adseng

Nuff

03 April 2019

Jadilah Orang Pertama Dapatkan Syiling Peringatan Tun Mahathir !

Jadilah Orang Pertama Dapatkan
Syiling Peringatan Tun Mahathir !


Pada 10 Mei 2018, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Pada hari sebelumnya, Tun Dr. Mahathir sebagai pengerusi Pakatan Harapan telah mengetuai gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang mengakibatkan berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional sejak kemerdekaan. 

Pilihan raya ini bersejarah kerana Tun Dr. Mahathir yang berusia 93 tahun menjadi Perdana Menteri tertua di dunia. Pengumpulan duit syiling emas peringatan ini dirancang untuk memperingati peristiwa penting ini, yang juga meraikan pelantikan kedua Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, 15 tahun selepas persaraan beliau sebagai Perdana Menteri ke-4 Malaysia (1981-2003)

Sebagai sebahagian daripada dasar Tun Mahathir untuk memacu Malaysia ke arah Pemodenan, beliau telah berjaya membina projek-projek seperti projek Menara Berkembar Petronas yang menjadi tumpuan utama di bandar Kuala Lumpur, Penang Bridge, Proton dan banyak lagi..



Haaa.. itu dia mukadimah entri TB kali ni.. hehe.. formal gitu kan.. Haaa.. kali ni TB nak share cerita tentang Syiling Peringatan Tun Mahathir ni.. Pastinya bagi mereka yang suka kumpul Syiling/koin yang punya sentimental value gini akan tertarik nak memilikinya juga kan.. 

Eh, sebelum tu nak bagi tahu lah ye, entri ni bukanlah berbau politik ok.. So, TB harap jangan la ada yang berlainan parti tu nak kecam kecam ke ye.. hehe.. 

Entri ni just nak war-war kan tentang Syiling Peringatan Tun Mahathir yang telah dilancarkan dan boleh dimiliki dengan melayari website yang TB nyatakan dibawah sekali ni.. Haa.. duit syiling emas ini direka untuk memperingati peristiwa penting ini, yang juga meraikan pelantikan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.. 

Haa.. korang mesti masih ingat kan.. pada tahun lepas ( 2018 ) Rakyat Malaysia semua telah mengundi untuk pilihan raya umum ke-14 Malaysia. Pilihanraya diadakan pada hari Rabu, 9 Mei 2018 untuk ahli Parlimen ke-14 Malaysia. Jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah 222 kerusi di Dewan Rakyat dan 505 kerusi dalam 12 daripada 13 Dewan Undangan Negeri di Malaysia.

Pilihanraya kali ini merupakan sesuatu yang mengejutkan di mana kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan menumbangkan gabungan parti Barisan Nasional (BN), yang telah menikmati pemerintahan tanpa gangguan di negara sejak kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, dan dari situ juga ternyata Rakyat inginkan perubahan . Pemilihan itu menggambarkan perubahan rejim pertama dalam sejarah Malaysia,



 "Duit Syiling Peringatan Tun Dr Mahathir"

Puncak Julung Enterprise telah mengeluarkan koleksi Syiling Emas bersama Tun M sempena meraikan dan memperingati momen bersejarah di GE14,




Syiling Peringatan Tun Dr Mahathir kini telah dilancarkan secara rasmi, jom dapatkan segera! Didatangkan dalam bentuk seakan-akan buku beserta sarung berwarna merah dengan gambar Karikatur Tun M di hadapannya bersama logo-logo parti gabungan Pakatan Harapan.



Ok.. kalau buka, kita boleh nampak didalamnya sebelah kiri ada keterangan mengenai Tun M dalam bahasa Melayu namun ada juga disediakan keterangan dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil,


Haa.. disebelah kanan pula ada Koleksi Syiling Emas tu, korang mesti teruja tengok tau.. sebab dekat syiling tu ada tertera ukiran wajah Tun M yang sedang senyum.. hehehe.. Korang boleh keluarkan dan tengok sendiri depan belakang Syiling tu.. 


Apa yang paling menarik ialah, dekat syiling tu ada juga tandatangan dari Tun M tau! woww.. hebat untuk siapa yang memilikinya! Jom kumpul untuk simpanan dan koleksi peribadi.. 

Oh ya.. dekat bahagian tu juga ada lirik lagu negaraku . Jom nyanyi sama-sama.. hehe..

Akhir sekali semoga Tun M akan diberi kesihatan yang sempurna untuk terus membangunkan Negara Malaysia menjadi negara yang stabil dan menjadi negara yang rakyatnya hidup aman sentosa.. Moga Tun M dipanjangkan umur dan semoga pemerintahan beliau akan sentiasa Allah aturkan lancar dan terbaik untuk rakyat jelata... Aaamiinn.. 


Kalau korang pun nak juga koleksi Syiling ni.. 
korang boleh buat Pre-Order secara online di laman web: tunmcc.com.my
Syiling tersebut dijual dengan harga RM160 (ketulenan emas 999; seberat 0.1 gram)


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan media sosial :

Laman web: 

Facebook: 

Instagram: 

#tunmcc #koleksikoinemas





Related Posts

15 ulasan:

  1. Waaaa.. Bestnya dapat simpan syiling peringatan tu. Yela, limited edition kan..

    BalasPadam
  2. yang minat koleksi macam ni sila dapatkan..

    BalasPadam
  3. teringin nak jugak, antara pemimpin yang hebat ...disegani kawan dan lawan ...if ada bajet nak jugak...mungkin akan jadi lebih value dimasa akan datang

    BalasPadam
  4. wow so nice the coin, glad you sharing here as my dad was coin collector. I shall inform him of this. I like this too, glad to check this coin too, shall visit the website now.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Bestnya ! Ini stock limited nie. Nanti nak cari jugaklah. Sy memang peminat besar dr Mahathir dari dulu lagi. Jasa dan pemikiran beliau banyak mengubah dan menempatkan nama malaysia di persada antarabangsa

    BalasPadam
  7. oh how much is the coin? Is tunmcc.com.my a direct sales or what ah? Hmm the coin looks nice la can keep for memorial in a long time

    BalasPadam
  8. InshaAllah kalau ada rezeki murni nak dapatkan juga satu keping syiling ini untuk simpanan anak cucu tengok nanti..sebab Murni pon admire kat tun..
    Like · Reply · 1m

    BalasPadam
  9. Ni emaskan hehehe kita kalau dapat ni memang akan jual terus lah wakakak laku tengah hangat orang dalam gambar tu hehehehehe tapi kat mana nak dapatkan ni murah tak..

    BalasPadam
  10. Cantiknya koleksi syiling tun ni.. Yg jenis mmg minat kumpul2 barang sebegini mcm ni boleh la beli

    BalasPadam
  11. Besar juga syiling emas koleksi Tun tu ya TB .Kakau yang jenis suka kumpul koleksi macam ni memang patut ada satu. Syiling ni masa masa akan datang jadi rebutan tau. Ada satu memang sangat untung dah.

    BalasPadam
  12. Sis bukan pengumpul duit syiling tapi kalau Tun M punya koleksi memang teringin jugak nk dapatkan satu, buat kenang kenangan kat anak cucu nanti. Lagipun mmg minat gan Tun M ni

    BalasPadam
  13. Tengok ramai jugak yang promote pasal syiling ni heheh memang rasa cam nak adabjugak sebab boleh buat kenang kenangan kan

    BalasPadam
  14. wow! such a collection u hv.. it's great to hv this kind of collection.. good one... gonna be very wrothy in future..

    BalasPadam
  15. Menarik juga kumpul syiling emas ni. Kalau akak beli ni. akak dikira sebagai main emas ke camana? Beli simpan aje takpe kan? Kadang fikir nak juga kumpul syiling dan blok emas tu. ahahha

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile