adseng

Innity 1

Nuff

23 November 2018

The Milk Peel Cream Mask From Althea | First Time Guna Dah Jatuh Cinta!


The Milk Peel Cream Mask From Althea |
First Time Guna Dah Jatuh Cinta!


Wahh.. TB rasa macam dah jadi peminat sejati produk K-Beauty je sekarang ni.. huhuhu.. produk-produk Korea ni semua best-best dan packaging pun comel pulak tu.. Sekarang dah melekat kat jenama yang paling TB percayai, Althea Korea

Sepanjang mengenali Althea selama 3 tahun ni.. dah bermacam-macam produk TB try.. Ada yang TB dah share di blog.. dan ada juga yang TB tak sempat nak up kat blog ni lagi.. Memang banyak sangat produk beli di Althea yang sangat-sangat best dan TB sentiasa order kalau berkesempatan.. huhu.. 

Nah! Terbaruuuu!! lagi produk eksklusif baru Althea, iaitu The Milk Peel Cream Mask atau dalam Bahasa Melayu nya.. "Masker Krim Kulit Susu". Kalau korang nak tau.. ia adalah sejenis masker yang menyegarkan untuk membuang sel-sel kulit mati secara perlahan-lahan..


Inilah dia The Milk Peel Cream Mask , Comel kan packaging dia! 
Yang replica kotak susu tu pun comel! hahaha.. 
Althea pun comel! haha.. ops.. bukan bodek aaa.. 


TB dah try pakai hari tu.. MasyaAllah.. terkejut TB tau.. rasa best sangat sebab masa mula-mula pakai tu rasa macam krim biasa.. lepas tu TB rasa tak puas hati sebab sapu nipis je.. then TB sapu kali kedua.. terasa seperti sapuan pertama tu berbuih lembut.. wowwww.. TB pergi kat cermin dan lihat sendiri.. buih2 tu sedang mengelembung.. wow lagi! haha.. jakun sekejap.. sebab ini 1st time guna masker yang keluar buih kat muka.. hahaha..

Bau dia pulak .. best.. takde bau yang menyakitkan hidung.. rasa macam nak pakai terus tidur je tau.. hahaha.. Tapi kena bersihkan jugak..

So, Lepas bersihkan muka.. TB rasa muka sangat-sangat fresh dan rasa macam minyak-minyak pun dah berkurang.. rasa sedikit kesat kat muka dan lama-lama jadi ok macam normal balik.. syok guna.. nanti nak guna lagi.. hehehehe.. 

Ops.. jom kita korek-korek apa bahan-bahan yang terkandung dalam The Milk Peel Cream Mask


Kandungan

Bahan aktifnya adalah AHA & BHA yang membantu proses pengelupasan sel kulit mati secara lembut tetapi efektif  untuk kulit yang lebih licin.

Ia mengandungi Protein Casein (susu) untuk memberikan kelembapan dan membantu merangsang semula kulit untuk terus lembap sepanjang hari.

Ia mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat yang gelembung apabila dipijat pada kulit lembap untuk membersihkan liang-liang yang mendalam.

Ia juga bebas kezaliman! mean tidak di uji pada haiwan yea.. 


Bagaimana untuk menggunakannya?

Sapukan produk pada kulit yang lembap dan urut dengan perlahan sehingga ia keluar menjadi buih.

Biarkan selama 30-60 saat sebelum membilasnya dengan air suam.

Dengan The Milk Peel Cream Mask ini dapat memberikan kulit kita satu ruang penghidratan besar dengan kekuatan meransang kulit agar lebih segar.




Sentiasa mahu mencuba tetapi tidak pernah beli? Untuk mendapatkan masa yang terhad. PENGHANTARAN PERCUMA pada semua ALTHEA Exclusives dengan CODE: PBSHIP

Dibuat dengan kepercayaan bahawa anda layak mendapat kualiti terbaik, dengan harga yang berpatutan.. Cewahhhh.. Ayat Skema betui kan.. hahah..


Comel kan!

TB tidak pernah melihat pembersih dengan pembungkusan comel macam ni! Dan TB suka betapa mudah sangat dengan menggunakan satu produk untuk membersihkan dan perlahan-lahan mengelupaskan kulit untuk membuang sel kulit mati dalam satu amsa.. best kan!

Dah la baunya.. alahai.. Ada aroma yang sangat ringan dan buih barbusa dia tu sangat TB suka.. Disamping tu TB boleh lakukan urutan ringan semasa membersihkan wajah. Aaah.. taknak cerita panjang.. kalau korang nak rasa macam mana.. boleh la order kat Althea.. tengok link bawah ni..

Oh ya.. terlupa nak bagi tahu.. The Milk Peel Cream Mask ni kini boleh didapati di my.Althea.kr pada harga RM36.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, 
sila lawati halaman produk SINI.


Untuk info lanjut tentang Althea 

boleh klik link2 dibawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 




Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

10 ulasan:

  1. Wahhh bestnya.. nak guna jugalah

    BalasPadam
  2. Akak, milk peel tu dia bleh peel off ke camana. Gambar akak sama je semua. Apa hasilnya kak. Putih ke? Ke akak dah cantik ya amat ni. Hehe

    BalasPadam
  3. airah pun dah guna milk peel ni. kulit jadi lembut dan cara dia bersihkan kulit soft jeee.bau macam bedak baby paling favourite tu

    BalasPadam
  4. suka betul laa tgk packaging dia, so cute and unil betul tengok especially yg mcm kotak susu tuu hehe! qeela mmg jadi mudah betul nk membeli if packagingnya tu unik & cantik tau haha. interesting jugak bila baca products ni, nnt nk usha2 laa hehe 馃榿

    BalasPadam
  5. I tried twice since it reached me. Loving the texture and how it suits y skin. Love the moisture skin effect right after use. Convenient too because require little time.

    BalasPadam
  6. Bestnya dah TB dah pakai! Tengok semua orang review macam best gilaaaa buih halus menggelembung tu. Mesti kulit rasa lembut kan lepastu sebab milk. Nad tak sempat bukak lagi parcel Althea. In shaa Allah weekdn ni sempat la try.

    BalasPadam
  7. Ramai yg beri feedback positive pasal milk peel mask nie. Suka dgn tekstur produk nie. Rasa mcm nak cuba nanti. Anyway, packaging dia nice n simple. Xserabut. Cantik !!

    BalasPadam
  8. Ramai yang review produk ni and berpuas hati. Taknpernah lagi cuba tapi for sure akan dapatkan di website althea

    BalasPadam
  9. Ramai tengok dah pakai..tengok best sebab keluar buih then jadi mask..nad belum pakai lagi..tak sabar nak guna

    BalasPadam
  10. Memang ramai sungguh dah jatuh cinta dengan Milk Peel Cream Mask ni ye. Of courselah sebab best pakai. Kulit pun lebih bersih dan cerah gitu

    BalasPadam

贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙ 贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥

Innity Mobile