Nuff

03 Mei 2019

LOSYEN DARA BONDA NING SALMAH BANTU KEMPISKAN PERUT DAN KURANGKAN SELULIT


LOSYEN DARA BONDA NING SALMAH
BANTU KEMPISKAN PERUT DAN
KURANGKAN SELULIT


Masa bersalin kan harraz hari tu TB tak dapat nak jaga perut sangat sebab TB ditakdirkan bersalin melalui pembedahan / CZER. Untuk mereka yang bersalin Czer pastinya tahu yang mereka tidak boleh memakai bengkung atau mengurut.. Alahai.. masa tu frust jugak la kan.. tak boleh nak bertepel.. tak boleh nak mengurut bagi buang angin.. TB rasa macam tunggu jelah perut kempis sendiri.. haha.. memang tak lah kan.. perut tu still la buncit sampai sekarang..

Haha.. Tapi TB baru tahu rupanya orang bersalin czer ni boleh je pakai bengkung, cuma jangan kuat sangat ikatnya.. pakai longgar sikit  sebab bengkung tu semata-mata untuk ampu perut dari bergesel atau bergoyang-goyang ketika berjalan atau buat kerja harian.. Almaklumlah luka diluar nampak je dah baik.. luka jahitan didalam kita tak tahu rupa mana kan.. sebab tu kena pastikan luka tu baik betul dulu.. sebab itu jugaklah bila kita berjalan ke apa.. terasaaaaa jeee jahitan dalam perut tu macam bergesel-gesel bergoyang-goyang.. hahaha.. terus TB amalkan pakai bengkung.. rasa macam perut tu tak statik je je bergoyang .. haha.. 

Haaa.. masa tu TB sapu minyak panas je.. kadang pakai bengkung macam tu je.. tak letak apa-apa minyak sebelum tu. Ni TB terjumpa pulak Losyen Dara Bonda dari @ningsalmah yang orang dok sebut sebut ketika ini.. Katanya elok untuk kempiskan perut.. 

Ha.. kalau korang nak tau Losyen Dara Bonda Ning Salmah ni adalah merupakan Amalan bertepel yang selalu ibu-ibu lepas bersalin akan lakukan, ia merupakan salah satu cara wanita mengekalkan perut yang kempis dan kulit yang mulus. Kini dengan gabungan herba-herba terpilih dan haruman yang menyegarkan, amalan tepel moden ini membantu mengekalkan kecantikan diri wanita pada bila-bila masa dengan menggunakan Losyen Dara Bonda Ning Salmah.



Nak tau apa Manfaat Losyen Dara Bonda ni? 
Losyen ni boleh :-




Haaa.. tengok tu.. tak ke best bila dapat jumpa something yang boleh bantu ibu-ibu lepas bersalin nak kuruskan badan? kempiskan perut.. buang angin dalam badan.. semudah 1 sapuan je.. Yang penting ramuan yang dihasilkan selamat digunakan .. Jom tengok apa dia kelebihan dan manfaat guna Losyen Dara Bonda NingSalmah ni.. 

❤ Mengempiskan perut dan membantu masalah perut buncit
❤ Memberikan bentuk badan yang ideal selepas bersalin
❤ Melindungi kulit daripada penuaan
❤ Melembap dan menganjalkan kulit
❤ Mengurangkan tanda regangan pada kulit (strecth mark) & selulit 
❤ Sesuai Untuk Lepas Pantang dan Sebelum berbengkung 

Ha.. banyak kan manfaat Losyen ni.. yang paling best TB suka sebab tekstur Losyen Dara Bonda Ning Salmah ni senang nak menyerap dalam kulit.. bau dia best dan tak menyakitkan hidung.. Untuk TB yang berkulit sensitif ni tiada masalah nak sapu Losyen ni.. tiada tanda kemerahan atau tanda pedih-pedih pun.. Rasa Ok je pakai.. Maksudnya memang sesuai lah dengan kondisi kulit TB ni.. So, siapa yang ada kulit sensitif tu jangan risau.. insyaAllah sesuai juga gunakan ni untuk kempiskan perut korang..

TB guna losyen ni untuk kempis kan bahagian perut.. Caranya hanya perlu sapu dan ratakan dikawasan perut atau peha atau bahagian yang ada selulit secara membulat.. gosok-gosok sikit bagi losyen menyerap sepenuhnya.. Lepas tu baru lah nak pakai bengkung ke apa kan.. .

Haa.. Tapel orang dulu-dulu selalunya guna cara letak kapur yang dibancuh dengan limau nipis kan? lepas tu sapu kat perut dan dalam beberapa minit terus pakai bengkung.. Bagus cara ni.. kakak TB dulu guna cara ni.. cara lama-lama .. memang kempiskan perut, cuma renyah la kan sebab kapur-kapur tu bila kering jadi serbuk dan debu.. jatuh-jatuh atas tempat tidur..

Haaa.. sekarang ni.. tak macam tu dah.. sapu je Losyen Dara Bonda ni, sekejap je dah meresap.. pastu pakai bengkung.. elok je bangun dari tempat tidur, bersih je.. Haaa.. So.. Amalan Tapel Moden kini boleh diteruskan dengan penggunaan Losyen Dara Bonda, yang menggabungkan bahan moden dan tradisional. Losyen ini dapat membantu memberi bentuk badan yang ideal, disamping membantu mengurangkan tanda regangan dan selulit pada kulit. 


Haa.. jom.. kita kempiskan perut.. Sebelum tidur sapu Losyen Dara Bonda ni dulu.. Aromanya yang best buat rasa tidur pun lena je.. hehehe.. iyeee.. bau dia best.. TB suka.. hehe.. 


Tak tau cara nak pakai? Meh tengok gambar bawah  ni TB ajar Cara nak guna macam mana :



Mula-mula buka penutup Losyen Dara Bonda yang comel ni..
Geramm tengok corak pada tiub ni.. bunga-bunga gitu kan..


Kemudian letak kat tapak tangan korangikut berapa jumlah korang nak guna.. 
Dalam gambar ni TB letak kat atas tangan sebab nak tunjuk tekstur dia je.. 


Haa..korang nampak taktekstur dia..berwarna macam coklat susu gitu..


Lepas tu sapu dan ratakan kat kawasan yang korang nak letak losyen ni tadi.. 


Kemudian urut dan ratakan secara membulat ..arah lawan jam.. 
kalau rajin selawat lasikit mintak lemak-lemak tu berkurangan..hihihi.. 


sapu rata sampai ia betul-betul dah meresap.. 
time ni tapak tangan pun dah ada rasapijar2 sikitkan..hehe



Untuk info lanjut, korang boleh lawati :


Website :

 FB : 

 IG : 


Related Posts

15 ulasan:

  1. Wah nama jenama pun tradisi. hehehe. ruby nak kempiskan perut. tapi tak jadi-jadi lagi. mungkin kena pakai produk ni pastu pakai bengkung. mesti cun. nak cuba sepanjang ramadan nanti. i nak beli dekat kedai jamu. ada tak?

    BalasPadam
  2. el tengah cari gak lotion nak kempiskan perut ni..nak raya ni kan nak lah slim nak lah kempis perut tu haha..bolehlah try lotion ni

    BalasPadam
  3. Sempat lagi nak pulun pakai sebulan kot boleh nampak ramping by raya ni. Hehe. Btw dia boleh hilangkan stretch mark jugak tak?

    BalasPadam
  4. Senang kan bila dah ada dalam bentuk sebegini. Memudahkan semua yang menggunakan dan juga bagi yang nak membantu - takde le memasing terkial-kial nak cari bahan ye tak.

    BalasPadam
  5. Sekarang semua benda sudah di modenkan. Memudahkanlah aktiviti nak bertapel tu kan. I pun nak cuba jugalah. Nampak je macm slim tapi ada jugak ye spare part tu. Uhuk uhuk.

    BalasPadam
  6. baru tahu jugak yang czer sebenarnya boleh pakai bengkung. ord dulu2 mmg tak kasi pakai bengkung kalau czer. takut jahitan terbuka dna kulit belum tercantum. wahh baguslah ada produk nie boleh bantu kempiskan perut

    BalasPadam
  7. Kita sangat lemah yer bila dengar losyen kempis perut hehehe sebab kita memang akan cuba kerana kita ni bahagian perut yang sangat telebih nanti baju raya tak muat lah. Nak juga nak cuba hehehehe...

    BalasPadam
  8. Wow bestnya ada losyen kempis perut mcam ni. Sesuai sgt untuk para wanita yang baru melahirkan. Kan kadang2 ad kesan strech mark. Boleh suggest kt kakak ni 馃槵

    BalasPadam
  9. banyak betul benefit losyen kempis perut ni. bukan setakat boleh kurus perut je, siap boleh moist kulit lagi tu. agak-agak orang lelaki sesuai tak guna produk ni. maklumlah makan tak jaga, malu bila perut dah makin ke depan hehe

    BalasPadam
  10. I'm using this too, a great product that'll help us expel wind and I love the smell of it.

    BalasPadam
  11. First time dengar brand ini. Tapi nampak macam produk yang baik. Saya pun nak try juga sebab saya pun ada masalah perut buncit dan selulit.

    BalasPadam
  12. Baru 1st time dengar produk ni tapi bagus la sebab leh buang segala lemak kat perut

    BalasPadam
  13. Berapa harga seunit tu kak?
    Mcm kita perut membuncit sikit je. Kalau dulu pening jugak tengok perut buncit. Tapi nak try ni tuk buang angin dalam badan la. Sebab kadang kadang makan macam macam kan. Pastu mula la asik nak buang angin. Tapi tak lepas je rasa.

    BalasPadam
  14. wahhhhhhhh banyak kelebihan losyen ni! Rasa nak beli jugak, sebab perut kita makin membuncit ni TB, huwarrrrr... Siap boleh jadikan sebagai sunscreen kan, bagusnya lahai losyen ni :D

    BalasPadam
  15. Menarik ni. Kebetulan Qiss memang tengah cari produk untuk kempiskan perut. Makan banyak sangat kan. Nanti Qiss nak cuba losyen ni. Mana tau berkesan untuk Qiss. Boleh terus guna ni je. Dah tak perlu tukar-tukar produk kan.

    BalasPadam

贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙ 贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2