16 Mei 2018

KAILAN IKAN MASIN TANPA IKAN MASIN? SIMPLE DAN MUDAH


KAILAN IKAN MASIN TANPA IKAN MASIN?
SIMPLE DAN MUDAH


Haaa.. kali ni TB nak share resepi macam mana nak masak Kailan Ikan Masin kalau Ikan Masinnya tak ada? Jangan risau.. ada caranya.. TB pun baru tahu yang Sayur Kailan ni tak perlu Ikan Masin pun boleh juga jadi Resepi Kailan Ikan Masin nya.. haha.. Alkisahnya hari tu masa TB nak masak Kailan Ikan Masin ni TB tak cukup bahan, Ikan Masin la apa lagi.. jenuh selongkar Peti sejuk, tak jumpa Ikan Masin nya.. so, disebabkan malam tu nak hubby nak buat Tom Yam dan TB pun nak la ada Menu gandingan dia, Kailan Ikan Masin dan Daging Goreng Kunyit..

Terus try resepi baru, letak ikan bilis pulak ganti ikan masin.. tengok-tengok hubby kata sedap dan tekak dia boleh terima.. haa.. kalau macam tu.. ok lah kan.. baik TB tepek siap-siap resepi nya kat sini takut terlupa.. kalau korang nak cuba jugak.. silakan..

Resepi Kailan Ikan Masin Tanpa Ikan Masin

Bahan - Bahan (Tumbuk Lumat): 
Bawang Merah
Bawang Putih
Ikan Bilis
Cili Padi Merah 2 biji

Bahan-Bahan lain :
Sayur Kailan
Sos Tiram x 1 sudu kecil
Sos Ikan x 1 sudu kecil ( kalau ada )
Bawang Goreng ( untuk tabur aje )

Cara-Cara :
1. Letak Minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi .
2. Dah Agak garing dan naik bau, letak sedikit air
3. Letak 1 Sudu Kecil Sos Tiram dan Sos Ikan
4. Masukkan Batang Kailan dulu sebab dia keras sikit kan.. 
5. Kemudian baru masukkan sayur Kailan kesemuanya.. goreng sekejap je.. angkat!
6. Siap! Jangan goreng lama sangat nanti sayur kecut hilang khasiatnya..



Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

2 ulasan:

  1. I like your post. It really useful with me. Thanks for sharing these useful information!
    - spotify web player

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥