adseng

Innity 1

Nuff

31 Julai 2018

SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ



SEGMEN Tambah Duit Dengan
Kerja PARTIME Dari EJULZ


Baru perasan ada Segmen untuk dijoin.. TB baru nampak Ejulz invite join segmen ni.. mujur belum terlepas.. jom korang.. hari ni last.. join Segmen Ejulz ni.. Support rakan Blogger kita.. Mana tau dalam join tu terselit rezeki korang .. menang salah satu hadiah.. haaa.. jommm! Sape nak join.. sila KLIK SINI atau klik banner atas ni yea! Good Luck semua! 

SKIN PS4 | BERKUALITI, MURAH DAN BANYAK PILIHAN!



SKIN PS4 | BERKUALITI, MURAH DAN BANYAK PILIHAN!


Amacam.. hensem tak PS4 diorang semua diatas? hensem kan? takkan korang yang ada PS4 tu nak tengok je? mestilah beli jugak kan.. sebab? sebab harga dia murah je.. RM55 je.. Nak beli Console dia je pun boleh.. ada dijual berasingan.. Korang pakai PS4 apa? haaaa... di Hypergrafix Ada Skin PS4 SLIM / FAT dan PRO Ok .. Pilih je mana-mana design korang nak di album tu.. ada lebih 1111 design.. jangan rambang mata sudah! huhu.. Ok apa lagi..  jom terjah yea..

Haaa.. Yang dalam gambar ni salah satu Skin yang Hypergrafix dah hasilkan.. cantik ke tidak??? haha.. lekaihhhh.. pi order kat mana-mana link yang TB letak kat bawah sekali ni.. paling senang.. Order kat Shopee.. lancar gituu.. !





Nak Membeli? boleh je..

77 Resipi Istimewa Air Fryer dan Pressure Cooker by Chef Hanieliza


77 Resipi Istimewa Air Fryer dan
Pressure Cooker by Chef Hanieliza


Haaa.. Kalau Siapa yang ada Air Fryer tu, mesti kadang-kadang buntu juga nak masak apa kan.. Sebelum ni takde Air Fryer konon macam-macam di fikiran nak masak itu ini tapi bila barang dah ada depan mata.. jadi blur sat.. hahaha.. haaa.. hangan blur-blur.. jom beli Buku Resepi Istimewa Air Fryer ni mommy-mommy uuiiii... 


Takde idea terus pun takpe, sebab kat dalam buku ni ada macam-macam idea resepi guna Air Fryer tu.. terbaik kan! Resepi ni adalah dari Chef popular Chef Hanieliza kita.. ha.. apa lagi.. meh meh cepat.. beli buku resepi ni.. murah sangat RM25 je.. terus place order tau.. klik je SINI ..



Kalau nak beli Buku Resepi Istimewa Pressure Cooker pulak.. boleh klik kat SINI



Haaa.. kalau nak lagi best boleh order COMBO teruss.. lagi untung uii.. Beli Buku Resepi Istimewa Air Fryer dan Buku Resepi Istimewa Pressure Cooker dengan harga rm45 aje uiii.... lagi untung tau!! klik aje kat link ni ---> COMBO


28 Julai 2018

RESEPI CHICKEN BONE BROTH OLEH AZIZAH BT MOHD ZAN


RESEPI CHICKEN BONE BROTH
OLEH AZIZAH BT MOHD ZAN

Hai.. Assalammualaikum semua.. Hari ni TB nak share tentang  Resepi Chicken Bone Broth iaitu masakan yang sesuai untuk Up kan Antibodi anak-anak kita. Sejujurnya TB hanya pernah buat sekali je hari tu.. masa umur harraz 11 bulan kalau tak silap TB. Lepas tu TB dah tak buat.. huhu... sebab malas nak tunggu reneh sampai 4-5 jam tu kan.. Tapi bila tengok resepi kak Azizah ni rasa nak buat balik je.. elok untuk up kan sistem imun / antibodi anak-anak kalau kita amalkan.. tak perlu lagi antibiotik klinik.. 

Haaa.. TB share kan kat sini Resepi Kak Azizah ni, kot ibu-ibu nak try ke.. tambah-tambah musim HFMD ni.. elok kita kuatkan sistem imun anak-anak kita.. 


KUATKAN ANTIBODI ANAK &
BRAIN FOOD YANG BAIK 
Resepi Chicken Bone Broth By Azizah Bt Mohd Zan
Projek chicken bone broth untuk si kecil saya sebenarnya ni, dalam misi nak naik berat badan anak, juga up kan antibodi badan. So ini lah yang terbaik. Senang sahaja buatnya, yang penting ianya MURAH, SENANG & SIMPLE.

Jom tengok apa kebaikan bone broth ni, biasanya yang utama kita maklum ia adalah untuk KUATKAN ANTIBODI ANAK. Immune system mereka, jadi jarang jatuh sakit, bila sakit demam ke apa cepat sembuh inshaaAllah.

Lagi best bila cakap ia adalah BRAIN FOOD yang baik untuk anak. Dari baby kita dah boleh bagi bone broth ni, sebagai NATURAL MSG kepada bayi, makanan mereka jadi sedap, lagi berselera lah nak makan. Gula dan garam adalah sangat berbahaya untuk anak bawah 1 tahun terutamanya sebab ginjal merkea perlu kerja keras berganda-ganda.

Ia juga PUNCA LEMAK BAIK, jadi sesiapa yang dalam misi nak tambahkan berat anak/bayi memang patut buat cbb ni. Hasilnya nanti kita boleh lihat minyak dari kulit kaki ayam timbul & cbb yang seakan jelly.


Bahan utama yang wajib ada:
1. Tulang (boleh guna kaki ayam, tulang rangka ayam, tulang lembu, tulang kambing) 
2. Air
3. Mild acid

*Yang lain-lain tambahan tu optional, nak tambah bole, bagi rasa sedap.


Periuk yang sesuai :
  1. Periuk kaca
  2. Periuk tanah
  3. Ceramic
  4. Stainless steel

* Periuk aluminium & non stick tak boleh guna sebab ia akan bertindak balas dengan acid dan jadi toksik. Aluminium pula larut akan jadi racun

* Rice cooker boleh guna jika inner pot dia bukan aluminium. Tapi kebiasaannya rice cooker guna aluminium. Jadi elakkan.

Tempoh masak:
Renih lagi lama lagi berkhasiat,guna api kecil

✅ dapur biasa 4-5 jam
✅ slow cooker 7-8jam
✅ pressure cooker 1 jam (cuma kena make sure inner pot dari stainless steel)

Mild Acid:
Boleh gunakan samada cuka (apple cider vinegar), atau lemon, atau tomato atau asam keping.
Pilih salah satu sahaja bahan masam ni.
Sukatan anggaran cuka, 1 sudu cuka = 4 cawan air.


RESEPI CHICKEN BONE BROTH 
OLEH AZIZAH BT MOHD ZAN

Bahan-Bahan
Kaki ayam (saya beli murah saja dalam rm3/rm4) dapat banyak
Rempah 4 beradik (saya add sup bunjut sebab anak dah boleh makan rempah ratus umur 11bulan)
Bawang putih
Bawang besar
Carrot
Kentang
Cellery
Daun sup
Mild acid saya letak lemon (di gambar ada tomato & asam keping juga-cuma pilih satu sahaja tak perlu letak semua)
air

Cara-Cara :
  1. Renih dengan api kecil 4-5 jam, saya guna periuk kaca.
  2. Tambah air dari masa ke semasa
  3. Bila siap, keluarkan dan tapis, ambil air nya sahaja.
  4. Masukkan dalam bekas ais kiub, bekukan dalam freezer. Tahan 1 bulan. Nak guna ambil sahaja beberapa kiub masukkan dalam bubur baby, buat sup, buat biskut baby pun boleh.
  5. Rasanya sedap sangat dah macam bergaram lemak semua cukup. Saya buat bihun sup esoknya, licin anak makan.




Selamat mencuba!

Thank You buat Kak Azizah kerana sudi Share Resepi ni .. Ada banyak lagi resepi di Wall Kak Azizah.. jom kita terjah!.. =) .. Oh ya.. Nak beli Natural BABY BALM ? boleh dapatkan dekat kak Azizah ni jugak ye.. 


Credit :
Resepi dan Gambar




17 Julai 2018

LUNAVIE BABY ELECTRIC NAIL TRIMMER YANG MUDAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN PADA BAYI


LUNAVIE BABY ELECTRIC NAIL TRIMMER
YANG MUDAH DAN SELAMAT
DIGUNAKAN PADA BAYI


Hai semua.. TB baru nak bercerita pasal raya tetiba raya dah habis.. hahahaha.. Ok takpelah.. nanti TB buat entri throwback ajelah kalau rajin.. itupun kalau korang nak baca.. wakakaka.. Haa.. disebabkan raya pun dha habis.. TB pun dah tak tahu nak up cerita apa, apa kata TB share tentang gadget baby yang comel dan sangat berguna dari Lunavie ni? Kenal lunavie tak? Sebelum ni TB ada up cerita tentang Home-Travel Lunavie Bottle Warmer? Korang ada baca tak? Haaa.. kalau belum baca.. boleh klik SINI yea.. pastu gerenti mommy-mommy semua akan tertarik nak beli sebab memang sangat-sangat berguna untuk kemudahan mommy-mommy dan baby serta seisi keluarga.. haha..

Lunavie Baby Electric Nail Trimmer

Tapi Hari ni TB nak cerita lagi satu produk dari Lunavie iaiatu Lunavie Baby Electric Nail Trimmer adalah peranti mudah alih yang ringan yang membolehkan mommy-mommy men "trim" kuku bayi dengan cepat, mudah dan selamat. Lunavie Baby Electric Nail Trimmer ni membolehkan kita trim/menggilap kuku kaki dan kuku tangan dengan cara penggilingan elektrik dan bukan cara pemotongan tradisional.


Ia dilengkapi dengan tiga kusyen pad untuk bayi dan tiga lagi kusyen pad / kepala untuk dewasa,  haaa.. dewasa pun boleh guna ye? haha.. menarik kan! Ianya kerana masing-masing telah direka khas untuk peringkat pertumbuhan bayi korang yang berbeza. So, kalau orang dewasa nak gunakan pun tak salah..

Oh ya.. Lunavie Baby Electric Nail Trimmer tidak menyakiti bayi kita sama sekali, walaupun kita secara tidak sengaja menyentuh kulitnya dengan permukaannya. TB suka ini, dan mommy-mommy semua pun mesti suka! Betul tak?

Jom kita tengok Kelebihan-Kelebihan Lunavie Baby Electric Nail Trimmer ni ..
   

Tengok tu.. Ia Menggunakan Powerful Motor, So.. Kerja trim kuku jadi lancar tanpa sangkut-sangkut dan ia juga tidak bergegar kuat sebab ianya Low Vibration.. Haa.. paling best sebab ianya tak berat.. ringan aje korang weh.. haha.. sebab memang diciptakan sekali bersama kelebihannya iaitu Ultra-Quiet Design .. So, tak la berat kalau nak bawak travel tau!


Lampu LED: Ia dilengkapi dengan lampu LED depan

Haaa.. lagi satu.. dekat hujung dia tu ada lampu LED yang boleh suluh bahagian kuku bayi kita masa nak trim tu.. kot la pencahayaan kurang kat rumah korang, kot la nak potong kuku waktu malam ke.. walaupun sebenarnya tak digalakkan potong kuku sebelah malam kann.. 

Tapi Kalau dah terdesak sangat sebab baby asik cakar muka, boleh lah buat malam hari.. dan pastinya LED light ini sangatlah membantu korang kan.. kerja-kerja men trim kuku bayi jadi lebih mudah kalau cukup cahaya nak tengok kuku bayi korang, betul tak?? Hoho.. please jangan trim atau potong kuku bayi dalam cahaya gelap ok! bahaya! takut terpotong isi.. fuhh.. seriauu!


4 Tetapan Kelajuan: Terdapat 4 kelajuan (tinggi / rendah) dan corak berputar (mengikut arah jam / lawan jam). 

Dilengkapi dengan 4 Speed yang korang boleh pilih iaitu D2 (Ikut Putaran Jam Berkelajuan Tinggi) , D1 ( Ikut Putaran Jam Berkelajuan Rendah), G1 (Ikut Putaran Arah Lawan Jam Berkelajuan Tinggi) , G2 (Ikut Putaran Arah Lawan Jam Berkelajuan Rendah), Haaa..  ikut kesesuaian korang lah yea masa nak guna tu kan.. Lupa pulak.. yang 0 tu untuk off kan.. Sangat mudah nak mengendalikannya.. 

6 dalam 1 Reka bentuk: Ia datang dengan 6 kepala pengisaran yang berlainan.

Haaa.. Nampak tak kepala macam kusyen dan pengisar diatas? Inilah dia kepala yang boleh di tukar-tukar tu ikut kesesuaian umur bayi / pengguna . Jangan risau.. ia selamat digunakan untuk bayi korang kerana ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada kutikel bayi atau permukaan kuku yang lembut.


CARA-CARA NAK GUNA :


Haaa.. Jom tengok cara-cara nak gunanya kot korang masih belum dapat gambarannya kan.. kalau masih tak faham nanti tengok je video TB di Channel Youtube TB tutorial cara nak guna alat ni.. hehehe.. Senang sangat weh.. janji pastikan korang dah sediakan Bateri AA 2 biji untuk bagi alat ni berfungsi sebab alat ni menggunakan kuasa bateri.. 




Ciri-ciri Lunavie Baby Electric Nail Trimmer  :
  1. Keselamatan: Ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada kutikel bayi atau katil kuku yang lembut.
  2. 6 dalam 1 Reka bentuk: Ia datang dengan 6 kepala pengisaran yang berlainan.
  3. Tenang: Ia dilengkapi dengan motor yang tenang, yang membolehkan anda memangkas dan menggilas kuku kaki atau kuku secara senyap-senyap.
  4. Lampu LED: Ia dilengkapi dengan lampu LED depan.
  5. 4 Tetapan Kelajuan: Terdapat 4 kelajuan (tinggi / rendah) dan corak berputar (mengikut arah jam / lawan jam).

Awas:
  1. Jauhi dari kanak-kanak.
  2. Jika anda tidak menggunakan produk ini untuk masa yang lama, sila ambil bateri.
  3. Jangan buka dan ubah produk.
  4. Jangan letakkan produk ini ke dalam air kerana ia akan menyebabkan kerosakan pada produk.

Spesifikasi:
  1. Bahan: ABS
  2. Dimensi: 4.5 x 3 x 13cm
  3. Bekalan Kuasa: 2 x Bateri AA
  4. Tahap Cepat: 8000rpm / min
  5. Tahap yang perlahan: 5000rpm / min
  6. Voltan: 5V
  7. Waranti: Waranti Terhad 6 Bulan

Haaa.. korang mesti berminat jugak lepas baca entri TB ni kan! Jom la dapatkan di Website Lunavie.. Korang boleh terjah dan beli di LINK INI (Sila Klik) ..

Kalau dah terjah dan beli boleh la share pengalaman dengan TB nanti yea.. hehehe.. Oh ya.. jangan lupa LIKE, FOLLOW link-link Lunavie dibawah ni ye! Terima kasih..

WEBSITE :
LUNAVIE

FB PAGE:


Opsss.. Nantikan Review TB di Channel Youtube .. TB nak ajar cara guna Lunavie Baby Electric Nail Trimmer ni.. korang tengok tau nanti.. jangan lupa subscribed sekali di Channel Tenku Butang ni yea!  Sementara tu jom tengok video unboxing TB ni ha.. KLIK SINI



Entri Lain Berkaitan Lunavie 
Yang Mommy2 Pasti Suka! 



16 Julai 2018

SKIN PS4 FAT / SLIM / PRO ADA DIJUAL DI SHOPEE


SKIN PS4 FAT / SLIM / PRO ADA DIJUAL DI SHOPEE

Hari tu TB baca banyak sangat komen-komen yang gitau tak tahu apa benda yang TB share dalam entri yang lepas tu.. Ada yang tak tahu apa kegunaan Skin yang TB iklankan hari tu.,. Haaa.. Kali ni TB sertakan sekali gambar Skin yang TB maksudkan tu.. Skin ni digunakan untuk membalut dan mencantikkan PS4 korang.. 

Kalau korang yang ada PS4 tu mesti jemu kot kalau asyik tengok hitam je PS4 korang tu kan.. Mesti terfikir nak bagi nampak lain sikit kan.. Supaya mata rasa best je tengok sebelum nak start main game tu kan..


Haaa.. yang main PS4 ni bukan ellaki je tau.. perempuan pun ada.. So, dont worry buat gegurl semua, design yang comey-comey pun ada untuk korang tau.. semuanya korang boleh tengok dekat link di bawah ni yea! ada lebih 700 design untuk di pilih...



Bagi peminat bola pun ada design jersi untuk balut PS4 korang.. haha.. apa lagi.. jom terjah.. beli kat shopee.. selamat.. takde risau apa.. INSTAGRAM HYPERGRAFIX dan PAGE HYPERGRAFIX yea! Thank You semua!

Dibawah ni TB bagi lagi contoh skin yang ada di Hypergrafix tu.. meh cuci mata dulu.. sorry gambar tu blur bukan sebab print blur.. tapi tangan orang yang snap gambar tu gigil.. hihihi.. gegar.. 










Amacam.. hensem tak PS4 diorang semua diatas? hensem kan? takkan korang yang ada PS4 tu nak tengok je? mestilah beli jugak kan.. sebab? sebab harga dia murah je.. RM55 je.. Nak beli Console dia je pun boleh.. ada dijual berasingan.. Ok .. jom terjah : 

Klik Sini untuk order ---> https://shopee.com.my/hypergrafix


Jangan Lupa LIKE sekali.. 

dan 



09 Julai 2018

SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER


SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER 

ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI! Haish.. TB dan Carrie Junior memang dah semakin sebati nampaknya.. eh.. bukan TB tapi Harraz.. hehehe.. Harraz semakin serasi dengan Carrie Junior.. Sebelum ni memang masa Harraz baby (awal-awal pakai) macam alergik sikit.. tapi bila dah lama-lama dia semakin serasi dan kulit lembut je lepas mandi guna mandian Carrie Junior ni.. Haaa.. ni TB nak share pulak tentang Syampu Rambut Kanak-Kanak Carrie Junior Odour Buster ni.. Merah gitu botol nya.. heee..



Pernah tak korang mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak korang bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala mereka berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan mereka mencuci rambut selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar. 

Penting tau kita sebagai ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa atau syampu yang kita gunakan tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun.

Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan. 

Haaa.. Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Wanginya tu alahai.. buat TB rasa nak peluk kuat-kuat harraz.. hahaha..

Jom Baca Kelebihan-Kelebihan tentang Shampoo ni.. 

Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat. 

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak.

Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz pek 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak.

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. 

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari! 

*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan 

Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi. 

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak. 


06 Julai 2018

LUNAVIE HOME-TRAVEL BOTTLE WARMER SANGAT MEMUDAHKAN IBUBAPA


LUNAVIE HOME-TRAVEL BOTTLE WARMER
SANGAT MEMUDAHKAN IBUBAPA


Hai.. hari ni Tengkubutang nak review tentang  Home-Travel Bottle Warmer dari Lunavie .. Tapi sebelum tu TB nak terangkan sedikit info tentang Lunavie ni.. haaa… Lunavie tu apa? Kalau korang nak tahu Lunavie ialah website yang ibu-ibu patut kenali dengan lebih dekat kerana di website ini Lunavie telah banyak mencipta produk untuk keperluan ibu-ibu dan mesra bayi yang boleh dipercayai untuk digunakan oleh ibu bapa dalam menguruskan bayi mereka. Lunavie menyediakan produk yang luar biasa yang banyak membantu memudahkan ibu-ibu baru semasa proses menyusukan dan mengasuh bayi. So, dengan adanya Lunavie menjadikan urusan ibu bapa lebih mudah dan berkualiti. 

Oh ya .. Lunavie ni adalah dari Caely (M) Sdn Bhd yang telah diperbadankan pada tahun 1986 dengan perniagaan utamanya dalam jualan langsung ke pakaian dalam kualiti pasaran. 

Caely (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat Caely Holding Berhad yang disenaraikan di bawah BSKL, Malaysia. Untuk terus bersaing dan menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran, Caely mempelbagaikan pelbagai produknya termasuk produk pakaian dan alatan rumah . 


Haa.. Berbalik pada produk yang TB nak ceritakan tadi, iaitu Lunavie Home-Travel Bottle Warmer ni, Haa.. bagi yang tidak pernah guna bottle warmer ni TB nyatakan lah sedikit info untuk korang baca ye..


Lunavie Home-Travel Bottle Warmer ialah alat untuk memanaskan susu dan juga untuk memanaskan makanan bayi agar perut baby selesa dengan makanan yang suam dan pastinya ibu-ibu pastinya mengelakkan dari memberi makanan/susu yang telah sejuk kepada baby mereka kerana dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada perut baby.. 


TB teruja sangat guna bottle warmer ni tau.. Dah la comel je bentuk dia, lepas tu selain boleh guna di rumah, boleh juga digunakan didalam kereta, boleh guna untuk perah Jus buah-buahan, boleh juga digunakan untuk sterilize baby accessories!  

Oh yaaa.. yang Car Use tu ada disediakan kabel penyambung untuk hidupkan bottle warmer tu didalam kereta.. ala.. cucuk kat tempat nak nyala api rokok tu.. senang kan!

So, ibu bapa pasti rasa happy sebab tiada lagi masalah kalau makanan atau susu bayi cepat sejuk.. letak je dalam warmer dan ia akan sentiasa suam dan bayi pun suka sebab kebanyakan baby suka makan / minum susu yang suam-suam kan.. macam Harraz laaa.. kalau susu atau makanan tu sejuk je.. dia “kureng” selera sikit.. tapi kalau yang suam2 tu.. bertambah-tambah makan.. heee.. berselera.. Nom Nom .. katanya.. hahaha.. 


HOME-TRAVEL LUNAVIE BOTTLE WARMER 
(Home and Car Use) 

Haaaa.. Lunavie Home-Travel Bottle Warmer ni bagus kerana ibu bapa boleh memanaskan botol susu atau bekas makanan bayi dengan selamat dan cepat. Ia membantu kita mengekalkan nutrien dan vitamin melalui proses pemanasan yang lembut. Ia boleh digunakan di rumah dan di dalam kereta. Ia berfungsi dengan atau tanpa air. Menarik kan! 

Haa.. jom kita tengok ciri-ciri produk ni : 

Ciri-ciri Produk: 
  1. Mudah - Boleh digunakan di rumah serta di dalam kereta. 
  2. Selamat: Panaskan perlahan-lahan dan perlahan-lahan. 
  3. Mudah digunakan - Tambah air dan sesuaikan tetapan. 

Sesuai untuk semua jenis botol susu bayi mahupun botol konvensional dan begitu juga bekas makanan bayi . InsyaAllah boleh fit .. hee


Lampu penunjuk - Penunjuk akan menjadi MERAH apabila digunakan DI RUMAH dan menjadi HIJAU apabila digunakan di dalam KERETA . 

Keselamatan automatik dimatikan - Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar. 


Suhu boleh laras: 
  1. 40 ° C - untuk memanaskan susu 
  2. 70 ° C - untuk memanaskan makanan bayi 
  3. 100 ° C - untuk mensterilkan aksesori makan 

Dwi-fungsi - Memanaskan & dan Mengekalkan Kepanasan makanan/susu (keep warm)

Cara Penggunaan Untuk Di Rumah





  1. Pemanasan / Heat Up : Memanaskan makanan / minuman bayi dalam 5 hingga 8 minit. 
  2. Mengekalkan Hangat / Keep Warm : Pastikan makanan / minuman sentiasa hangat. Lampu perintis akan dihidupkan semasa pemanasan. Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar. 

Cara Penggunaaan Untuk Di Dalam Kereta 
Mengekalkan Kepanasan Makanan (keep warm): Putarkan kunci ke kedudukan penggunaan kereta, pasangkan dengan cerut ringan. Letakkan botol di tempat yang lebih panas kemudian laraskan suhu supaya sentiasa hangat. Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar. 



Juicing: Masukkan juicer pada mangkuk makanan, kemudian tekan jus buah separuh pemotong. Untuk menyimpan jus, atau makanan dan minuman lain, letakkan penutup pada mangkuk makanan. 

Cara Penjagaan & Kebersihan : 
  1. Sentiasa cabut plag perkakas selepas menggunakan. 
  2. Pastikan ia sejuk sebelum membersihkan sebarang bahagian. 
  3. Lap bersih dengan kain lembap. 
  4. Descale lebih panas lebih kurang. setiap empat minggu 

Waranti: Waranti Terhad 1 Tahun
Maklumat Produk:
Voltan: 12 V Dc
Kuasa: 80 W

Ciri Keselamatan & Keselamatan: BPA-FREE
Waranti: Waranti Terhad 1 Tahun
Harga : RM109.00 

Haa.. Kalau ada sesiapa yang berminat nak beli untuk memudahkan korang bawa baby semasa travel.. boleh la pm link-link dibawh ni ye.. 

03 Julai 2018

SKIN PS4 SLIM/FAT/PRO & STICKER GO PRO HERO 5/6/2018 DI HYPERGRAFIX-SHOPEE


SKIN PS4 SLIM/FAT/PRO & STICKER GO PRO
HERO 5/ HERO 6/ HERO 2018 DI HYPERGRAFIX-SHOPEE


Haaaa.. Sebelum ni Hypergrafix hanya boleh dijumpai di Instagram, Facebook sahaja.. Tapi.. lepas ni korang boleh cari Hypergrafix di Shopee juga kerana Hypergrafix  kini telah mula memasuki Shopee dan telah menyenaraikan beberapa produknya di Shopee, antaranya ialah Skin PS4 Slim/Fat/Pro dan juga Sticker Skin Go Pro Hero 5 / Hero 6 / Hero 2018 .

Produk-produk Hypergrafix  yang lain seperti Skin SJCAM, H3R, H8R, H9R InsyaAllah akan dimasukkan juga ke dalam senarai namun perlu mengambil masa sedikit kerana kekangan masa ketyika ini dengan pelbagai aktiviti yang perlu diselesaikan.. Namun sekiranya ada yang berminat untuk melihat design-design yang ada untuk item tersebut.. boleh la terjah FB Page Hypergrafix ye.. terus order disana.. 

Oh ya.. Berita Baik untuk korang.. Sekiranya membeli Skin PS4 di Hypergrafix di Shopee ni, korang boleh dapat Poster percuma sebagai tanda penghargaan.. lawa poster tu tau! hehe.. cepat-cepat grab yea! Oh ya.. Instagram kami masih ON cuma agak slow sikit sebab fokus pada shopee lebih sikit.. 


Ni antara Skin yang ada.. ada dalam 700 design yea.. korang boleh pi cuci mata



Ni Penilaian Pelanggan.. 5 Star terus semua.. Alhamdulillah


Nak Membeli? boleh je..

KLIK SINI --> 

Instagram :

Facebook Page :



Innity Mobile