PEMBERSIH KEWANITAAN SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE


PEMBERSIH KEWANITAAN SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE 


TB baru nak mencuba Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Pearly White ni.. didatangkan istimewa dari jenama diyakini iaitu Sumber Ayu .

Apa yang buat TB rasa nak mencuba ialah kerana ia mempunyai Kandungan ph 3.5 yang mampu merawat mencerahkan kulit bahagian intim dengan 3x Extract Whitening.. dengan nilai PH 3.5 tu jugak area intim boleh terlindung dari infeksi atau bau yang tak menyenangkan.. 

Dan juga.. Ada Kayu Rapat & Manjakani sekali tau.. best kan!


JOM BACA SERBA SEDIKIT INFO TENTANG PEMBERSIH KEWANITAAN SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE  NI.. 
Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan?

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.

Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.

Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.


#sumberayu #pearlywhite#femininehygienecare #wiprounza#wiprounzamalaysia#pembersihkewanitaandaunsirih#3xwhiteningextract#pembersihkewanitaan#pembersihkewanitaansumberayu



13 Ulasan

  1. Jenama sumber ayu ni mmg zaza pakai.. Sbb hrga dia pun murah..

    BalasPadam
  2. Emi pun guna jenama ni, tapi wangian lain la. Bukan yang ni. Dah nak habis jugak tu. Nanti nak beli sesiap la.

    BalasPadam
  3. Dari zaman sekolah guna jenama ni, awalnya share dengan mak. Best sembah rasa selesa sangat bila lepas mencuci dan kekal segar

    BalasPadam
  4. Cantiknya packaging dia, zira pakai yg lama. Yang baru takde pun Kat pasaraya. Tak pernah nampak

    BalasPadam
  5. Sally pun baru cuba pakai sbb sblm ni pakai yg lagi satu jenis tuu..suka yg ni sbb PH dia rendah dan boleh putihkan kawasan intim kita tuu..hihi

    BalasPadam
  6. Mmg dari dulu pakai produk sumber ayu ni..best dia pya pencuci..bau pun best..ni bolehlah cuba nti

    BalasPadam
  7. wahhh triple whitening! produk Sumber Ayu ni memang dah terkenal di kalangan wanita kan.

    BalasPadam
  8. Dalam planning nak cari pencuci ni. Sebab dulu pernah guna. Tapi bkn yng ni la. Kali ni nak try produk baru ni pulak.

    BalasPadam
  9. Sumber ayu sebelum ni pencuci botolnya warna warni.. Ni terbaru ke.. Wah boleh memutihkan tu.. Ehhe.. Bahagian keintiman memg kena ada sabun khas untuk cuci

    BalasPadam
  10. Iday memang pakai produk ni sejak dulu gara2 tengok dekat iklan tv dulu hehehe. Tapi tak pernah try yang 3x whitening ni. Nanti nak try hehehe

    BalasPadam
  11. Ada sumber ayu versi baru la..wawa pon guna yg versi lama.. Skrg de utk mencerahkan miss v plak.. Boleh try nnti..harga pon worth it sgt..

    BalasPadam
  12. lama jugak kan bertahan produk dari sumber ayu ni...pembersih wanita ni ,memang saya pakai dari dulu lagi...yang baru ni belum pernah cuba lagi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama