Hansaegee Nature Skincare Dari Korea - Pilihan Tengkubutang



Hansaegee Nature Skincare Dari Korea
- Pilihan Tengkubutang 


Haii semua.. TB baru je lepas sambut Anniversary yang 7 pada 10 Mac baru ni.. hehehe.. macam biasa kalau nak keluar sambut hari special ni.. kena la makeup-makeup sikit.. kalau tak makeup pun kenalah pastikan muka tu berseri je kan.. hehehe.. dan TB rasa happy sangat sekarang sebab kalau nak bagi muka nampak glowing dan berseri mudah sangat dah. Tak perlu makeup tebal-tebal dah sebab Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature kan ada.. Memudahkan kerja TB nak bersiap keluar ke mana-mana.


Haaa.. ini lah dia Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature tu.. Best sangat!

TB dapati selepas guna Gold Nano CC Cream, kulit TB makin sekata, dan nampak cerah sedikit, wrinkle/kedut pun dah berkurangan.. Syoklah rasa dapat jugak TB bertemu dengan CC Cream yang sesuai dengan TB. Terbaikk lah..



Haaa.. ini dia kelebihan Gold Nano CC Cream yang TB ceritakan tu.. 

Kalau korang nak baca review atau info tentang Gold Nano CC Cream ni, jemputlah baca di link SINI dan SINI yea.. Pasti korang pun teruja tengok perubahan kulit TB selepas guna Gold Nano CC Cream ni.. 


Haaa.. untuk entri kali ni pulak TB nak share mengenai Hansaegee Nature ni dan macam mana korang nak dapatkan produk-produk dari jenama ni..


HANSAEGEE NATURE

TB mula mengenali jenama Hansaegee Nature dari seorang Blogger yang selalu share tentang produk ni, dan TB ada tengok ramai yang guna produk Hansaegee nature ni bagi feedback positif lepas guna..


TB paling teruja sangat dengan Gold Nano CC Cream tu sejak dari packaging lama lagi tau.. Memang rasa nak cuba sangat bila tengok efek glowing tu memang serta merta lepas beberapa minit guna.. TB tengok review-review yang guna sebelum dan selepas memang nampak berbeza kulit diorang tau..  Haa.. TB pun simpan angan-angan nak cuba jugak produk dari Hansaegee Nature ni..


Akhirnya, Alhamdulillah dapat juga TB mencuba Gold nano CC Cream ni, dari packaging lama hinggalah ke Packaging baru.. dua-dua packaging TB suka.. tekstur dan bau serta kesan efek lepas guna, semua TB puas hati..
Haaa.. bagi kornag yang belum tahu tentang Hansaegee Nature ni, meh TB share sikit story tentang jenama dari Korea ni..

Hansaegee Nature ni merupakan satu jenama kecantikan dan penjagaan kulit. Ia dah wujud sejak  6 tahun lalu (bermula dari tahun 2011) lagi dekat Malaysia ni. Istimewanya tentang produk-produk jenama ini kerana ia merupakan produk 100% original buatan dari Korea dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti dan semulajadi.

Semua bahan-bahan yang digunakan telah diluluskan secara sah dan memang selamat untuk digunakan. So tak payah nak risau lah dengan kualiti produknya..yang penting bebas dari bahan terlarang.

Antara produk Hansaegee Nature yang sering mendapat permintaan tinggi adalah Gold Nano CC Cream. Ia telah pun berada bertahun-tahun di pasaran.

Kemudian pada tahun 2016, Hansaegee Nature telah melancarkan produk Aqua Whitening Cream. Ia adalah krim pelembap yang membantu untuk mencerahkan kulit dan mengatasi masalah kesan sunburn kulit. Apa yang menarik tentang krim ini ialah selepas bebearapa sata sapu di kulit ia akan berubah menjadi seperti titisan air .. Awesome.. 

Dan pada tahun 2018, sekali lagi Hansaegee Nature memperkenalkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser.

Selain dari ini, Hansaegee Nature juga turut mengeluarkan beberapa produk lain seperti produk penjagaan mata dan mask muka.


BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN

So kalau korang pun berminat untuk mendapatkan produk Hansaegee Nature ni boleh terus membuat pembelian melalui website sahaja. Ini kerana produk mereka HANYA boleh di dapati di laman rasmi di www.hansaegee.com/shop

Kesemua produk Hansaegee Nature TIDAk dijual di kedai runcit atau lain-lain saluran dalam talian.

Disini TB share macam mana TB membuat pembelian :

1. Buka laman www.hansaegee.com/shop dan sign up form



2. Isikan kesemua maklumat di dalam borang dengan betul dan lengkap dan tekan CREATE AN ACCOUNT




3. Setelah selesai, korang akan menerima notification mengenai point yang diterima, macam TB takde poitn dah sebab TB dah lama daftar akaun Hansaegee Nature ni.. Masa mula-mula daftar je akan dapat point ni tau.. Ok seterusnya ...


4. Pilih mana-mana produk yang ingin dibeli dan Add To Cart



5. Bila dah Add To Cart, boleh la terus Go To Checkout.




6. Masukkan butiran nama dan alamat untuk penghantaran. Isi maklumat dengan betul okay..




7. Pilih Shipping Methods mana yang korang nak ( Poslaju dan Gdex ) dan selepas tu boleh la terus membuat pembayaran. So senang dan mudah je kan.

Untuk setiap pembelian pulak, yang bestnya korang akan dapat hadiah percuma untuk setiap pesanan tau ( bergantung pada jumlah pesanan dan hadiah yang berbeza )
Contoh macam TB dapat Gold Nano CC Cream, so hadiah PERCUMA yang diberi adalah Pen + Beg Kertas + Pouch.

Kalau korang berbelanja miniman RM70 ke atas, korang akan dapat percuma penghantaran di seluruh Malaysia dan akan mendapat 1 mata ganjaran untuk setiap pembelanjaan RM1.00..dengan setiap 100 mata ganjaran pula korang boleh menebus untuk pembelian seterusnya.





Penghantaran produk pun cepat..kalau korang bayar sebelum jam 10.00 pagi, produk akan di hantar pada hari yang sama. Tapi kalau selepas jam 10.00 pagi akan dihantar pada keesokannya. Kalau area KL dan Selangor sehari je sampai..tapi kalau luar kawasan tu..biasa dua tiga hari.

Pasal pembungkusan produk pun tak payah risau sebab pihak Hansaegee akan memastikan setiap produk dibalut dengan kemas dengan bubble wrapping. So produk korang tu ada perlindungan dan akan sampai dengan selamat. TB sendiri akui memang masa terima barang hari tu, barang dibalut dengan kemas dengan bubble wrap yang tebal sampai susah juga nak buka.. haha... dah la tak sabar nak guna.. hihihhi..  terbaik!

Sesuatu yang menarik TB suka tentang website Hansaegee Nature ni jugak ialah ada Live Chat…So kalau macam korang ada nak tanya apa-apa ke boleh dibuat melalui Live Chat tu.. tapi kalau rasa nak tanya melalui whatsapp atau emel pun boleh jugak. Ikut yang mana korang rasa senang.


Dekat website Hansaegee Nature ni juga ada bahagian “Review” dimana korang boleh baca perkongsian menarik dari pengguna-pengguna yang menggunakan produk Hansaegee ni.

Terdapat juga bahagian “Tutorial”. Dekat bahagian Tutorial ni ada tutorial dan penerangan bagaimana cara untuk menggunakan produk tersebut. Korang juga boleh tengok video untuk lebih pemahaman.


Haa.. best kan... korang boleh baca dulu cara nak guna macam mana, apa yang boleh buat krim lebih menyerap dengan lancar dan bagaimana nak bagi muka lebih berseri dengan memakai krim cara yang betul.. Ok lah.. kalau ada yang berminat dengan produk Hansaegee Nature, korang boleh hubungi mana-mana link dibawah ni yea.. Kalau sudi Follow dan LIKE sekali ye.. hehe..


Oh ya.. Hingga kini TB masih teruja guna Gold Nano CC Cteam ni tau.. sebab mudah nak guna.. Kulit pun nampak glowing lepas guna cc cream ni.. dan paling best sebab senang nak bawa pi mana-mana..  Haa.. bagi korang yang berminat tu.. boleh lah tengok info atau order dekat link bawah ni ye.. 

Maklumat lanjut :





15 Ulasan

  1. Menarik! Rupanya banyak koleksi produk ni dalam satu bumbung ye...ritu ingat satu je...bagus ni boleh buat pilihan. TQ TB.

    BalasPadam
  2. Saya paling tak suka pakai CC krim, sebab kulit akan menjadi sangat berminyak. Tapi dah baca review Gold Nano CC Cream, rasa gatal nak cuba pula.. macam menarik.

    BalasPadam
  3. Great cc cream.. looks like its' a great product for flawless skin.. nice one.. try try and i think surely will love it..

    BalasPadam
  4. Produk Hansagee ni memang best. Saya pakai yang bubble cleanser tu, memang best sangat so mmg brand ni saya suka

    BalasPadam
  5. wah ada product beauty-k terbaru kena check out ni. ni kalu bagitau kat adik perempuan mesti dia nak cuba pakai jugak. harga boleh tahan berbaloi jugak tu. nak kena tag adik la..

    BalasPadam
  6. Owhh kisahnya produk ni hanya di jual kat website dia je lah ekk..kena daftar dulu, ingatkan ada jual kat farmasi. Nanti bolehlah sis survey2 website depa..tengok apa lagi yg menarik

    BalasPadam
  7. Prosuk Hansaegww memang best best kan .Mimi dah try cleanser nanti nak tey CC Cream pulak .Nampak best je bila baca review TB ni. Nak try jugaklah.

    BalasPadam
  8. Betul, best giler cc cream ni tau. Berbeza dengn cc cream yg lain sebb dia bgi muka kita glowing dan cntik je.. Suka sangat tau. .Lgi bgus pkai sekli dengan aqua whitening cream dia

    BalasPadam
  9. Tergoda lak kita. Ramai kata best guna CC Cream ni. Cara pembelian pun senang nampaknya. Nanti nak usha laaa... Harga pun ok! Terbaik laaa

    BalasPadam
  10. Oh yang ni CC cream pulak ye. Dia ada foundation jugak tak? Emi jarang pakai bb cream or cc cream. Lagi suka pakai foundation. Hehe

    BalasPadam
  11. Looks like they offer really good products that can help to improve complexion and help ladies to achieve flawless skin. Ouh... They even have live chat function? That's really useful. 😁

    BalasPadam
  12. Wah ramainya yang share review pasal cc cream ni. Nampak macam best ja. Tak nampak sarat dan light ja.

    BalasPadam
  13. Skrg dah ada cc cream baru dan ramai yg kata menarik mgkn sesuai dgn multi muka kak

    BalasPadam
  14. Dah banyak baca nice reviews pasal produk nie. Nie yang buat Rawlins tak senang duduk dibuatnya dan teringin nak beli. Hehe. Thanks share nie ye. Nampak gaya macam akan terbeli dalam tempoh beberapa hari ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama