Founder JamuMall - Khairul Nizam Beri Inpirasi Kejayaan Buat Semua

Founder JamuMall - Khairul Nizam Beri Inpirasi Kejayaan Buat Semua

Zaman sekarang ramai yang suka memilih kerja dan nak kerja senang aje.. walhal Allah dah beri tulang 4 kerat yang sempurna tapi masih lagi tak bersyukur.. Rela jadi penganggur kerana tak dapat pekerjaan yang dimahukan dan boleh pulak rasa tak bersalah duduk saja dirumah dan membebankan ibu bapa diorang.. Mereka patut lihat video dibawah ni supaya mereka tahu hargai apa yang mereka miliki sekarang berbanding kehidupan orang lain yang tidak bernasib baik.

I am Inspired by Khairul Nizam JamuMall Founder...



Luahan Hati Nizam 3 Jari Dalam Videonya : 

Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai..


yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...



Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku?? 

Lihatlah aku ... 

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .



Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat .. 

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !! 

Ramai cuba memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang .. 




Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 



Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!! 

Sedih kan baca luahan hati Khairul Nizam ni.. 

Masa TB tengok video atas ni.. TB macam rasa pernah tengok Khairul Nizam ni 3/4 tahun lepas.. Kalau tak silap TB Khairul ni la yang jadi founder satu jenama perfume tu.. Hah.. betul lah! Confirm.. 

Semua terjadi selepas bisnes perfume beliau yang sebelum itu bukan jenama beliau telah dirampas pihak berkuasa.. 
dan beliau tidak mengalah malah bangkit semula bina empayar beliau sehingga menghasilkan perfume jenama sendiri dan juga produk-produk lain.. 
dan sekarang tak disangka-sangka disebabkan kecekalan dia dan semangat untuk bangkit, dia semakin berjaya dan berada di tahap sekarang... Tahniah Khairul.. Ini membuktikan OKU juga boleh berjaya dalam hidup.. 
Walaupun dengan keadaan hidupnya tidak sempurna, makan terpaksa disuap, mandi terpaksa dengan bantuan orang lain, Tidur terpaksa dijaga orang lain.. Namun Khairul tidak menganggap itu semua melemahkan semangat beliau.. 


Beliau tetap terus berjuang untuk memastikan ada sinar disebalik kekurangannya.. dan empayar Jamumall miliknya adalah bukti diatas semua usah8a dan kecekalannya.. tahniah khairul! Seharusnya kita yang sihat dan sempurna ni haruslah mencontohi Khairul dan menjadikan beliau sumber inspirasi kita untuk berjaya dalam hidup.. 
Jom follow Khairul Nizam

FB :
https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE :
https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: 
https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website :
https://jamumall.com/

18 Ulasan

  1. Eh sebelum ni baru je viral SIti Jamumall tu kahwin. Rupenye ini founder Jamumall. Kagumnya dengan semangat dia. Ye la kan waaupun ada kekurangan tapi tak pernah putus asa

    BalasPadam
  2. Bagus betul dia. Walupun ada kekurangan dia masih gigih untuk berdiri atas kaki sendiri. Saya doakan moga perniagaan jamumall maju jaya.

    BalasPadam
  3. BBL pernah jumpa dengan beliau time majlis kahwin adiknya, siti bulan lepas. tak sangka walaupun serba kekurangan tapi boleh berjaya sampai tahap macam tu. harap-harap boleh beri inspirasi kepada masyarakat sesiapa pun boleh berjaya kan

    BalasPadam
  4. Kita sendiri tak sangat yang pemilik Jamumall ni adalah seorang yang kelainan upaya tapi mampu berjaya lebih daripada orang normal kita rasa malu lak tengok heheheheh nak kena usaha lebih ni....

    BalasPadam
  5. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    BalasPadam
  6. Semangat beliau yang kental dan bersemangat waja memang wajar dicontohi dan dikagumi. Walaupun dia seorang kurang upaya tapi dia berjaya menjadi ahli perniagaan berjaya. Kekurangan bukan halangan

    BalasPadam
  7. Allah. Besar semangatnya. Cekal dan kental hatinya menghadapi pelbagai ujian dan cabaran. Kita yg normal ni belum tentu mampu. Semangat org² mcm ni memang lain macam sikit. Kita pon tabik dekat mereka ni. Semoga terus maju hendaknya amin

    BalasPadam
  8. Memg beri inspirsai betul ni.. Orang macam dia boleh berjaya, takkan kita yang sempurna tak boleh kan.. Boleh bangkitkan semnagat ni.. Nak berjaya macam dia..

    BalasPadam
  9. ramai yang viralkan kisah beliau.. teruja rasanya nak lebih berjaya.. rasa malu pun ada.. sebab yang normal macam kita ni pun banyak mengeluh je..

    BalasPadam
  10. ramai yang viralkan kisah beliau.. teruja rasanya nak lebih berjaya.. rasa malu pun ada.. sebab yang normal macam kita ni pun banyak mengeluh je..

    BalasPadam
  11. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    BalasPadam
  12. semangat macam ni yang perlu kita ikut..

    BalasPadam
  13. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    BalasPadam
  14. salute dengan kesungguh dan kecekalan founder jamumall nie. kurang upaya bukan penghalang untuk berjaya. semoga dengan kejayaan beliau membuka mata masyarakat. terbaik !

    BalasPadam
  15. Kagum dengan semangat dan kegigihan beliau TB...memang salute!!

    BalasPadam
  16. Seronok pulak baca kisah nizam ni. Betul2 memberi inspirasi. Oku pun boleh berjaya apatah lagi oranf yang sihat walafiat. Semoga terus diberikan kejayaan.

    BalasPadam
  17. ni baru betul ikon contoh , tak ada yang tak mampu dibuat asalkan kita cuba dan berusaha , dia dpat makna kehidupan sekaligus jadi pencetus semangat orang lain yang juga serba kekurangan ...semoga beliau terus berjaya dimasa akan datang....

    BalasPadam
  18. tak sangka dia ni rupanya pengasas jamu mall...hebat sungguh..rasa malu dengan diri sendiri..betapa melihat orang lain yang terus bangkit demi untuk meneruskan hidup biarpun serba kekurangan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama