adseng

Innity 1

Nuff

30 Disember 2018

MEGA-C Plus Bioflavonoid | Vitamin C Dalam Bentuk Sachet


MEGA-C Plus Bioflavonoid |
Vitamin C Dalam Bentuk Sachet


Sebut sahaja BiO-LiFE pasti semua orang tahu kan.. Sebab  BiO-LiFE Malaysia ni dah terkenal di pasaran selama lebih dari 30 tahun.

Bagi yang tidak tahu, BiO-LiFE Malaysia adalah sebuah Syarikat yang komited untuk menghasilkan pelbagai produk kesihatan yang menyeluruh disamping menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan melalui peningkatan dan inovasi yang berterusan.



Terkini! BiO-LiFE Malaysia telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Vitamin C dengan Bioflavonoid yang pertama kali didatangkan dengan serbuk didalam sachet .

MEGA-C Plus Bioflavonoid iaitu Vitamin C berbentuk serbuk didalam sachet ini adalah Vitamin C dalam bentuk aksorbat.



MEGA-C Plus Bioflavonoid ini juga mempunyai kandungan    Vitamin C yang tinggi dalam 1 sachet, mesra dengan perut, menyerap dengan lancar kerana mempunyai Bioflavonoid, paling best ianya tanpa gula tambahan..
.
Sehari 1 sachet sahaja.. dalam 1 sachet ni mengandungi dos vitamin C yang tinggi iaitu 1000mg.

Rasanya pula best sebab rasa limau memang kegemaran ramai..


TB pun suka sebab sachetnya bersaiz kecil so, mudah sangat nak bawa masa travel..

Nak senang.. buat macam TB, letak air siap2 dalam shaker ni.. pastu sampai kat mana-mana.. terus koyak sachet tu, tuangkan aje MEGA-C Plus Biofalovoid ni kedalam shaker tu, dan goncang2.. minum terus!


Haa.. buat mereka yang tak tahu tu.. Vitamin C ni sangat diperlukan untuk setiap orang kerana ia memainkan peranan penting dalam membina sistem imuniti / kesihatan badan kita dan seterusnya mampu memerangi jangkitan patogen yang berbahaya kepada tubuh badan kita

Dan antara faktor yang menyebabkan sistem imuniti kita lemah ialah apabila kita sering terdedah dengan pencemaran, perubahan suhu, tekanan yang kronik, gaya hidup tidak sihat, dan juga kurang bersenam..

Sekarang jom kita baca pula betapa pentingnya Vitamin C dengan Bioflavonoid untuk tubuh badan kita  :

  • Menguatkan Sistem Kesihatan Badan 
  • Membanteras Kerosakan yang disebabkan oleh radikal-radikal bebas
  • Mengekalkan Kesihatan Umum
  • Antioksidan yang tinggi

Ramai antara kita yang tidak tahu punca atau gejala-gejala Kekurangan Vitamin C so dibawah ni TB kongsikan gejala-gejala nya ye..

  • Skurvi
  • Gusi Berdarah
  • Penyembuhan Luka Yang Perlahan
  • Hidung Yang Berdarah
  • Rambut Kering dan Bercabang
  • Kulut Kering Dan Bersisik


MEGA-C Plus Bioflavonoid ni sesuai untuk :

  • Pelancong / Pengembara
  • Perokok
  • Warga Emas
  • Eksekutif Yang Stress Bekerja
  • Individu yang ingin menambah kandungan vitamin C dalam badan
  • Individu yang mengalami masalah gastrik – perut sensitif





Cara Penggunaan mudah je :
Larutkan Satu Sachet MEGA-C Plus Bioflavonoid bersama 1 gelas air sejuk dan minum satu kali sehari.

Dibawah ni TB nak share berberapa info lagi tentang MEGA-C Plus Bioflavonoid, jemput baca yea.  moga bermanfaat..

Apa itu Bioflavonoid?
Bioflavonoid merupakan pigmen semulajadi yang memberikan warna kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga mempunyai fungsi sinergistik dengan vitamin C untuk meningkatkan kesihatan, dan ianya telah menunjukkan dapat meningkatkan penyerapan vitamin C.


Apa itu Mega C Plus Bioflavonoid?

MEGA-C Plus Bioflavonoid merupakan vitamin C yang berdos tinggi dalam bentuk kalsium askorbat dan ianya diperkaya dengan bioflavonoid. Bioflavonoid membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C dalam badan kita.

Oleh itu, Mega C Plus Bioflavonoid merupakan pilihan vitamin C yang terbaik dan mesra untuk perut.

TB dah try minum dan TB rasa takde gejala sakit perut pun lepas minum.. dan rasa sedap je.. 

MEGA-C Plus Bioflavonoid membantu mengekalkan kesihatan yang baik dimana Vitamin C membekalkan antioksidan kepada tisu yang mengalami stress yang disebabkan oleh radikal-radikal bebas.

Vitamin C khususnya diperlukan oleh aktiviti enzim yang terlibat dalam metabolisme kolagen, hormon, asid amino, dan carnitine

Berapakah dos yang disarankan?
Dewasa:
Ambil SATU paket sehari bersama makanan, larutkan ke dalam 125ml air.


Apakah ciri-ciri Mega C Plus Bioflavonoid?


  1. Vitamin C dalam bentuk askorbat – mesra untuk perut
  2. Vitamin C berdos tinggi (1000mg) dalam bentuk paket
  3. Diperkaya dengan bioflavonoid untuk meningkatkan penggunaan dan penyerapan vitamin C dalam badan
  4. Tiada gula tambahan, sesuai untuk pesakit diabetes
  5. Dalam bentuk paket yang kecil dan kurang berisiko untuk mengalami pengoksidaan

Apa itu kalsium askorbat?
Kalsium askorbat adalah vitamin C yang berbentuk garam buffer. Kalsium direaksikan dengan asid askorbik untuk mengurangkan sifat asid dalam vitamin ini, lalu menjadikannya bersifat lebih lembut dan sesuai untuk individu yang mempunyai saluran gastro-usus yang sensitif.



Haa.. kalau korang nak dapatkannya bolehlah ke Watson dan farmasi Caring atau farmasi-farmasi lain yang berdekatan dengan harga RM 55 sahaja..

Dalam satu kotak ni ada 30 paket .. so .. bertahanlah untuk 30 hari sebab sehati 1 sachet aje..

#BiolifeMalaysia #VitaminCsachet # MegaCPlus #Bioflavonoid

untuk info lebih lanjut : 






Seorang yang sukakan kucing, seoarang yang cerewet tetapi akan bersyukur dengan apa yang dimiliki.. seorang yang akan berusaha mendapatkan apa yang diidamkan. dengan titik peluh sendiri..seorang yang tak suka dicabar.. pantang dicabar

Related Posts

9 ulasan:

  1. Elok makan vit c ni baik untuk skin.. Kena konsisten

    BalasPadam
  2. sachet ni memang mudah nak bawa travel. Takdelah termissed nak consume kan

    BalasPadam
  3. wahh banyak kelebihannya. kena displin ambil, nanti hasilnya wow !

    BalasPadam
  4. Kita mmg mkn vit c utk kulit.. Lps ni leh try vit c jnis ni lak

    BalasPadam
  5. Vitamin C memang elok diamalkan untuk kulit. Lagi senang dah ada bentuk sachet boleh bancuh kan.

    BalasPadam
  6. Bagus ambil vitamin c nni.. Badan kjta memerlukan vit c.. Selalu makan oren je.. Nah siap dah dengan minuman.. Sennag pulak tu.

    BalasPadam
  7. Tak pernah lagi amalkan apa2 vitamin. Rasanya dah sampai masa untuk cari2 vitamin untuk kesihatan sendiri ni

    BalasPadam
  8. I lagi suka makan Vitamin C soluble than the tablet form. This one is easy to bring and drink.

    BalasPadam
  9. Sempena tahun baru ni ada diskaun Tak, zira tertarik la produk ni

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile