adseng

Innity 1

Nuff

30 Disember 2018

MEGA-C Plus Bioflavonoid | Vitamin C Dalam Bentuk Sachet


MEGA-C Plus Bioflavonoid |
Vitamin C Dalam Bentuk Sachet


Sebut sahaja BiO-LiFE pasti semua orang tahu kan.. Sebab  BiO-LiFE Malaysia ni dah terkenal di pasaran selama lebih dari 30 tahun.

Bagi yang tidak tahu, BiO-LiFE Malaysia adalah sebuah Syarikat yang komited untuk menghasilkan pelbagai produk kesihatan yang menyeluruh disamping menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan melalui peningkatan dan inovasi yang berterusan.



Terkini! BiO-LiFE Malaysia telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Vitamin C dengan Bioflavonoid yang pertama kali didatangkan dengan serbuk didalam sachet .

MEGA-C Plus Bioflavonoid iaitu Vitamin C berbentuk serbuk didalam sachet ini adalah Vitamin C dalam bentuk aksorbat.



MEGA-C Plus Bioflavonoid ini juga mempunyai kandungan    Vitamin C yang tinggi dalam 1 sachet, mesra dengan perut, menyerap dengan lancar kerana mempunyai Bioflavonoid, paling best ianya tanpa gula tambahan..
.
Sehari 1 sachet sahaja.. dalam 1 sachet ni mengandungi dos vitamin C yang tinggi iaitu 1000mg.

Rasanya pula best sebab rasa limau memang kegemaran ramai..


TB pun suka sebab sachetnya bersaiz kecil so, mudah sangat nak bawa masa travel..

Nak senang.. buat macam TB, letak air siap2 dalam shaker ni.. pastu sampai kat mana-mana.. terus koyak sachet tu, tuangkan aje MEGA-C Plus Biofalovoid ni kedalam shaker tu, dan goncang2.. minum terus!

Haa.. buat mereka yang tak tahu tu.. Vitamin C ni sangat diperlukan untuk setiap orang kerana ia memainkan peranan penting dalam membina sistem imuniti / kesihatan badan kita dan seterusnya mampu memerangi jangkitan patogen yang berbahaya kepada tubuh badan kita

Dan antara faktor yang menyebabkan sistem imuniti kita lemah ialah apabila kita sering terdedah dengan pencemaran, perubahan suhu, tekanan yang kronik, gaya hidup tidak sihat, dan juga kurang bersenam..

Sekarang jom kita baca pula betapa pentingnya Vitamin C dengan Bioflavonoid untuk tubuh badan kita  :

  • Menguatkan Sistem Kesihatan Badan 
  • Membanteras Kerosakan yang disebabkan oleh radikal-radikal bebas
  • Mengekalkan Kesihatan Umum
  • Antioksidan yang tinggi

Ramai antara kita yang tidak tahu punca atau gejala-gejala Kekurangan Vitamin C so dibawah ni TB kongsikan gejala-gejala nya ye..

  • Skurvi
  • Gusi Berdarah
  • Penyembuhan Luka Yang Perlahan
  • Hidung Yang Berdarah
  • Rambut Kering dan Bercabang
  • Kulut Kering Dan Bersisik

MEGA-C Plus Bioflavonoid ni sesuai untuk :

  • Pelancong / Pengembara
  • Perokok
  • Warga Emas
  • Eksekutif Yang Stress Bekerja
  • Individu yang ingin menambah kandungan vitamin C dalam badan
  • Individu yang mengalami masalah gastrik – perut sensitif





Cara Penggunaan mudah je :
Larutkan Satu Sachet MEGA-C Plus Bioflavonoid bersama 1 gelas air sejuk dan minum satu kali sehari.

Dibawah ni TB nak share berberapa info lagi tentang MEGA-C Plus Bioflavonoid, jemput baca yea.  moga bermanfaat..

Apa itu Bioflavonoid?
Bioflavonoid merupakan pigmen semulajadi yang memberikan warna kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga mempunyai fungsi sinergistik dengan vitamin C untuk meningkatkan kesihatan, dan ianya telah menunjukkan dapat meningkatkan penyerapan vitamin C.


Apa itu Mega C Plus Bioflavonoid?

MEGA-C Plus Bioflavonoid merupakan vitamin C yang berdos tinggi dalam bentuk kalsium askorbat dan ianya diperkaya dengan bioflavonoid. Bioflavonoid membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C dalam badan kita.

Oleh itu, Mega C Plus Bioflavonoid merupakan pilihan vitamin C yang terbaik dan mesra untuk perut.

TB dah try minum dan TB rasa takde gejala sakit perut pun lepas minum.. dan rasa sedap je.. 

MEGA-C Plus Bioflavonoid membantu mengekalkan kesihatan yang baik dimana Vitamin C membekalkan antioksidan kepada tisu yang mengalami stress yang disebabkan oleh radikal-radikal bebas.

Vitamin C khususnya diperlukan oleh aktiviti enzim yang terlibat dalam metabolisme kolagen, hormon, asid amino, dan carnitine

Berapakah dos yang disarankan?
Dewasa:
Ambil SATU paket sehari bersama makanan, larutkan ke dalam 125ml air.


Apakah ciri-ciri Mega C Plus Bioflavonoid?


  1. Vitamin C dalam bentuk askorbat – mesra untuk perut
  2. Vitamin C berdos tinggi (1000mg) dalam bentuk paket
  3. Diperkaya dengan bioflavonoid untuk meningkatkan penggunaan dan penyerapan vitamin C dalam badan
  4. Tiada gula tambahan, sesuai untuk pesakit diabetes
  5. Dalam bentuk paket yang kecil dan kurang berisiko untuk mengalami pengoksidaan

Apa itu kalsium askorbat?
Kalsium askorbat adalah vitamin C yang berbentuk garam buffer. Kalsium direaksikan dengan asid askorbik untuk mengurangkan sifat asid dalam vitamin ini, lalu menjadikannya bersifat lebih lembut dan sesuai untuk individu yang mempunyai saluran gastro-usus yang sensitif.



Haa.. kalau korang nak dapatkannya bolehlah ke Watson dan farmasi Caring atau farmasi-farmasi lain yang berdekatan dengan harga RM 55 sahaja..

Dalam satu kotak ni ada 30 paket .. so .. bertahanlah untuk 30 hari sebab sehati 1 sachet aje..

#BiolifeMalaysia #VitaminCsachet # MegaCPlus #Bioflavonoid

untuk info lebih lanjut : 




22 Disember 2018

HARRAZ NAK TRY HUGGIES DRY PANTS - MALAYSIA'S FASTEST ABSORBING DIAPER PANTS


HARRAZ NAK TRY HUGGIES DRY PANTS -
MALAYSIA'S FASTEST ABSORBING DIAPER PANTS


Sebagai Ibu tiada apa yang lebih penting melainkan sentiasa memastikan anak kita selesa, tenang dan  happy dengan segala keperluan yang sempurna untuk tumbesaran mereka termasuklah memilih yang terbaik untuk anak kecil kita untuk bergerak aktif .

Bercakap tentang anak yang semakin membesar dan aktif, fuh.. TB nak share la sikit pasal Harraz ni tau.. sejak Harraz dah masuk 2 tahun ni.. Aktifnya lain maciamm.. bergerak sana-sini, selongkar itu-ini, terlompat sana sini, Panjat tinggi-tinggi.. Adoi.. Aktifnya tak tahu nak kata.. Akal pun  makin banyak..

Sekarang ni dah pandai taknak pakai lampin dan seluar pulak.. jenuh mamanya nak pujuk bagi pakai.. kadang geram jugak.. TB nak pakaikan dia lampin bukannya senang.. sebab jenis tape..  kalau salah pakai kan nanti takut kebocoran pulak nanti.. huhu.. Lepas tu tanya pada kawan macam mana nak buat ye untuk senang pakaikan harraz lampin?

Kawan kata beli je Dry Pants .. jenis seluar .. senang je.. sarung je tak perlu susah-susah tape.. Dalam kepala TB terus teringat jenama Huggies .. Sebab pernah pakai sampel yang TB request kat laman web Huggies hari tu.. Pernah test pakaikan pada harraz masa baby, Harraz selesa dan tiada tanda-tanda kemerahan pakai brand Huggies ni..

So, sekarang TB pun nak cubalah Huggies Dry Pants ni untuk Harraz.. Kebetulan nak balik kampung ni.. elok sangatlah pakai yang jenis pants ni kan..

Haa.. Apa yang TB tahu Huggies ni adalah Lampin di Malaysia Yang Mempunyai Kuasa Penyerapan Paling Pantas  tau! orang putih kata MALAYSIA'S FASTEST ABSORBING DIAPER PANTS . Haa.. ramai mommy-mommy suka pakaikan anak diorang Huggies Dry Pants ni..

Haa.. jom baca sedikit info tentang Keistimewaan Huggies Dry Pants ni.. Kenapa ramai sangat yang suka pilih brand huggies ni..



Sistem Penyerap Pantas
Huggies Dry Pants ni bagus sangat sebab ia mempunyai 1,000 lubang mikro serap pantas untuk penyerapan segera dan mengunci cecair agar kulit Si Manja sentiasa kering dan selesa.. Kalau pakai waktu malam sebelum tidur bagus ni sebab ia boleh menyerap air kencing sehingga 10 jam tau, so lampin baby kering dan baby boleh tidur lena sepanjang malam .. 


Getah Pinggang Muat Selesa 5-Cara
Selain itu untuk keselesaan dan pergerakan bayi yang aktif Huggies Dry Pants ni juga direka dengan Comfort 5 technology, membolehkan muat secara fleksibel dari bahagian: pinggang pada perut, pinggang belakang, dua belah kaki dan kelangkang.. So, harraz yang aktif ni sesuai sangatlah pakai Huggies Dry Pants ni kan.. 


Penyerapan Sehingga 10 Jam
Melalui pengalaman TB masa pakaikan harraz Huggies Dry Pants sebelum ni, Harraz nampak serasi dan tiada tanda kemerahan lepas guna lampin ni, lagipun Huggies Dry Pants ni mempunyai ciri pelapik luar yang beraliran Udara 100% dimana ia memudahkan pengaliran udara sebanyak 10 kali ganda tau.. so, ia membantu mencegah ruam lampin.. Berdasarkan kajian atas kadar kencing purata bayi dalam tempoh 12 jam dan keupayaan simpanan lampin 100%. 


Pelapik Luar Beraliran Udara 100%
Memudahkan pengaliran udara sebanyak 10 kali ganda dan membantu pencegahan ruam lampin berbanding dengan pelapik tanpa pengaliran udara.


Pelindung Kebocoran
Satu lagi yang bagusnya Huggies Dry Pants ni sebab ia ada teknologi U-Fold dengan penghalang kebocoran berganda yang boleh mengelakkan kebocoran air kencing dicelah peha.. huhu.. dulu pernah tersalah beli lampin, macam ni lah jadinya.. air kencing keluar celah peha.. habis basah baju harraz.. adoi..

Haa.. banyak kan keistimewaan untuk baby-baby yang pakai Huggies Dry Pants . Patutlah aktif tanpa batasan yea.. sebab selesa sangat-sangat pergerakan guna lampin Huggies ni kot.. huhu  

Haaa..  Untuk Saiz lampin pulak, kena pilih yang bersesuaian dengan berat baby tu yea.. jangan main pilih je, takut terpilih saiz kecil nanti terketat pulak, kalau pilih saiz besar nanti mengelebeh dan boleh sebabkan kebocoran pulak dah.. huhuhu.. anak dahlah kurus, dipakaikan saiz tak sesuai nanti banjir tilam tu dibuatnya.. hahaha.. bocor.. So, pilihlah saiz yang sesuai ikut berat baby korang ek.. 


Saiz Huggies Dry Pants

Saiz : S
4-8 KG

Saiz : M
6-12 KG

Saiz : L
9-14 KG

Saiz : XL
12-17 KG

Saiz : XXL
15-25 KG

Cara Pakai :
Haha.. cara pakai memanglah siapa-siapa pun tahu kan.. Tapi ada sesetengah pants tu taktau mana depan mana belakang sebab macam sama je dua-dua side kan.. penyudahnya main sarung aje lah.. haha.. dah pakaikan baru nampak terbalik tu..  TAPI dengan Huggies Dry Pants  jangan risau.. takkan terbalik punya sebab dekat depan tu ada tulis FRONT , so.. dah tau mana depan mana belakang kan.. hehehe.. 

Haaa.. Kalau minat nak beli korang boleh lah dapatkan di Lazada, kadang offer murah-murah tau.. jom klik sini cuci mata dulu - http://bit.ly/2LgcBwt

TB pun nak cuci mata sat nak pilih dan beli Huggies Dry Pants  untuk stok balik kampung hujung bulan Disember ni.. 

#HuggiesMyFastest
#HuggiesPants




18 Disember 2018

Ainaa Serum dan Ainaa Cleanser - Sesuai Untuk Masalah Psoriasis Juga!


 Ainaa Serum dan Ainaa Cleanser
| Sesuai Untuk Masalah Psoriasis Juga!


Kali ni TB nak share tentang produk dari Ainaa Beauty. Masa dapat tu TB teruja sangat nak cuba sebab semua jenis produk yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan natural, bebas bahan kimia dan ada kelulusan KKM. So takdelah ragu-ragu nak guna sebab dah complete semua ada kan.. Lagipun kulit TB ni memang sensitif sebab TB kan ada Psoriasis.. Paling TB teruja nak cuba bila tengok satu video testimoni dari pengguna yang ada psoriasis jugak... 

Katanya dalam video tu, dia saja cuba pakai sebab tengok ingredient yang natural tu, tengok-tengok serasi.. muka dia yang dulunya ada tanda-tanda macam tak sekata berwarna merah pink gitu, sekarang dah semakin pulih.. wahhh.. masalah macam sama je dengan TB.. memang terganggu emosi dibuatnya tau!


So, TB pun dengan lafaz Bismillah.. cuba try 2 produk Ainaa Beauty ni.. haaa.. hasilnyaaa.. bacalah feedback TB sendiri tentang 2 produk Ainaa ni .. Sebelum tu meh tengok video TB ajar cara-cara nak guna.. hehehe..




TB dah cuba 2 Produk dari NSA Beau ni, Best sebab serasi sangat dengan kulit TB yang sensitif ni . Teringin nak dapatkan kulit macam Pengasas produk AINAA ni.. Nor Syafiqah Aina.. . . . Jom tengok cara Guna Ainaa Serum dan Ainaa Cleanser ni.. Haaa Kalau nak baca review dan pengalaman TB guna Produk AINAA ni bolehlah baca di blog TB --->> www.tengkubutang.com yea . Ada 2 produk yang TB dah cuba ritu.. Produk pertama iaitu AINAA SERUM yang mengandungi 5 bahan semulajadi seperti Timun, Lavender, Aloe Vera, Saponaria Officinalis / Soapworts, dan Asparagopsis Armata. . dan produk kedua iaitu AINAA CLEANSER . Cleanser ini terdiri daripada 6 bahan semulajadi seperti Cocamidopropyl, Castor Oil, Coco Glucoside, Trehalose, Dimethicone dan Lecithin . TB teruja dengan 2 produk ni.. sebab semua jenis produk yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan natural, bebas bahan kimia dan ada kelulusan KKM. #ainaaserum #ainaacleanser #ainaaproduk
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Apa-apa pun.. jom baca dulu apa kelebihan produk Ainaa Beauty ni dulu ye.. Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum 


Ainaa Cleanser 

Kelebihan Ainaa Cleanser
Ainaa Cleanser Boleh Digunakan Sebagai Make up Remove dan face Cleanser. Dedua Waterbased And Of Course Natural ingredients

1-Cocamidopropyl
Membersih & membuang segala kotoran dari kulit

2-Lecithin
Merawat kulit wajah

3-Dimethicone
Melembabkan kulit wajah

4-Trehalose
Mengekalkan hidrasi kulit

5-Coco Glucoside
Merawat masalah jerawat

6-Castor Oil

  1. Merawat sunburn
  2. Mencegah masalah jerawat
  3. Mengekalkan keremajaan kulit
  4. Membantu menghilangkan parut jerawat
  5. Melembutkan kulit wajah
  6. Merawat masalah kekeringan
  7. Melindungi kulit dari bakteria
  8. Non Comedogenic ( Tidak menyebabkan pori pori tersumbat)
Harga : rm45


AINAA Serum 

Serum ini terdiri daripada 5 bahan semulajadi seperti Timun, Lavender, Aloe Vera, Saponaria Officinalis / Soapworts, dan Asparagopsis Armata.

Selepas penggunaan serum Ainaa, ruam, jerawat, dan muka kusam hilang! 

Kesan efektif :

  1. Look lebih muda dan mempunyai kulit yang lebih cerah
  2. Rejuvenate & bina semula kulit
  3. Mengecilkan liang roma pada wajah
  4. Meningkatkan pembaharuan sel
  5. Mengurangkan pigmentasi & parut pudar

Banyak KEBAIKAN yang ada dalam serum ni. Jom baca apa bahan-bahan yang terkandung dalam Serum ni!

Kebaikan Timun

  1. Untuk kulit kita segar (hydration)
  2. Kulit lebih nampak muda
  3. Kulit nampak cerah
  4. Mengurangkan eyebag
  5. Melegakan sunburn
  6. Melembabkan kulit
  7. Melewatkan proses penuaan
  8. Mengurangkan kedutan

Kebaikan Lavender

  1. Anti Penuaan
  2. Menyihatkan kulit
  3. Sifat Anti Oksida untuk mengelakkan iritasi kulit
  4. Sesuai untuk orang yang kulit kering, ekzema, dan jerawat

Kebaikan Aloe Vera

  1. Mengurangkan pigmentasi
  2. Menghilangkan parut jerawat , jeragat
  3. Melembabkan kulit wajah
  4. Merawat luka external

Kebaikan Saponaria Officinalis

  1. Merawat Psoriasis – Penyakit Kulit Bersisik
  2. Merawat Ekzema – Penyakit kulit merah, gatal, dan merekah. Kebiasaanya disebabkan genetik.
  3. Merawat Bisul
  4. Merawat Jerawat

Kebaikan Asparagopsis Armata

  1. Membantu membersihkan kulit dari dalam
  2. Sekatakan tona wajah
  3. Anti bakteria dan anti fungus di kulit wajah dan kulit kepala
  4. Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit kusam
Harga : 
rm 65


Testimoni TB Sendiri :
Kulit TB ni jenis yang agak sensitif sebab ada psoriasis, so.. kalau nak pakai apa-apa produk perlu pastikan dulu kandungannya macam mana.. dan TB dapati apabila guna Ainaa Serum dan Ainaa Cleanser ni TB takde rasa pedih di muka atau rasa panas ataupun rasa merengsakan pada kulit wajah.. bermakna terbukti tiada kandungan berbahaya dalam 2 produk Ainaa Beauty ni..


TB sukakan kedua-duanya.. sebab Ainaa Cleanser best sebab berfungsi untuk 2 kegunaan iaitu mencuci makeup dan seterusnya mencuci wajah.. Masa cuci muka TB suka bau lembut yang menenangkan dan juga suka sebab rasa bersih selepas bilasan.. rasa sejuk dan lembab je muka.. tak rasa tegang pun kulit wajah..

Manakala Ainaa Serum pulak.. Alamakkk.. TB dah jatuh cinta jugak sebab testur dia yang bergel dan bila disapu pada wajah senang sangat meresap.. TB suka gila.. bau pun best.. bersifat water based dimana ia mudah diserap terus ke dalam kulit wajah..

Haa.. kalau korang nak dapatkannya boleh la layari website dibawah ni yea..

LAMAN WEB :
Ainaa Beauty



#ainaaserum #ainaacleanser #ainaaproduk



12 Disember 2018

Tempah Baby Gift Hampers Eksklusif Dari Lovingly Signed


Tempah Baby Gift Hampers
Eksklusif Dari Lovingly Signed 


Tercari-cari hadiah apa nak diberi kepada rakan korang yang baru melahirkan bayi? haaaa.. Tak perlu pening-pening dah nak memikir sebab ada satu website ni dah sediakan macam-macam hamper baby untuk dijadikan hadiah.. Korang just pilih, klik dan bayar aje.. senang kan?

Haaa.. Website yang TB katakan tu ialah website dari Singapura yang dikenali sebagai Lovingly Signed , Haa.. Lovingly Signed ni adalah salah satu jenama yang menjual pelbagai jenis barangan baby yang sangat comel dan lain dari yang lain gitu.. Servis mereka bukan saja di Singapura tau, tetapi orang dari Malaysia pun boleh je kalau berminat nak order..
Personalised Baby Gift Hampers by Lovingly Signed

Bagi parent yang bakal menimang cahaya mata tu pastinya akan rambang mata tengok barangan baby dalam website Lovingly Signed ni sebab segalanya comel sangat! warna pastel yang lembut dan didatangkan sekali dengan box yang sangat woww.. huhu.. TB pulak excited tengok.. haha..

Haaa.. buat parent yang suka buat persiapan awal untuk beli barang baby tu, boleh la tinjau-tinjau kat website Lovingly Signed ni.. Manalah tahu terus terbekenan satu dua barang kan.. hehehe.. 

Apa yang best nya Lovingly Signed ni juga turut menyediakan keiistimewaan lain dimana pelanggan boleh je menggubah atau request untuk letak nama baby pilihan sendiri pada towel, pakaian, ataupun selimut baby tu.. syoknya mama baby yang terima kan.. haha..

Macam dalam gambar bawah ni.. yang biru untuk boy.. yang pink tu untuk girl.. comel kan!!


For Boy


For Girl


APA YANG BEST ?

Lovingly Signed ni sangat special pulak TB rasa sebab hampernya didatangkan dalam kotak yang sangat eksklusif dan lain dari yang lain.. mamanya pulak berkenan nak kumpul kotak pulak kang.. hahahaha.. 


Cerita bab Penghantaran pulak, Penghantaran di Singapura adalah percuma (3 hingga 5 hari) manakala penghantaran Antarabangsa dikenakan sebanyak SGD $25 dan percuma bagi tempahan melebihi SGD $250 (4 hingga 8 hari). 

Cara pembayaran pula adalah menggunakan Paypal atau Googlepay



ANTARA PILIHAN ?

Set Hamper Barangan Bayi

Selimut, tuala, pakaian (Romper, Pyjamas, Towelling robe dan Tutu skirt) serta aksesori dan anak patung. Boleh pilih set mengikut jantina seperti set biru (baby boy) dan pink (baby girl). Kalau nak senang pilih unisex je, nanti boleh dipakai oleh next baby.. huhuhu

Ibu bapa jangan risau yea sebab Material kain yang dipilih adalah 100% daripada cotton (kapas) iaitu material yang sejuk dan lembut yang sesuai untuk keselesaan bayi .


Haaa comel tak anak patung atas ni.. comel kan.. kalau ada anak girl dah tentu TB belikan satu untuk dia.. Tapi anaknya boy.. so TB nak tinjau barang lain yang sesuai dengan umur harraz.. hehehe.. Oh ya.. kalau korang bercadang nak belikan untuk sahabat atau mereka yang bakal menimang cahayamata mahupun nak belikan utnuk anak sendiri pun boleh... pergi je tengok kat website dan link yang TB dah nyatakan kat bawah ni.. Happy Shopping ya!


Laman web : 

Instagram : 

Facebook : 


Pinterest : 



BULU MATA LEBIH TEBAL DAN TIDAK MUDAH GUGUR DENGAN LASH BOOST GROW SERUM



BULU MATA LEBIH TEBAL
& TIDAK MUDAH GUGUR
DENGAN LASH BOOST GROW SERUM


Di entri yang lepas TB ada share tentang Serum yang berfungsi untuk memanjangkan bulu mata kan.. Haaa.. Kali ni TB share pulak pengalaman TB sendiri guna Serum tu.. Selama 14 hari lah TB dok apply serum tu pada akar bulu mata ni haaa.. hehehehe.. Alhamdulillah walaupun 14 hari dah nampak hasilnya.. walau belum panjang dan lentik macam Blogger Zaza Iman tu, tapi TB perasan la bulu mata tak senang gugur bila pakai serum ni..


Haaa.. Serum yang TB katakan tu tak lain tak bukan ialah  LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM)!! Haa.. hari ni baru ada masa nak up kat blog.. TB still pakai lagi serum ni untuk mendapatkan hasil yang TB ingini.. atleast dah tak payah nak pakai mascara ke atau nak makeup lama-lama tang mata sebab bulu mata dah panjang.. yeayy!!




SWIPE untuk Next Photo.. . . Yuhuuu.. Baru lepas unboxing satu barang besttt! Iaitu LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM)!! . . Nak Tahu Apa Fungsi LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM) Ni?? . . Haa.. Fungsinya ialah untuk: ✔ Memanjangkan dan Menguatkan Bulu Mata . ✔ Mengaktifkan Faktor Dalaman Bulu Mata . ✔ Membaiki folikel Bulu Mata yang rosak . . LASH BOOST dari MIULASH.COM ini menawarkan pelbagai nutrien, secara intensif menyuburkan akar rambut dan boleh mix dengan mudah diserap molekul kecil Buat bulu mata kita lebih tebal dan lebih lama . . CARA GUNA : Buang Kotoran dan Bersihkan Bahagian Kelopak Mata Dan Bahagian Bulu Mata Dengan Tisu Basah.. Lepas Tu Baru Apply LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM) ni ke akar bulu mata korang . . Harga : rm168 sahaja.. Boleh guna promo code ni masa checkout nanti : TB3131 . . Nantikan Review TB di blog www.tengkubutang.com selepas guna selama 14 hari. . . Untuk Order.. Jom layari : https://www.miulash.com/lashboost . . #eyelashgrowthserum #miulash #lashboostgrowserum #lashboost @miulash
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Nak Tahu Apa Fungsi LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM) Ni?? .


Haa.. Fungsinya ialah untuk:
Memanjangkan dan Menguatkan Bulu Mata 
Mengaktifkan Faktor Dalaman Bulu Mata
Membaiki folikel Bulu Mata yang rosak

LASH BOOST dari MIULASH.COM ini menawarkan pelbagai nutrien, secara intensif menyuburkan akar rambut dan boleh mix dengan mudah diserap molekul kecil Buat bulu mata kita lebih tebal dan lebih lama .


Kandungan Serum 




Nak Lebatkan kening pun boleh!!

Jom tengok bagaimana hasilnya selepas TB guna selama 14 hari.. TB sapu setiap hari sebelah pagi.. Sepatutnya sapu 2x sehari lagi dapat hasil yang lebih panjang dan tebal.. hehe.. Tapi saja TB try sekali sehari dulu.. memang nampak juga hasilnya.. Bulu Mata Tebal dari sebelum nya.. nampak ada anak-anak rambut baru nak tumbuh.. dan TB rasa dalam 2 minggu tu belum lagilah mata pedih sebab bulu mata gugur masuk dalam mata.. hahaha.. kira macam serum ni kuatkan akar bulu mata TB jugak la kan..


TB guna fon biasa je shoot gambar ni.. so, tak boleh nak tunjuk anak rambut (bulu mata yang baru nak tumbuh tu).. tapi memang TB rasa bulu mata seperti tebal dari biasa.. 
 

Ini kedua belah bulu mata TB yang dapat TB shoot tadi.. Nampak tebal kan?

 

Ok.. yang ni lagi.. haha.. tengok puas2.. 


Tengok gambar yang ni.. nampak tak ketebalan dan macam panjang sikit?

 


Yang ni shoot dari tepi lak..


Shoot dari tepi ni nampak bulu mata bawah pun start panjang





CARA GUNA :
Buang Kotoran dan Bersihkan Bahagian Kelopak Mata Dan Bahagian Bulu Mata Dengan Tisu Basah.. Lepas Tu Baru Apply LASH BOOST (EYELASH GROWTH SERUM) ni ke akar bulu mata korang .

Harga : rm168 sahaja.. Boleh dapatkan dengan promo code : TB3131 ( masukkan code ketika checkout nanti )



Untuk Order.. Jom layari :

#eyelashgrowthserum #miulash #lashboostgrowserum #lashboost






Innity Mobile