adseng

Innity 1

Nuff

11 Disember 2018

LUNAVIE PREMIUM POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER MEMBANTU KEMBALIKAN BENTUK BADAN ASAL


LUNAVIE PREMIUM POSTPARTUM ABDOMINAL
BINDER MEMBANTU KEMBALIKAN BENTUK BADAN ASAL


Memakai Bengkung adalah perkara paling penting perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk memastikan bahagian perut dan abdomen dapat pulih sepenuhnya selepas tempoh melahirkan.

Pastinya ibu-ibu yang selepas melahirkan anak tu tak lari dari memakai bengkung selepas bersalin kan! Sebab Bengkung memang amat perlu untuk mengembalikan bentuk badan kita ke asal. 

Tidak kiralah kita bersalin normal/semulajadi mahupun c-seksyen (czer), bengkung memang perlu untuk proses penyembuhan agar kembali kepada sediakala. So, untuk ibu-ibu tu, korang boleh lah cuba Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ni tau sebab TB dah try.. memang sedap bila dipakai, rasa macam perut tu diikat rapi, kemas, dan selesa sebab boleh adjust untuk bagi ketat atau longgar..

Heee.. sebelum baca seterusnya.. jom tengok video unboxing TB yang comel ni.. hahahaha.. perasan!






APA KELEBIHAN LUNAVIE PREMIUM POSTPARTUM ABDOMINAL BINDER ?

Hanya wanita yang telah bersalin sahaja yang tahu bagaimana rasanya bila bentuk badan berubah habis dari start mengandung hinggalah bersalin.. huhu.. Tapi demi anak, takpelah mama bolat macam bola sekalipun kan.. janji anak dalam perut sihat walafiat, betul tak ibu-ibu? haha.. Waktu mengandung memang tak fikir nak jaga badan pun sebab dalam fikiran ibu-ibu ni mesti nak bagi khasiat sepenuhnya pada anak je kan.. so, kalau lapar.. jangan tahan.. pi makan.. kalau tak lapar pun.. pi makan jugak.. nanti tak makan baby dalam perut lak lapar.. haha.. so, makan punya makan.. berat pun bertambah.. dan bentuk badan pun dah tak macam dulu.. hehe.. 

Dulu memang risau la bila fikir macam tu... Tapi sekarang tak perlu risau sangat dah.. sebab ada macam-macam cara dan alat untuk mendapatkan kembali berat ideal dan bentuk badan yang asal.. hehehehe..


Dengan Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder  ni insyaAllah dapat membantu ibu-ibu yang nak dapatkan kembali bentuk badan asal selepas melahirkan baby. 




Didatangkan dengan design 3 lapisan yang berfungsi untuk menguruskan, memberi sokongan pada bahagian perut dan pinggang seterusnya dapat kurangkan tekanan pada bahagian berkenaan




Yang best tu sebab ada pelekat velcro ni.. so, korang boleh adjust sendiri nak fit macam mana .. Nak ketat ke nak longgar atau biasa-biasa? terserah.. hehehe.. Mudah kan!

Kelebihan memakai Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder  ialah ia dapat membalut perut kita dengan mampat seterusnya dapat meningkatkan aliran darah dan mengurangkan pembengkakan, kedua-duanya adalah komponen penting dalam proses penyembuhan.



Fungsi Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ialah ia menolak rahim kita dari luar, disamping membantu mengembalikan semula bentuk rahim serta kedudukannya sebelum kehamilan. Begitu juga dengan organ perut kita yang lain, tugas bengkung juga boleh membantu perut dan usus kita kembali ke kedudukan terdahulu.

Haaaa.. Buat ibu-ibu yang bersalin C-Section (czer) tu, TB paling nak syor kat korang untuk cuba bengkung ni.. Sebab TB faham dan pernah rasa macam mana rasa selepas bersalin Czer ni.. Bila dibahagian perut dah berjahit.. dan perut pun masih belum kempis, tatkala berjalan, perut bergoyang-goyang dan bahagian jahit tu terasa... ergh.. ngeri nak cerita..



So, memakai bengkung adalah cara terbaik untuk mengurangkan rasa sakit pada jahitan tu, sebab perut pun tak bergoyang.. so tak terasa pun jahitan. Haaa.. pada masa ni lah korang patut cuba Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder dari Lunavie ni.. Sebab selain ia boleh membantu mengurangkan sakit di tempat jahitan akibat geseran atau pergerakan perut kita tu, Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder  juga membantu dalam menyokong bahagian bawah kerana otot perut kita tidak cukup kuat untuk melakukan ini. Ini akan membantu mengurangkan tekanan dan memperbaiki postur, terutamanya semasa sesi penyusuan susu ibu.

Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder adalah Bengkung yang direka untuk membantu membawa tubuh kita kembali cantik dan mempunyai bentuk asal selepas kelahiran anak.


Ciri-ciri Produk :
  1. Memberi Kesan Membentuk Tubuh
  2. Sokongan Perut selepas bersalin (terutamanya selepas C-seksyen atau kelahiran normal)
  3. Disyorkan dalam kes-kes hernia abdomen
  4. Kontur sesuai dan mudah laras ( ada pelekat velcro)
  5. Tidak ketara di bawah pakaian
SIZE
Lunavie Postpartum Binder Abdominal boleh didapati dalam 3 saiz - L hingga XXL.


Carta Saiz:
L: 26 "- 34"
XL: 30 "- 38"
XXL: 32 "- 41"

HARGA

Lunavie Postpartum Abdominal Binder boleh didapati di website online Lunavie dengan harga RM72 sahaja. Nak direct link sila klik ke sini yea ----> https://www.lunavie.com/lunavie-premium-postpartum-abdominal-binder

CARA PAKAI :



PENGALAMAN PERIBADI TB SENDIRI
TB suka cengkaman Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ni, senang dipakai dan tak kelihatan di bawah pakaian kita, jenis bahan material dia pun sangat selesa dan ada jalur-jalur regang bergetah yang buat rasa bahagian perut TB bernafas yang membolehkan TB memakainya sepanjang hari.



Disamping itu jugak, TB dapat rasa Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ni dapat memberi sokongan belakang yang TB perlukan, almaklumlah.. selepas bersalin ni pastinya ibu-ibu pun faham situasi sakit belakang tu macam mana kan.. kalau berdiri lama pun dha sakit belakang.. tambah-tambah lagi.. time bersalin tu ada cucuk kat bahagian belakang tu.. 

Ha.. ok lah.. harap korang puas hati baca review TB ni.. kalau nak tengok video tutorial cara pakai.. nanti TB akan share dengan korang kat sini yea.. pastikan korang tengok new update TB nanti yea..!

Oh ya.. buat bakal-bakal ibu yang nak bersalin tu.. apakata korang beli je standby satu ..Ni haa.. ada sale ni.. Sempena 12.12 !!! Dapatkan diskaun 12% pada sebarang Pembelian RM50 & ke atas. bermula dari 12 Disember hingga 15 Dis 2018, masa checkout Masukkan kod Promosi: 1212






haaa.. kalau dah ada bengkung lain pun.. beli je satu ni untuk gilir-gilir pakai.. bagus sangat bengkung ni tau.. Untuk bakal bapa atau suami tu.. haaa.. time ni lah korang boleh happy kan isteri korang dengan Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder ni kan.. dan kelebihannya korang jugak yang untuk isteri cantik molek dan bentuk badan jadi asal balik selepas bersalin.. betul tak.. untuk jaga rahim isteri jugak tu.. sila beli ye! hehe!  





UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Lihat pautan media sosial Lunavie di bawah ni yea.. 












Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

17 ulasan:

  1. Menarik ni. Cx suka pakai tau tapi yg cx beli ni macam sakit sikit bila lama² pakai. Mungkin besi dia mengucuk ttp badan mmg sedap pakai. Dahlah mahal cx beli tp tulah, ada sedikit kekurangan. Tp Lunavie Binder ni nampak nice dan lembut, mesti ikat kemas je badan kita. Boleh try ni TB. Tq tau for sharing!

    BalasPadam
  2. Best pulak tgk lunavie ni.. Rasa nak beli sebb perot moncit sikit hehe.. Boleh je kan untuk kempiskan perut.. Esok boleh la usha2 tgk sbb ada diskaun byk 😍

    BalasPadam
  3. Wowww.nak try gak la.. Saja2 pkai. Pun boleh kan. .tak semestinya lepas beranak ja kan..

    BalasPadam
  4. wanita yg lps bersalin pasti akan risau bila nk kembalikn bentuk badan asal sebelum bersalin kan...mmg kalau bole kena pakai bengkung tp skarang ada bengkung moden yg tkpayah ikat2 mcm dlu2 tu kn...tq for sharing Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder

    BalasPadam
  5. aduii perut ciktom mmg menggelebeh sangat lepas bersalin aritu..kena beli jugak ni satu..tgok senang nak pakai..boleh sorok lemak dan reshape balik bentuk badan..hihi

    BalasPadam
  6. Menariknya produk ni! Maklumlah kita pompuan ni bila dah berusia sikit memang susah nak dpt blk bentuk badan asal kalo tak jaga makan n minum kan..leh try ni

    BalasPadam
  7. Kalau untuk wanita berpantang boleh kan..rasa nyer adik akak blom beli lagi ni..due dah nak sampai dah tu 8hb Jan..nanti nak suggest kat dia la..orang tak pantang bersalin pun bleh guna kan...menarik product Lunavie ni

    BalasPadam
  8. dia macam bengkung jugak la kan.macam tau2 je airah tengah survey bengkung untuk pantang bulan 3 ni.ada jugak tengok brand ni tapi produk dia yang lain macam berminat nak try

    BalasPadam
  9. Menarik ni. Kebetulan syira pun tengah usha bengkung. Dulu syira pakai yang kena ikat tu. Susah pulak nak ikat2. Yang ni nampak senang dan kemas. Boleh la cuba. Perut pun dah ke depan ni hehe

    BalasPadam
  10. pernah try yang seakan macam bengkung ni dulu. harga mahal juga last2 duduk dalam lemari dah selamat kita letgo. Tak sabar tunggu TB buat review sendiri. haa, jangan lupa up lembut kat kulit ke idak tau!

    BalasPadam
  11. produk Lunavie ni memang berquality kan. Masa pantang anak ketiga ada juga pakai benkung macam ni. Memang best and mudah sangat. Agak2 nak ke toilet pun senang tak de nak menyusahkan banyak pihak. Yang penting memang slim perut.

    BalasPadam
  12. Bagusnya fungsi bengkung ni. Kalau TB yang suggest memang kena beli la . Boleh jugak beli untuk persediaan awal kan. Tak pantang pun boleh pakai tak sebab nak kempiskan perut. Nanti nak survey dulu.

    BalasPadam
  13. Sis time lps bersalin je dulu rajin pakai..lps habis pantang..terus hilang ke mana bengkung..hehehe. Nampak gaya memang kena pakai jugaklah..dah banyak spare part sana sini yang tak leh cover dah..:D

    BalasPadam
  14. Ena suka sangat bengkung. Tapi dulu kan beli jugak moden lepastu xpakai sebab xselesa. Last2 pakai manual tali panjang tu.hahahahaha..,tengok bengkung ni mcm best jer.. lepas bersalin bahagian perutlah susah nak kempis kan.. tapi nak yang sedap dipakai..

    BalasPadam
  15. Selepas bersalin, memang kena berbengkung. Masa bersalin zara dulu banyak berbengkung. Bersalin zhareef, kurang berbengkung sbb perlu keluar masuk klinik checkup kuning.
    Tapi rasanya kalau berbengkung mcm ni nampak mudah. Perlu berurusan diluar pun masih boleh pakai bngkung kan.

    BalasPadam
  16. i think this would be good for those post-pregnant ladies... help them easier to get back the body shape they want! but ofcoz need to add on with workout and diet as well.

    EPF increases minimum basic savings! See how it affects you!

    BalasPadam
  17. I rad many good reviews about this Lunavie Premium Postpartum Abdomal Binder but i personally belum cuba lagi lah. Looks like i might help me to kempiskan my perut and its also easy to wear.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile