TIPS / CARA NAK TANGGANI ANAK TANTRUM DI KHALAYAK RAMAI

TIPS / CARA NAK TANGGANI
ANAK TANTRUM DI KHALAYAK RAMAI


Hai.. Selamat pagi semua.. hari ni TB nak share tentang satu post ni yang menceritakan tentang tips serat cara nak tanggani anak tantrum dikhalayak ramai.  Benda ni memang tak semua parent akan merasa sebab tengok pada keadaan anak-anak, ada anak-anak yang masih boleh control apa yang dia tak dapat, dia bersabar tapi ada juga yang bila dah nampak apa yang di mahukan, tetap nak dapatkannya , selagi tak dapat.. menjerit, menangis, berguling bagai.. aiyoo..
"Masuk sebuah mall, ternampak seorang adik yang berusia dalam 4 tahun, menangis gila kuat sebab nak "kinder joy" yang ada permainan dalam tu, harga dalam RM 5.30 tu & ..... ayahnya tampar budak tu, cubit telinga cakap "tak faham bahasa ke kau, dengan muka berang !" Apa korang akan buat kalau korang sendiri yang jadi ayah budak tu tanpa belikan kinderjoy tersebut?

TEMPER TANTRUM
➖➖➖➖➖➖➖

"NAMPAK ANAK ORANG MENANGIS NAK MAINAN TAPI MAKPAK TAKNAK BELIKAN, KITA PUN KESIAN DAN BELIKAN."

Temper Tantrum. Itulah istilah yang digunapakai bagi menggambarkan kanak-kanak yang menangis berguling-guling kerana tak dapat apa yang diinginkan.

Kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun belum pandai untuk mengawal diri sehingga boleh lupa diri.

Apa yang menyebabkan mereka tantrum? TAK DAPAT APA YANG MEREKA MAHU!

• 1 - 2 tahun biasanya berpunca daripada tidak dapat apa yang mereka perlu contohnya susu dan tukar pampers sebab melekit namun belum ada kemahiran berbahasa, maka ibubapa perlu faham pattern tantrum mereka. Nampak anak kecil menangis walaupun bukan anak kita, mesti kita akan kata "dia nak susu kot" atau "pampers dia penuh tu rasanya". 

• 3 - 4 tahun biasanya mahu autonomi dan sudah tahu berkata-kata, serta lebih pandai untuk mahu sesuatu yang lebih. Ini selalu jadi di pasaraya. Mereka menjerit dan menangis mahukan mainan mereka, dan kadang2 menggamit simpati orang lain dan mereka belikan. 

🔘Niat baik tapi caranya salah!!!
  1. Itu anak orang, bukan anak kita. Mungkin ibubapa mereka sedang mendidik anak mereka.
  2. Jika nak belikan pun, minta izin ibubapa anak itu dahulu namun perlulah secara tersembunyi dan jangan terang-terangan bagi menjaga air muka mereka.
  3. Jika anak itu benar-benar keadaan daif, kelaparan, atau memang ibubapa nak belikan tapi tak mampu, lihat semula poin nombor 2 di atas.
  4. Jika anak itu disyaki child abuse, laporkan kepada pihak berkuasa
Bagi TB, TB pun akan biarkan juga anak menangis, dan TB memang tak nak orang lain pula cuba berikan apa yang anak TB nak masa tu. kerana itu cara TB nak mengajar anak agar dia tahu tak semua barang yang dia akan dapat semudah itu, dan ada barang-barang tertentu sahaja yang TB akan belikan kalau TB rasa benda tu memang elok untuk anak. Tapi kalau cekelat-cekelat ke, kinder buino tu ke, idak laaaaa.. hahahaha.. TB sendiri tak pernah makan benda tu.. hahaha.. mahal kot.. mahal sebab isi dalam dia apa je.. haha.. so, better jangan ajar anak-anak korang ye makan benda-benda macam tu sebab next time pergi kedai dia akan mintak lagi.. hahahaha.. lagi... tantrummmm

🔘 Menangani Tantrum

1. Biarkan
〰〰〰〰
  • Ketika ini emosi anak anda menguasai diri sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang betul. Saat ini memberi penjelasan tidak akan berkesan kerana frontal cortex otak mereka telah dikawal oleh emosi. Apa2 yang ibubapa buat atau cuba biasanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk!
  • Analogi : sama seperti sedang lemas dalam air. Masa ini nak ajar orang itu berenang pasti tak jadi punyalah! Terjun dan berada berhampiran orang itu tapi jangan terus paut kerana anda mungkin akan ditarik oleh mereka sekuat hati hingga anda pun turut lemas sekali. Apabila orang lemas itu lemah sedikit barulah paut dan tarik ke tepi. 
  • Mereka menangis dan berguling semahu-mahunya hingga menarik perhatian orang lain. Ibubapa yang hati basah mesti rasa malu dipandang sebegitu. Jangan malu makpak sekalian. Biarkan sahaja anak anda begitu dan gerak jauh sedikit. Mereka akan tenang selepas beberapa ketika.

2. Beri ruang
〰〰〰〰〰
• Beri ruang untuk mereka melalak dan meluahkan emosi, dan tak perlu bertegang urat dengan mereka saat itu; samalah macam anda yang menangis masa kena rejek. Huhuhu 😢😢😢


3. Tarik perhatian ke arah lain 
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
• Ada ibubapa yang bawa buku, toys dari rumah untuk distract anak mereka ketika tantrum di pasaraya. Boleh juga tunjuk ke arah lain contohnya burung di awanan atau ikan dalam akuarium berdekatan (kalau ada).

• Taktik ini berkesan semasa tantrum baru sahaja mahu bermula. Jadi, kesan awal!

Haa.. TB selalu guna cara ni tau.. Dalam beg TB mesti TB akan spare mainan dari rumah.. dan kalau balik kampung naik train pun TB dah spare mainan yang baru beli yang TB tak pernah bagi harraz tengok lagi.. hehehe.. so.. bila agak-agak macam dia dah bosan duduk lama dalam train, TB akan keluarkan mainan rahsia tu.. jeng jeng jengggg.. settle terus.. harraz macam asyik je belek-belek mainan baru dia.. hahaha.. beli lebih sikit yea.. kot 1 tak cukup.. TB beli 3 mainan kecil.. lori-lori atau kereta.. dan buku mewarna.. Magic Colouring Book .. hanya guna air je.. so.. rasa tenang je balik kampung dengan harraz.. hahaha..


4. Jangan pukul
〰〰〰〰〰〰〰
• Waktu tantrum ini kalau dipukul walaupun pukulan manja, tangisan mereka akan jadi lebih teruk dan sangat teruk, hingga lebih banyak mata akan memerhati. Yang dapat nama buruk tentunya ibubapa. Dan masa inilah ramai akan cuba beli dan beri percuma. Tak malu ke?


5. Peluk
〰〰〰〰
• Sambil membiarkan mereka dengan tantrum, peluk juga mereka hingga mereka tenang. Ingat, jangan cakap apa-apa waktu itu. Lihat semula poin nombor 1. Peluk sahaja dengan erat.


6. Insentif
〰〰〰〰
• Anak dah tenang? Bagus! Beri mereka insentif lain yang lebih bermanfaat. Beli aiskrim kongsi bertiga pun best juga.


7. Penjelasan
〰〰〰〰〰〰
• Selepas anak dah tenang, sambil makan aiskrim (contoh), terangkan kepada mereka kenapa anda tak penuhi kehendak mereka.

• Apa yang biasa saya buat ialah :

"faqih, mainan tu mahal sangat. Kalau abah beli nanti abah takde duit nak bawa faqih jalan-jalan selalu"

"Faqih, rumah kita kan banyak mainan dah. Nanti rumah tak muat. Terpaksa buang semua otomen qiqih."

"Gula-gula tak elok untuk gigi tau. Kawan2 faqih semua gigi dah hilang kan. Qiqih nak ke camtu?"

• Ia berkesan! Setiap kali lalu tempat mainan, Faqih sendiri akan cakap :

"Takyah belilah mainan lagi. Mahal sangat. Kat umah pun ada mainan."

"Taknak beli gula-gula. Nanti gigi hilang."

• Tapi, beri penjelasan yang betul dan jangan tipu mereka. Apa yang anda ajar akan melekat dalam otak mereka hingga bila-bila.


8. Jenaka
~~~~~~~
• Kalau anak anda masih tantrum, selain daripada membiarkan, boleh juga buat jenaka yang minima. Kenapa? Kerana orang sekeliling akan tengok apa reaksi anda menghadapi tantrum ini. Lost temper? Orang pandang. Anda pukul anak pun orang pandang. Kalau nasib tak baik ada orang rakam dan upload di facebook. Tak pasal-pasal je. Hehe.


9. Keluar
~~~~~~~
• Masih tantrum? Angkat anak dan bawa masuk kereta balik rumah terus! ... dan buat step 1 - 8 di rumah pula. Hehe.

Semoga bermanfaat.
Tips dari :
Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Gambar :
Ekstrak from Google



3 Ulasan

  1. setiap anak lain cara nya kan... tp bgs juga tips2 nih.,... paling suka last tu , klu tak jln juga semua tips2 baik balik ke rumah,heheheh

    BalasPadam
  2. baik tips ni.. tak sabar tunggu Insyirah besar.. :)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama