17 Julai 2018

LUNAVIE BABY ELECTRIC NAIL TRIMMER YANG MUDAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN PADA BAYI


LUNAVIE BABY ELECTRIC NAIL TRIMMER
YANG MUDAH DAN SELAMAT
DIGUNAKAN PADA BAYI


Hai semua.. TB baru nak bercerita pasal raya tetiba raya dah habis.. hahahaha.. Ok takpelah.. nanti TB buat entri throwback ajelah kalau rajin.. itupun kalau korang nak baca.. wakakaka.. Haa.. disebabkan raya pun dha habis.. TB pun dah tak tahu nak up cerita apa, apa kata TB share tentang gadget baby yang comel dan sangat berguna dari Lunavie ni? Kenal lunavie tak? Sebelum ni TB ada up cerita tentang Home-Travel Lunavie Bottle Warmer? Korang ada baca tak? Haaa.. kalau belum baca.. boleh klik SINI yea.. pastu gerenti mommy-mommy semua akan tertarik nak beli sebab memang sangat-sangat berguna untuk kemudahan mommy-mommy dan baby serta seisi keluarga.. haha..

Lunavie Baby Electric Nail Trimmer

Tapi Hari ni TB nak cerita lagi satu produk dari Lunavie iaiatu Lunavie Baby Electric Nail Trimmer adalah peranti mudah alih yang ringan yang membolehkan mommy-mommy men "trim" kuku bayi dengan cepat, mudah dan selamat. Lunavie Baby Electric Nail Trimmer ni membolehkan kita trim/menggilap kuku kaki dan kuku tangan dengan cara penggilingan elektrik dan bukan cara pemotongan tradisional.


Ia dilengkapi dengan tiga kusyen pad untuk bayi dan tiga lagi kusyen pad / kepala untuk dewasa,  haaa.. dewasa pun boleh guna ye? haha.. menarik kan! Ianya kerana masing-masing telah direka khas untuk peringkat pertumbuhan bayi korang yang berbeza. So, kalau orang dewasa nak gunakan pun tak salah..

Oh ya.. Lunavie Baby Electric Nail Trimmer tidak menyakiti bayi kita sama sekali, walaupun kita secara tidak sengaja menyentuh kulitnya dengan permukaannya. TB suka ini, dan mommy-mommy semua pun mesti suka! Betul tak?

Jom kita tengok Kelebihan-Kelebihan Lunavie Baby Electric Nail Trimmer ni ..
   

Tengok tu.. Ia Menggunakan Powerful Motor, So.. Kerja trim kuku jadi lancar tanpa sangkut-sangkut dan ia juga tidak bergegar kuat sebab ianya Low Vibration.. Haa.. paling best sebab ianya tak berat.. ringan aje korang weh.. haha.. sebab memang diciptakan sekali bersama kelebihannya iaitu Ultra-Quiet Design .. So, tak la berat kalau nak bawak travel tau!


Lampu LED: Ia dilengkapi dengan lampu LED depan

Haaa.. lagi satu.. dekat hujung dia tu ada lampu LED yang boleh suluh bahagian kuku bayi kita masa nak trim tu.. kot la pencahayaan kurang kat rumah korang, kot la nak potong kuku waktu malam ke.. walaupun sebenarnya tak digalakkan potong kuku sebelah malam kann.. 

Tapi Kalau dah terdesak sangat sebab baby asik cakar muka, boleh lah buat malam hari.. dan pastinya LED light ini sangatlah membantu korang kan.. kerja-kerja men trim kuku bayi jadi lebih mudah kalau cukup cahaya nak tengok kuku bayi korang, betul tak?? Hoho.. please jangan trim atau potong kuku bayi dalam cahaya gelap ok! bahaya! takut terpotong isi.. fuhh.. seriauu!


4 Tetapan Kelajuan: Terdapat 4 kelajuan (tinggi / rendah) dan corak berputar (mengikut arah jam / lawan jam). 

Dilengkapi dengan 4 Speed yang korang boleh pilih iaitu D2 (Ikut Putaran Jam Berkelajuan Tinggi) , D1 ( Ikut Putaran Jam Berkelajuan Rendah), G1 (Ikut Putaran Arah Lawan Jam Berkelajuan Tinggi) , G2 (Ikut Putaran Arah Lawan Jam Berkelajuan Rendah), Haaa..  ikut kesesuaian korang lah yea masa nak guna tu kan.. Lupa pulak.. yang 0 tu untuk off kan.. Sangat mudah nak mengendalikannya.. 

6 dalam 1 Reka bentuk: Ia datang dengan 6 kepala pengisaran yang berlainan.

Haaa.. Nampak tak kepala macam kusyen dan pengisar diatas? Inilah dia kepala yang boleh di tukar-tukar tu ikut kesesuaian umur bayi / pengguna . Jangan risau.. ia selamat digunakan untuk bayi korang kerana ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada kutikel bayi atau permukaan kuku yang lembut.


CARA-CARA NAK GUNA :


Haaa.. Jom tengok cara-cara nak gunanya kot korang masih belum dapat gambarannya kan.. kalau masih tak faham nanti tengok je video TB di Channel Youtube TB tutorial cara nak guna alat ni.. hehehe.. Senang sangat weh.. janji pastikan korang dah sediakan Bateri AA 2 biji untuk bagi alat ni berfungsi sebab alat ni menggunakan kuasa bateri.. 




Ciri-ciri Lunavie Baby Electric Nail Trimmer  :
  1. Keselamatan: Ia tidak akan menyebabkan kerosakan pada kutikel bayi atau katil kuku yang lembut.
  2. 6 dalam 1 Reka bentuk: Ia datang dengan 6 kepala pengisaran yang berlainan.
  3. Tenang: Ia dilengkapi dengan motor yang tenang, yang membolehkan anda memangkas dan menggilas kuku kaki atau kuku secara senyap-senyap.
  4. Lampu LED: Ia dilengkapi dengan lampu LED depan.
  5. 4 Tetapan Kelajuan: Terdapat 4 kelajuan (tinggi / rendah) dan corak berputar (mengikut arah jam / lawan jam).

Awas:
  1. Jauhi dari kanak-kanak.
  2. Jika anda tidak menggunakan produk ini untuk masa yang lama, sila ambil bateri.
  3. Jangan buka dan ubah produk.
  4. Jangan letakkan produk ini ke dalam air kerana ia akan menyebabkan kerosakan pada produk.

Spesifikasi:
  1. Bahan: ABS
  2. Dimensi: 4.5 x 3 x 13cm
  3. Bekalan Kuasa: 2 x Bateri AA
  4. Tahap Cepat: 8000rpm / min
  5. Tahap yang perlahan: 5000rpm / min
  6. Voltan: 5V
  7. Waranti: Waranti Terhad 6 Bulan

Haaa.. korang mesti berminat jugak lepas baca entri TB ni kan! Jom la dapatkan di Website Lunavie.. Korang boleh terjah dan beli di LINK INI (Sila Klik) ..

Kalau dah terjah dan beli boleh la share pengalaman dengan TB nanti yea.. hehehe.. Oh ya.. jangan lupa LIKE, FOLLOW link-link Lunavie dibawah ni ye! Terima kasih..

WEBSITE :
LUNAVIE

FB PAGE:


Opsss.. Nantikan Review TB di Channel Youtube .. TB nak ajar cara guna Lunavie Baby Electric Nail Trimmer ni.. korang tengok tau nanti.. jangan lupa subscribed sekali di Channel Tenku Butang ni yea!  Sementara tu jom tengok video unboxing TB ni ha.. KLIK SINI



Entri Lain Berkaitan Lunavie 
Yang Mommy2 Pasti Suka! 




Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

17 ulasan:

  1. oh.. this is so new to me... I wish I discover this kind of product when my kids are still baby... looks good!

    BalasPadam
  2. senang guna alat ni tak ada risau terluka ke apa kan. airah tak ada baby lagi tapi suka kumpul info macam ni

    BalasPadam
  3. Wah first time tahu benda ni. Tapi baguslah sebab tak merbahaya utk baby. Datang dalam set mcm tu nampak lebih esklusif

    BalasPadam
  4. Wah.. this is so good and convenient even this won't hurt the baby fingers. Really a smart only food this who created this....

    BalasPadam
  5. Ohh kita baru tahu ada peralatan yang sangat bagus ini memudahkan kerja ibu bada nak potong kuku bayi kerana kadang-kadang kita tak tahu sejauh mana potongan kita bagus untuk kuku mereka... Nice tips...

    BalasPadam
  6. Akak ada satu. Memang senang nak potong kuku anak especially baby. Memudahkan dan tak bahayakan baby. Risau juga kalau terketip isi kuku. Dengan produk ni boleh cegah ketip isi

    BalasPadam
  7. Eh berapa harga nya ni. Duk scroll tak nampak pulak. Baguslah produk ni sebab boleh guna untuk kids & adult. Memudahkan Dan mempercepatkan urusan

    BalasPadam
  8. amboii..baby puna da treatment nail juga kan..hehee..ni orang besar boleh pakai tak..hehee..comel je..untuk kanak-kanak kan, tak kisah sampai umur berapa..boleh cari..ehhee

    BalasPadam
  9. Bagus yah produknya Lunavie Baby Electric Nail Trimmer. Hal yang paling sulit dilakukan untuk bayi seperti potong kukux sdh bisa dilakukan dgn mudah

    BalasPadam
  10. Mula mula ingat mainan tau sebab comel sangat. Rupa rupanya pengetip kuku baby. Comell je tengok.nasib baik anak anak Mimi dah besar

    BalasPadam
  11. Omg, so canggih nowadays! Ketip kuku pun dah ada this kind of automatic tools. Memang bagus untuk bayi dan their safety. Untuk dewasa ada tak? Hehehe. Nampak best je guna, mesti lagi mudah nak potong kuku.

    BalasPadam
  12. Wah! Mcm mcm ada sekarang ni. Baru tau ada alat canggih potong kuku ni utk bayi dan dewasa.

    BalasPadam
  13. Wahhh, nail trimmer. Nak potong kuku baby memang mencabar. Selalu tengok mak2 potong kuku baby time baby tidur. Itu pun kadang2 tak sempat siapkan potong semua, baby dah terjaga.

    BalasPadam
  14. perghhhhhh menarik jugak nail trimmer ni, siap ada trimmer ikut usia lagi, bagusnya... kira semua golongan boleh pakai la kan....lagi best sebab sesuai untuk bayikan...

    BalasPadam
  15. wah menariknya Lunavie Baby Electric Nail Trimmer ni, senang nak guna....

    BalasPadam
  16. menariknya lunavie trimmer ni... skrg jenama lunavie ni dah makin terkenal kan TB... stkt ni akk kita cri trimmer ni xde jual la.... kt mana ada stok ekk??

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥