential Nourishing Shower Cream 



Sensez Beauty Essential Nourishing Shower Cream 

Yang TB sedang guna sekarang ialah Sensez Beauty Essential Nourishing Shower Cream ni.. huhu.. wangi dan lembut je bau dia tau.. segar je badan lepas mandi.. Ekstrak Goji Beries dan Oat mana taknya.. memang lembut giler la kulit.. best!


Sensez Beauty Essential Extra Whitening Shower Cream 

Hahaha.. Actually yang ni TB paling nak pakai masa mula-mula tu tau.. Sebab geram tengok ada Goats Milk dan Pearl tu.. Nak pulak dia tulis situ Extra Whitening.. amboii.. maunya gebu gebas lepas mandi kan.. hehehe.. Tapi baby harraz dah bagi bocor botol yang sticker pink tu.. so TB guna yang tu je lah.. tapi bau dia memang wangi jugak weh.. 



Sensez Beauty Essential Smoothing Shower Cream  

Ha.. Yang ni TB dah buka penutup dan hidu bau dia.. sedap jugak weh.. sebab dia bau Aloe Vera dan Centela Asiatica.. nama lain bagi pokok pegaga tak silap TB.. sebab ada gambar pegaga kat situ.. haha.. kalau salah sila maafkan yea.. Tapi TB suka gak bau dia.. wangi dan segar.. 

Sensez Beauty Essential Smoothing Shower Cream membersihkan dan melembutkan kulit kita kerana ia mengandungi kolagen, khasiat dari pokok pegaga dan Aloe Vera. Haaa.. hasil dari gabungan yang sempurna dapat memberi kita rasa tenang je setiap kali mandi dan dalam masa yang sama mandian ini dapat meningkatkan keanjalan kulit kita . bestnya kann.. Yang penting jangan lupa.. ianya Halal, Bebas Paraben, dan wangiii.. 


Sensez Beauty Antioxidant Hand Wash Series 

Haaa.. yang ni pulak ialah gel pencuci tangan, TB suka gabungan bau apple dan cucumber ni yang nyum-nyum.. haha.. Basuh tangan je ada bau apple.. memang wangi dan terasa bersih je tangan.. isi kandungannya 475ml, besar jugak.. dan semestinya best sebab pekat, picit sikti je dah cukup untuk sekali cuci tangan..


Oh ya.. yang TB guna ni Apple dan Cucumber punya variasi.. Sebenarnya ada 4 Variasi semuanya .. Jom tengok info tentang keempat-empat variasi yang ada.. 


1) Senzes Beauty Antioxidant Hand Wash Revitalizes & Soothes (Tomato & Aloe Vera)
Pencuci Tangan Antioksidan Sensez membersihkan tangan, meninggalkan kesan yang menenangkan. Sifat antioksidan tinggi. Tomato berfungsi bersama-sama dengan sifat penyembuhan kulit Aloe Vera untuk memberikan perlindungan total kepada kulit halus sambil menghilangkan bau yang menenangkan selepas dicuci.



2)Sensez Beauty Antioxidant Hand Wash Refreshes & Moisturizes (Apple & Cucumber)  
Pencuci Tangan Antioksidan Sensez membersihkan tangan anda, meninggalkan rasa kesegaran. gabungan Apple dan Timun dengan sifat penyejukan dan menenangkannya, bukan sahaja melindungi dan melembapkan kulit anda tetapi juga mengekalkan tangan anda segar dan lembut seperti sutera yang menyegarkan selepas dicuci.


3) Sensez Beauty Antioxidant Hand Wash Rehydrates & Moisturizes (Orange & Honey) 
Sensez Hand Wash Antioksidan mencuci dan melembapkan tangan anda. Gabungan kandungan antioksidan yang tinggi dan Vitamin C Orange dan kelembapan yang sangat berkesan dan manfaat penyembuhan kulit Honey melindungi dan mengekalkan tangan anda melembapkan dengan bau yang menyenangkan selepas dicuci.


4) Senzes Beauty Antioxidant Hand Wash Rejuvenates & Restores (Pomegranate & Passion Fruit) 
Sensez Hand Wash Antioxidant membersihkan tangan anda meninggalkan rasa peremajaan. Gabungan faedah antioksida dan pelembab yang tinggi untuk Delima dan Buah Passion melindungi sementara mengekalkan tangan anda lembut seperti sutera yang meremajakan selepas mencuci.

  
Sensez Beauty Anti Bacterial Perfumed Hand Gel Set

Haa.. Last sekali produk dari Sensez Beauty yang TB suka ialah Sensez Beauty Anti Bakterial atau nak lebih senang sebut Sanitizer, kalau korang nak tahu yang bestnya Sanitizer ni diperkaya dengan Vitamin E yang sememangnya dirumuskan untuk menjaga tangan kita agar  bersih, dan terhindar dari kuman disamping dapat mengekalkan kelembapan kulit tangan kita.. best kan! 

bersaiz 30ml .. comel gilerr.. senang nak bawa pi mana-mana kan! letak dalam beg tangan ke.. poket ke.. nak guna amik dan picit jer.. i likee..

Ia bertekstur macam gel.. tak melekit, tapi melembapkan tangan, so takde la kering tangan korang yea.. hehehe.. 

Haaa.. dalam kotak comel ni ada 4 variasi, baunya best-best..
Bliss Hutan (Citrus)
Ocean Bliss (Breeze Laut)
Urban Bliss (Anggur)
Country Bliss (Strawberry)

Itu dia antara produk Sensez Beauty yang TB dah cuba.. tak sabar nak cuba produk Sensez Beauty yang lain.. mesti best jugak sebab No Paraben, No Silikon, bau wangii.. 

Haaa.. Bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan produk keluaran Eco Bliss ini,  boleh lah pi beli kat Watson yea.. sebab Produk Kecantikan Sensez kini ada dijual di Watson, Farmasi Healthlane dan lain-lain. Apa-apa pun korang boleh boleh rujuk maklumat di bawah ni yea :-

Website: 

Facebook : 


Oh ya.. sebelum terlupa tu.. TB nak bagi tahu yang produk Sensez Beauty ni boleh juga korang dapati  secara terus menerus di jualan truck yang bermula dari 30 Mac 2018 sehingga 12 April 2018.  Klik link di bawah untuk melihat jadual dan lokasi jualan truck.




Related Posts

19 ulasan:

  1. First time tahu pasal produk ni , nice sharing ..

    BalasPadam
  2. X perasan plk de brand ni.. nnti nk try usha2..

    BalasPadam
  3. Tertarik pulak dengan syampunya...

    BalasPadam
  4. Selain kat jualan truck.. Kat pasaraya ada tak produk ni butang?

    BalasPadam
  5. wahhh byknya produk dia..best best besttt

    BalasPadam
  6. macam menarik je handwash dia tu..yang epal punya.. akak selalu nya kalau lepas potong ayam ke ikan ke mesti nak lumur tangan dengan limau nipis sebab hanyir..kalau lepas ni tangan bau epal pun best jugak ni..

    BalasPadam
  7. Pertama kali dengar jenama ni.memang sebelum nih tak tahu pun. Nampak menarik untuk dicuba

    BalasPadam
  8. First time dengar nama produk ni. Macam best.. nanti nak try jugaklah. Hihi

    BalasPadam
  9. Banyaknya produk sensez ni ye. Ana suka produk yang bebas paraben dan silicon. Rasa selamat je nak guna.

    BalasPadam
  10. 1st time dengar produk ni. Bagus ni bebas paraben.

    BalasPadam
  11. Uuuuu macam murah dan menarik je. Blh cuba nii

    BalasPadam
  12. Wah macam best ja produk nie, boleh lah Kak Sue pi cari kat Watsons nanti..

    BalasPadam
  13. Menarik sebab bebas paraben..banyak jugak ye produk nyer..kena try ni

    BalasPadam
  14. banyak juga ye rangkaian produk sensez ni.

    BalasPadam
  15. Bagus jugak ni, organik kan. Sekarang ni chemical banyak naw dah dlm product, nak cari yang natural je haa

    BalasPadam
  16. Menarik pulak tengok packaging dia. Bahan pun selamat digunakan, bolehlah sis cuba nanti

    BalasPadam
  17. First time dengar produk jenama ni. Packaging dia lawa dah macam produk yang berada di pasaran sana.

    BalasPadam
  18. Produk baru ke ni kak? Ada jual ke kat pasaran luar?

    BalasPadam
  19. I've not heard of Sensez Beauty but am keen to try any chemical-free products. Too bad they are not coming to Ipoh!

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile