SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER


SYAMPU RAMBUT KANAK-KANAK CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER 

ALAMI RAMBUT HARUM DAN SEGAR SEPANJANG HARI! Haish.. TB dan Carrie Junior memang dah semakin sebati nampaknya.. eh.. bukan TB tapi Harraz.. hehehe.. Harraz semakin serasi dengan Carrie Junior.. Sebelum ni memang masa Harraz baby (awal-awal pakai) macam alergik sikit.. tapi bila dah lama-lama dia semakin serasi dan kulit lembut je lepas mandi guna mandian Carrie Junior ni.. Haaa.. ni TB nak share pulak tentang Syampu Rambut Kanak-Kanak Carrie Junior Odour Buster ni.. Merah gitu botol nya.. heee..



Pernah tak korang mengalami bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas anak korang bermain di luar atau pulang dari sekolah? Baunya menjadi lebih teruk apabila kulit kepala mereka berminyak dan berpeluh. Satu-satunya cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan mereka mencuci rambut selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar. 

Penting tau kita sebagai ibu bapa untuk mengetahui bahawa syampu dewasa atau syampu yang kita gunakan tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun.

Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan. 

Haaa.. Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Wanginya tu alahai.. buat TB rasa nak peluk kuat-kuat harraz.. hahaha..

Jom Baca Kelebihan-Kelebihan tentang Shampoo ni.. 

Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat. 

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian. CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak.

Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz pek 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak.

Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara. 

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari! 

*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan 

Tentang CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi. 

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak. 


7 Ulasan

  1. Carrie junior antara bauan paling zaza suka..biasa suka sabun dia.. Tapi rasa lepas ni nak beli lah syampu tu hehehe.. Org besar pun boleh pakai kan 😉

    BalasPadam
  2. Anak2 kami dr kecik mmg pakai carrie jr ni...diorg suka baunya..lg2 animal elephant tu diorg suka sgt

    BalasPadam
  3. Kita suka carrie junior.. Syampoo dia wangiw juga... Ank buah kita yg bru ni pon pakai carrie junior.. Hehe..

    BalasPadam
  4. Produk carrie junior mmg always the best sejak dulu lagi.. 😀

    BalasPadam
  5. Content yang sangat bagus sekali gan,Perjuangankan terus ya,jangan lupa cekidot kita juga ya,hanya di AGEN BANDARQ

    BalasPadam
  6. Kumpulan Agen BandarQ merupakan sebuah blog yang menghadirkan semua atau situs agen bandarq dan domino 99 yang sudah teruji dengan kualiatas terbaik di dunia dan semua para pecinta bandar poker online indonesia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama